Kelmarin aku ikot rombongan Kelab office aku ke Shah Alam. Asalnya big boss la yang beria2 nak pi ke sini, tup2 hari kejadian beliau kena selsema dan tak dapat pergi. Rombongan bergerak jam 9 pagi ke Yayasan Restu yang terletak di Taman Seni Islam bersebelahan dengan Masjid Shah Alam.
Yayasan ni tugasnya ialah membangun dan menyalin manuskrip Al-Quran. So, boleh tengok la pelbagai Mushaf Al-Quran waktu melawat ke galerinya. Al-Quran dari pelbagai negara dan berusia beratus2 tahun pun ada dipamerkan (tapi dalam galeri takleh amik gambo).
Part paling best, waktu melawat ke tempat menulis manuskrip. Manuskrip Al-Quran ni ditulis menggunakan tangan ok. Bila dah siap tulis, then ada le barisan proofreader yang akan semak dan perbetulkan sebarang kesilapan yang ada dan kemudian barulah disalin dalam autocad untuk dicetak menjadi sebuah Al-Quran yang lengkap.
Gile kagum melihat tulisan yang sangat cantik dari penulis2 manuskrip tu. Bila tengok diorang tulis, sebijik macam komputer. Cantik sangat. Part paling best bila masing2 membeli tulisan khat yang memuatkan nama masing2 sebagai cenderahati sama ada dalam saiz penanda buku mahupun saiz besar. Aku pun tak ketinggalan. Ni adalah nama aku dalam tulisan khat (tak ingat tulisan khat ni jenis apa, sebab banyak jenis). Cantik kan? Tapi kalau tak tau, tobat aku pun tak reti nak baca apa yang ditulis ni.