Mulai minggu lepas aku telah dihujani dengan kad2 wangi membawa petanda musim mengawan telah tiba lagi. So, maknanya mulai minggu lepas aku dah start kembali sesi jalan2 cari nasi minyak.

Sepupu yang ni kalau tak pegi memang aku kena maki sampai ke raya tahun depan la jawabnya. Yelah, gile, sah2 buat kat KL je kan. Memang takde alasan le aku tak pegi. Cari nahas namanya tu.
Sebelum pegi kenduri, kawan aku call nak ajak ke Crystal Crown Hotel untuk satu lagi majlis kahwin. Mintak ampun le sebab tak dapat nak pegi. Nak2 pula bila beliau cakap majlis kawen tu adalah majlis kawen artis. Hohhh??? Artis??? Tapi aku tak tau artis mana yang kawen hari ni sebab aku tak sempat nak tanya beliau, terus talian telefon terputus. Telefon aku plak pagi2 buta ni buat hal. Keypad lock dia takmo unlock, yang menyebabkan aku takleh nak "masuk" hp aku. Mujurlah time orang call masih boleh jawab. So, aku masih tak dapat jawapan lagi artis mana yang kawen tu.
Lepas ni ada 4 lagi jemputan kawen yang aku terima. Insyaallah kalau tak ada aral melintang pukang mungkin aku akan pergi. Mungkin tak semua, tapi yang mana dekat2 tu rasanya aku pergi la kot. So, kepada semua pengantin dan bakal pengantin, aku ucapkan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat. Kalau semua yang kawen tu adalah sharp shooter, Insyaallah bulan Julai depan ramai2 pakat menyambut orang baru.