Thursday, October 14, 2010

Come Out and Play

Sukan Komanwel kali ke 19 di New Delhi dengan slogan Come Out and Play telah melabuhkan tirainya semalam. Dengan ini maka berakhirlah juga rutin aku mengadap tv untuk menonton acara2 sukan yang melibatkan pasukan Malaysia selama 12 hari ni. Segala keringat dan airmata yang mengalir dari tubuh para atlit Malaysia telahpun terjawab sama ada berakhir dengan keriangan ataupun kekecewaan. Yang penting, sasaran 10 pingat emas telah pun dilepasi dengan bonus lagi 2 pingat emas walaupun acara yang menyasarkan 4 pingat emas iaitu boling padang gagal menghadiahkan sebutir emas pun. Kalau dapat, dah pasti jumlahnya lebih dari itu. Apa2 pun, itulah permainan. Kadangkala apa yang berlaku tidak seperti apa yang diharapkan.

Tahniah kepada Koo Kien Keat yang menjadi penyumbang emas terbanyak bagi kontinjen Malaysia iaitu sebanyak 3 emas bagi acara badminton berkumpulan, beregu lelaki dan beregu campuran.

Tahniah juga kepada Elaine Koon dari acara gimrama yang menjadi penyumbang pingat terbanyak iaitu 1 emas, 1 perak dan 3 gangsa sekaligus menjadi penerima wang Skim Hadiah Kemenangan Atlit Kebangsaan terbanyak iaitu RM180,000. Ish kenapala aku ni kaki bangku, kalo tak konpem aku dah kaya raya huhuhu.


Atlit Malaysia yang menjadi pilihan aku untuk Sukan Komanwel kali ni ialah Bryan Nickson Lomas, si comel yang mewakili acara terjun. Geram je tengok dia yang kecil dan comel berbanding peserta lain, tapi dengan semangat yang besar apabila berjaya menggondol pingat gangsa acara individu 10m platform. Beliau hanya kalah di belakang juara dunia dan juara olimpik dari England dan Australia. Kira berbaloi la tu, kalo takat tewas di belakang diorang kan. Selain itu pingat perak juga disumbangkan melalui acara terjun seirama berganding dengan Yeoh Ken Nee.

Last but not least, gambar ni disiarkan khas untuk Farehah dengan ucapan... "errr aksi yang ni ko ghairah tak?" Sila jamu mata heheeh.

So, untuk skuad negara sekali lagi aku ucapkan tahniah dan selamat berjuang untuk Sukan Asia Guangzhou pula yang akan bermula pada 12 November ini.