Sekarang ni hari2 aku balik rumah terus lepak depan tv melekat sampai ke dinihari. Nak tinggal tv walau 5 minit pun rasa sayang gila. Sebabnya? Sebabnya Sukan Komanwel New Delhi 2010 dah pun muncul sejak 3 Oktober lalu.
Sebelum SUKOM ni start macam2 berita buruk yang kita dengar. Sana runtuh, sini tak siap, situ kotor, sinun boikot dan macam2 la. Nampak macam India tak bersedia langsung sebagai tuan rumah untuk acara sebesar ini. Baik atlit, pegawai sukan mahupun peminat dan penonton berdebar menanti apa yang akan berlaku di New Delhi ni.
Berdasarkan pengalaman berada di sana selama seminggu, segala benda yang disiarkan di media langsung tak mengejutkan aku sebab apa yang diperkatakan pernah aku lihat dengan mata sendiri. Ok, let's forget about it and focus on SUKOM.
Upacara perasmian bagi aku biasa2 saja, takde sehebat mana pun. Cuma satu acara yang menarik perhatian aku ialah sewaktu segmen mewarnakan kain putih menjadi lukisan inai di jari. Sangat2 mengagumkan. Yang lain2 biasa je. Waktu perarakan masuk kontinjen yang bertanding pun aku tak tumpu perhatian sangat, just tunggu kontinjen Malaysia je. Tapi sedikit kecewa sebab kontinjen negara tak pakai pakaian kebangsaan seperti kebiasaannya, sebaliknya pakaian macam nak pi pejabat huhuhu. Dah le warna kuning yang pucat, langsung tak menarik. Bagi aku, lebih baik pakai tracksuit ghimau oren hitam tu lagi meriah. Mungkin nak jimatkan bajet kot.
So, mulai sekarang rutin aku ialah mengadap tv sampai pengsan secara berjemaah dengan housemate aku menyaksikan semua game yang dipertandingkan. Bila ada acara yang membabitkan pasukan Malaysia yang disiarkan secara langsung memang terjerit2 la kitorang berdua. Hatta tengok acara angkat berat dan gimnastik pun menjerit2 mengalahkan orang kena sawan. Housemate aku pun memang kaki sukan juga, so memang pasangan duet yang sangat serasi le kitorang ni. Mujurlah channel sport takde, kalau tak memang boleh hilang suara bila tengok acara2 secara live. Kalau yang highlight memang tak debar pun sebab dah tau kan. Tapi highlight ke, live ke semua kitorang harung tengok. Kiranya sepanjang hampir 2 minggu ni channel Arena je lah yang ditayangkan kat rumah aku. Kalau alih siaran pun dalam 10 minit je, mengadap Buletin Utama.
Sejak dari zaman sekolah rendah lagi aku tak pernah miss untuk menonton apa2 acara sukan tak kiralah Sukma, Sukan Sea, Sukan Komanwel, Sukan Asia mahupun Olimpik. Walaupun tak semua acara sukan yang akan aku tengok kalau waktu2 biasa, tapi kalau kena time sukan2 macam ni memang semua aku hadap. Tak kiralah tinju ke, boling padang ke, pencak silat ke, ping pong ke semua aku layan. Kalau acara renang, gimrama, renang berirama, badminton tu takyah cakap le. Harus mata aku tak kelip dari tv. Ternyata semangat Malaysia Boleh begitu menebal dalam diri aku sejak sekian lama. Nak2 pula kalau ada atlit2 yang handsome, tak kiralah dari sukan apa pun, confirm tak boleh berenggang dengan tv. Then bila pergi sekolah mulalah berebut2 pilih atlit tersebut dengan kawan2. Macam siyuuuttt je. Kecik2 dah merenyam.
Waktu SUKOM 98 lah paling best sekali. Time tu masih belajar di UiTM. Kan ke sebelum bermulanya acara pembukaan SUKOM tu macam2 khabar buruk yang orang sampaikan. Stadium akan meletup la, ada rusuhan la, itu la ini la... memang sangat mendebarkan. Nak2 pula beberapa hari sebelum tu negara dikejutkan dengan kes pemecatan Timbalan Perdana Menteri yang menyebabkan satu negara (terutama di Kuala Lumpur) jadi huru hara. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar sekali. Masih jelas di ingatan, bulu roma aku tegak berdiri tatkala menyaksikan keberangkatan masuk pasukan negara. Ditambah pula dengan acara2 pembukaan yang sangat cantik terutama human grafic menggunakan kad tu. Masih juga terngiang2 lagu Standing in the Eyes of the World nyanyian Ella yang menjadi lagu tema SUKOM ni. Apa2 pun memang rasa bangga sangat menjadi rakyat Malaysia, negara Asia pertama yang menganjurkan sukan kedua terbesar di dunia ni. Negara membangun yang dapat membuka mata dunia bahawa kita mampu dan boleh melakukannya setanding dengan negara2 maju yang lain melalui cara kita sendiri.
Apa2 pun tahniah kepada Amirul Hamizan dan Arrico Jumitih, kedua2nya dari acara angkat berat yang menjadi penyumbang dua pingat emas pertama negara untuk edisi kali ni. Harap2 target 10 pingat emas menjadi kenyataan sepertimana yang kita lakukan di Kuala Lumpur untuk edisi ke-16 dulu.
Good luck and all the best to Malaysian Contingent. Malaysia Boleh!!! Buat Amirul dan Arrico, pasni balik Malaysia jangan lupa claim RM80,000 ye. Fuhh.. tetiba je aku rasa macam nak jadi bini atlit :)