Kelmarin lepas balik dari open house, aku ke Carrefour untuk membeli belah barangan dapur. Walaupun dapur aku jarang berasap, tetap juga nak bali barangan dapur ok. Termasukla barangan2 runcit dan keperluan harian.
Sebaik saja lepas Maghrib, terus aku terjah. Konon2 time ni aku bajet orang tak ramai le kat sana. Malam sebelumnya kawan aku call bagitau Carrefour penuh sesak dengan umat manusia. Mungkin semuanya sibuk membeli belah untuk mengadakan open house kot.
Aku sampai orang kat dalam Carrefour tu memang takdela seramai hari selepas gaji, tapi tetap banyak jugakla. Kalau dah troli kat kaunter tingkat bawah tu semua dah habis, kira banyak la kan? Terpaksala aku naik ke tingkat atas amik troli kat sana dan pusing2 menjamu mata sambil menolak troli yang kosong turun ke bawah.
Sampai kat bawah aku berlegar2 di kawasan alat mekap tu konon2 nak mencari krim muka dan juga bedak. Ke depan dan ke belakang dari satu jenama ke satu jenama yang lain aku dok kelebek krim, kononnya nak tukar le dari krim yang aku pakai selama ni. Saja nak try jenama lain plak sebab aku memang tak pernah setia dengan satu2 jenama je.
Bila dah jumpa krim yang sesuai, aku pun pusing le ke belakang nak masukkan ke dalam troli. Tiba2 plinggg!!! Majik oh... troli aku hilang. Padahal kat situ tadi haram tak ramai orang pun. Dari depan ke belakang aku ronda cari troli, haram takde. Sah!!! Memang troli aku kena rompak secara terang2an. Jibaok punye malaun. Ntah mangkuk mana yang kebas aku pun tak sempat nak tengok kelibatnya.
Bengang betul rasa hati walaupun kerugian aku hanyalah sekadar 20 sen. Bukan 20 sen tu yang aku hanginkan, tapi perangai manusia yang takde kesedaran sivik ni yang aku bengang. (errr tapi 20 sen tu boleh beli sebungkus gula2 4 biji hape). Nak tak nak terpaksala aku naik semula ke tingkat atas dan amik semula troli. Panassss okey hati aku. Terus hilang mood aku nak shopping.
Wahai kawan2 dan pembaca budiman, harap2 anda semua silalah jadi manusia yang berkesedaran sivik yang tinggi dan tidak hanya mementingkan diri sendiri saja.