Thursday, October 14, 2010

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih

Semalam aku dan housemate menjalankan satu misi. Dah 2 - 3 bulan sebenarnya rancangan ni dibincangkan tapi baru semalam terlaksana. Misi ini dijalankan tepat pada jam 11.30 malam setelah meninjau keadaan sekitar dan memastikan suasana adalah terkawal. Pergkhhh macam misi khas PBB plak kaedahnya huh! Padahal... yang hadooo je.

Pukul 5.30 petang housemate aku dah masuk tido dah sebagai persiapan untuk malamnya. Aku pulak macam biasa dengan rutin harian hinggalah jam 10.30 malam. Giliran aku pulak kali ni dengan persiapan sebelum memulakan misi kitorang ni. Kalau housemate aku tido siap2 untuk persediaan, aku plak masak dan makan maggi perasa ayam untuk menambah tenaga. Palotak hangg!!! Tambah tenaga la sangat...

Selesai menonton acara terjun platform 10m lelaki, kitorang pun bersiap sedia. Sebelum tu sempat skodeng dulu untuk memastikan tiada orang di bawah melalui balkoni. Setelah pasti dan yakin semuanya selamat, maka bermulalah acara kitorang. Acaranya ialah mengangkut sofa untuk dibuang ke tong sampah kat bawah.

Sofa buruk 2 tempat duduk tu memang berat nak mampus. Mujurlah saiznya muat2 je pintu lif, maka tak perlulah mengangkatnya seperti waktu mula2 mengangkat dari pintu rumah. Dalam lif siap berdoa supaya takde orang yang masuk. Memang berjaya lah doa kitorang. Semuanya selamat hingga ke bawah. Buka2 je pintu lif, toinggg... ada seorang pakcik yang nak masuk ke dalam lif. Terkejut dia tengok kitorang angkut sofa malam2 buta. Bila menolak turun ke bawah rumah, tup2 ramai laa pulak brader2 yang berkeliaran kat tempat letak motosikal dan juga tempat letak kereta. Siap ada 3 - 4 biji kereta lalu lalang lagi kat situ. Argkhh... cemana boleh wrong timing ni? Padahal waktu skodeng tadi memang sah tadak seorang manusia pun kat bawah tu huhuhu. Walaupun menjadi bahan usikan dan perhatian, terpaksalah kitorang tebalkan muka dan tadah telinga je. Cehh... kalo tolong angkat tak pe gak. Ni tolong gelak je. Hampehhh!!!

Dari bawah rumah nak ke tong sampah, macam nak mati angkat benda tu. Gila punye berat. Last2 kitorang main tolak je. Tolak pun seksa jugak, sampai tertonggeng2 la bontot kat belakang. Dah le dua2 orang spesis tulang je. Silap2 campur berat kitorang berdua pun lagi ringan dari sofa tu kot. Peluh ni toksah cerita lah, meleleh2 kat dahi. Nak2 pulak aku pakai baju dua lapis. Kat dalam pakai baju tido paras lutut yang dicover dengan t-shirt kat luar. Kes malas nak tukar baju la nih. Sampai bawah, tolak menatang tu hinggakan aku nampak macam pakai baju, skirt dan seluar. Sebijik macam org gila.

Bila misi dah berjaya cepat2 lari naik kat atas rumah amik nafas sambil sambung layan acara gimrama. Tapi dah sampai kat atas ni barulah masing2 menggelepar baring kat lantai sebab kepanasan + kepenatan. Rasa macam masuk acara angkat berat plak. Sorang jadi Amirul, sorang jadi Aricco.

Malam ni ada seketul lagi sofa nak dibuang. Nampaknya operasi malam ni kena mula sedikit lewat la untuk memastikan tiada lagi manusia kat bawah. Harap2 sempena malam Jumaat ni ramai yang tido awal huhuhu.