Tuesday, October 12, 2010

Salah Siapa Sering Ditanya, Salah Mereka atau Kau Saja

Hari ni ni aku lewat ke office. Walau bagimanapun punch card aku masih lagi hitam la. Punca utama yang menyebabkan aku lewat ialah kerana terbabas tidur. Bukan bas je yang terbabas, tidur pon boleh terbabas tau. Mungkin patut tukar kepada perkataan terbadur. Yelah, terbaBAS kan khas untuk bas je huahuahua. Kesimpulannya, aku rasa perkara2 berikut telah menyumbang kepada keterlewatan aku hari ni.

1. Hangin menonton Hafiz Hashim yang tewas kepada peserta India semalam di peringkat suku akhir SUKOM. Biasanya mcm tu lah. Kalau aku tengok acara badminton, tiap kali yang diharap2 menang tapi tiba2 kalah, terus rasa macam nak tidur pon tak best. Mujurlah acara selepas tu yang melibatkan Koo Kien Keat/Chin Ee Hui berakhir dengan kemenangan. Time tu dah pukul berapa dah, 12 ke 1 lebih kot.

2. Bergayut di telefon sampai pukul 1.30 pagi. Dah tu dok cerita pasal kejadian kemalangan ngeri pada 10.10.10 serta kes hantu plak. Sah2 la lepas tu aku takut nak tidur. Nak2 pula housemate aku tak balik semalam. Huhuhuu...

3. Bila dah tak takut dan tak boleh tidur, terpaksalah aku mengadap tv kan. Kebetulan pula semalam abang Don dan uncle Mac muncul, kenalah hadap sampai habis.

4. Alarm yang aku kunci memang berfungsi dengan baik seperti sediakala, tapi malangnya tangan aku tertekan butang stop, instead of snooze. Inilah yang telah membuatkan aku lambat bangun.

5. Lepas dah habis mandi, nak pakai baju baru aku perasan yang aku terlupa nak seterika baju semalam. Biasanya balik dari rumah aku terus seterika baju laju2 dan mengadap SUKOM, tapi semalam aku tertukar rutin harian. Aku terus ke dapur dan keluarkan barangan dari peti ais konon2 nak masak le. (Goreng nugget, kentang dan sosej pun dikira masak la kan). Tapi sampai ke malamnya aku tak jadi goreng ketiga2 tu dan aku tido tanpa makan malam langsung. So, pagi2 ni terpaksala aku terhegeh2 seterika baju.

Penutup kepada kes ini, aku tertinggal hp di rumah hari ni huhuhuhu.

So, in this case, I have to find someone/something to be blamed. Maka, perlukah aku salahkan:

1. Hafiz Hashim?


2. Pemanggil telefon yang membuatkan aku terpaksa bergayut malam2 buta?

3. CSI New York?

4. Alarm clock?


5. Seterika?