Sunday, October 10, 2010

Pelamin Anganku Musnah

Ku angankan pelamin indah
Untuk kita berdua singgah
Sayangnya semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya...


Akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba. Tanggal 10.10.10 maka terpatrilah satu ikatan murni antara dua hati. Beberapa SMS telah aku terima sepanjang hari ni bertanyakan sama ada aku pergi ke majlis pernikahan bekas kekasih aku, tak kurang juga yang memberikan kata2 semangat agar aku tidak kecewa dengan perkahwinan beliau. Kawan2, harap anda semua jangan bimbang dengan keadaan diriku. Insyaallah aku tabah dan redha dengan ketentuan bahawa bukan jodoh aku bersama beliau. Mungkin kami lebih sesuai bersama pasangan yang lain. Kekecewaan telah lama aku lontarkan jauh sejak aku bertemu pengganti beliau yang kini berada nun jauh di sana berjuang untuk negara (errr tapi beliau bukan askar ok). Doakan jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Wakgahah macam gampang sekali ayat2 di atas. Kalau Dr. SMS baca ni harus dia muntah 18 kali. Bukan takat muntah, aku rasa cirit birit sekali gamaknya. Akhirnya majlis yang dinanti2 oleh rakyat Malaysia telah pun selamat berlangsung dengan gilang gemilang sekali. Semoga Dato' Dr. SMS dan Datin Dr. Halina akan bahagia hingga ke akhir usia.

Sejak tahun 2007 lagi aku dok meraikan tarikh cantik yang dinanti2kan dengan pelbagai acara dan peristiwa. 07.07.07 - menghadiri majlis perkahwinan dua orang rakan baik aku di Temerloh. 08.08.08 - meraikan kegembiraan dan test drive kereta baru kawan aku. 09.09.09 - birthday salah seorang kawan baik aku. 10.10.10 - menghadiri majlis kahwin rakan sepejabat di Balakong dan malamnya mengadap majlis perkahwinan Angkasawan Negara. 11.11.11??? Tak tau la lagi apa acara dan bagaimana akan aku raikan tahun depan. Tungguuuu...

p/s: Kawan aku cakap taste aku semua Dato' je. Bila beliau cakap baru aku perasan kebetulan yang tidak dirancang tersebut. Doakan aku berjaya jadi Datin. (Tapi aku taste Dato' bujang je tau, bukan suami orang). Whaakgghahha sila jangan buat muka dan muncung mulut yer. Ini adalah angan2 mengisi masa lapang je. Tapi kalau betul apa salahnya kihkihkihkih...