Tadi pagi aku chatting dengan kawan aku yang sedang cuti belajar. Awal bulan November nanti beliau nak pegi melancong ke Seoul, so banyak la maklumat mengenai Seoul yang sempat aku kongsikan berdasarkan pengalaman berada di sana pada tahun lepas.
Bila dah banyak benda yang aku ingatkan untuk memberi panduan kepada beliau, automatik kepala hotak aku dok terbayang keindahan dan keseronokan ketika berada di sana. Tiba2 hati ini terasa rindu pada bumi Korea. Rindukan kehidupan di sana yang pada aku, setakat aku dok berjalan2 ni, adalah negara yang paling aku suka sekali. Yeah, kalau diberi pilihan antara 11 negara yang pernah aku jejaki, dah tentu aku pilih Korea sebagai pilihan pertama walaupun kesukaran dari segi bahasa, namun apa yang ada di sana membuatkan aku rasa macam nak je dok di sana kalau aku dibuang negara. Motif aku kena buang negara?
Kawan aku ni akan pergi pada musim luruh. So, tak dapatla nak feeling2 jadi Yoo Jin dan Jun Sang dalam Winter Sonata. Sekadar dapat merasa Autumn in My Heart je lah kan. So, kepada beliau aku ucapkan selamat melancong.
p/s: ish bilalah duit nak jatuh dari langit? Kaki aku dah lama gatal ni huhuu