Friday, October 8, 2010

Salamku Yang Terakhir

Hari ni 29 Syawal 1431H, Syawal yang terakhir untuk tahun ni. Maknanya lepas ni dah tak ada lagi sesi makan2 open house. Minggu ni last la orang buat open house. Esok aku akan terjah ke open house yang terakhir di rumah kawan aku di Presint 18. Tahun ni seperti biasa, banyak juga undangan open house yang diterima, tapi tahun ni paling sikit open house yang aku terjah. Aku hanya pergi ke Kajang, Bangi, Presint 16 dan Presint 18. Minta ampun dan maaf banyak2 kepada kawan2 yang menjemput untuk open house mereka di Klang, Kajang, Gombak, Shah Alam, Puchong dan Damansara sebab keadaan tidak mengizinkan (walaupun ada antara rumah2 tersebut yang jemput bekas2 menteri dan juga artis) huhuhu. Jika ada umur yang panjang dan kesempatan yang diberikan, Insyaallah tahun depan aku cuba untuk memenuhi jemputan2 yang dihulurkan sedaya mungkin.

Pagi tadi pejabat aku ada buat sesi bacaan Yassin, ceramah dan doa selamat sempena meraikan keberangkatan 2 orang rakan ke tanah suci Mekah. Lusa, penerbangan pertama membawa jemaah haji dari Malaysia akan berlepas. Merdu dan enak sekali suara ustaz yang memimpin bacaan Yassin tadi. Ohh... lauk ayam goreng cili tadi pun sedap juga hehehehe. Semoga kedua2 officemate aku tu selamat pergi dan selamat kembali dan mendapat haji yang mabrur.

Hari ni juga merupakan hari terakhir bagi 7 orang officemate yang telah dapat bertukar ke office lain kerana dinaikkan pangkat. Seorang lagi pula akan bersara wajib. Diorang datang beramai2 ke bilik aku bersalam2an dan buat sesi fotografi kat lounge sebelah. Bila dah asyik bersalam2an dan laga2 pipi bagai, last2 aku konpius. Terasa macam aku pula yang nak pergi Mekah/bertukar pejabat hahahaahah. So, kepada mereka semua aku ucapkan selamat bertugas di tempat baru dengan lebih cemerlang. All the best...