Subject: Nice Meeting YouI am Nicholas from USA but currently living and working in Scotland united kingdom.You look really beautiful.Is there any possibility of getting to know about you and perhaps becoming your friend?..I am new on the site but starting to get the hang of it.Actually i don't come on much to this site but will like to know more about you so if you don't mind you can drop your email address here for self introduction. Waiting to hear from you soonest Have a nice day...
Nicholas Brad
Ni mesej kedua yang aku terima dari entah sapa2 omputeh mana ntah yang hantar kat FB aku. Yang pertama dulu pun lebih kurang gini gak, asal dari US, kerja di UK. Keje plak tak agak2, doktor uols. Tapi bila tengok gambar, huhhh gaya mcm mat rempit versi omputeh je. Subang sini sana. Ayat pembuka bicara lebih kurang macam di atas la. Mula2 puji2 sikit kata iols ni santekkk (time kaseeehhhh), then nak kenalan, then nak cari teman hidup kekdahnya.
Memandangkan aku ni tak ada keje nak dibuat, sajala aku melayan mamat tu walaupun dah boleh agak modus operandinya. Tapi saja nak tengok how far it goes. So aku pun purak2 melayan dengan sungguh mesra sekali sambil mendengar (membaca sebetulnya) apa yang beliau goreng. Kalau dari cara beliau menggoreng cerita memang hebat la. Mana2 pompuan kalau tak jatuh hati jatuh cinta kepada beliau memang sesungguhnya buta lah pompuan tu kan. Tapi malangnya beliau silap orang la nak memancing kerana mangsa yang dijadikan target dah lama makan KFC (yela, kalo makan garam banyak2 kang darah tinggi). Dan lagi satu, beliau terlupa nak letakkan fakta2 yang meyakinkan dalam "karangan" beliau itu. Yelah, kalau cerita dekat orang yang tak sekolah memang percaya lah kan, ni fakta secara umum pun boleh salah. Doktor pekejadahnya.
Tapi takpe, aku dok layan gak lagi. Dari mesej di FB terus berlanjutan ke YM. Lama2 ayat makin hebat, nak kawen dengan aku terus, and willing to live in Malaysia. Wahhh suka suki je ko kan walaupun tak penah jumpa aku, chat baru 5 kali. Aku pun tak abis2 test power lagik. Hinggalah suatu hari, seperti yang telah dijangka beliau mula membuat cite sedih kononnya terkandas di Afrika Selatan dan tak boleh nak balik. Sebagai seorang yang beliau kasihi dan bakal isteri kekdahnya, (errr tu beliau yang kata ok, bukan aku. Geli aku nak muntah) dia suruh la aku tolong dia, nak beli flight ticket balik ke UK. Haaa kat sini la aku start psiko dan maki hamun beliau hauahauauua. Yelah, mana aku tak maki hamun, kalau ko nak menipu dan nak buat cerita pun tolonglah buat cerita yang lojik sikit. Ni ceritanya langsung tak lojik ok. Kalau buat filem sah2 baru nak hantar proposal FINAS dah masukkan skrip tu ke bakul sampah dah. Tapi memang sangat2 bodoh cerita beliau itu. Last2 bila aku dah sound, terus off YM dan tak muncul2 hingga ke hari ni. Hambik ko. Aku doakan ko dah mampus kena kidnap dengan so called gangster kat "Afrika Selatan" tu.
Untuk wanita2 di luar sana, aku nasihatkan silalah jangan mudah terpedaya dengan orang yang tak dikenali ye. Tak kisah la warga tempatan mahupun foreigner. Perkara ni bukan baru, dah beratus2 mangsa dah yang tertipu hilang wang ringgit berpuluh2 ribu. Yang peliknya hampir kebanyakan mangsa bukannya orang sembarangan, mostly profesional tapi tetap juga tertipu. Tak paham aku. Adakah mereka ini desperate nak kawen, apatah lagi "berpakwekan" orang dari seberang laut? Entahlaaa...
Untuk si penipu pula, sila pastikan jalan cerita dan skrip korang itu sangat-sangat konkrit dan meyakinkan sebelum menipu mangsa. Semua orang mungkin dapat ditipu dalam satu masa, tapi satu orang takkan dapat ditipu dalam semua masa. Paham???
So, kerja aku sekarang nak tengok macam mana pula jalan cerita si mamat Nicholas ni plak. Entah2 orang yang sama tak? Takpe, nanti aku ceritakan lagi permainan dia macam mana heheeheh. Erkkk nampak sangat aku ni takde keje kan?