Semalam waktu nak tido selepas habis Festival Filem Malaysia, tup tup aku rasa tak sedap kat perut. Rasa sakit. Automatik di kepala terbayangkan bahawa anak bulan Oktober bakal muncul. Dan memang sah beliau memunculkan diri. Mulanya aku rasa sakit biasa je. Sengal2 di bahagian pinggang seperti selalu. Tapi lepas bertapa selama beberapa minit dalam bilik termenung pun sakit tu tak hilang, malah makin kuat. Aik pelik ni. Setakat ni aku tak pernah alami senggugut yang melampau. Aku balik ke ruang tamu baring2 semula.
Makin baring, makin terasa kesakitan yang makin kuat. Sudahnya start pukul 1 - 3 pagi, boleh dikatakan hampir 7 - 8 kali aku berulang ke bilik termenung. Sampai ada ketikanya aku siap tutup mata (tido) waktu dalam bilik termenung tu. Aku dah panik tak tau apa nak buat untuk kurangkan rasa senggugut ni sebab aku tak pernah alami sedahsyat ni sampaikan lupa untuk berfikir. Last2, aku buka laptop dan biarkan laptop tu landing atas perut aku untuk dapatkan haba panas. Konon2nya nak kurangkan sakit. Tapi tetap tak hilang jugak.
Ada ketikanya aku sampai merintih sorang2 dalam bilik menahan kesakitan. Macam2 posisi aku buat untuk redakan kesakitan tapi hampa. Terfikir juga nak makan ubat tahan sakit yang ada, tapi tak berapa nak berani makan, takut tak boleh bangun tido sebab time tu dah pukul 3 lebih dah. Mujurlah tup2 aku ternampak minyak panas (bukan minyak masak tu) cengkih ke apa ntah kat dalam almari. Terus aku ambil dan lumur banyak2 kat perut. Lepas 3 minit terus perut aku mendidih kepanasan. Pedih nak mampos, rasa macam kena curah air panas kat perut sebab aku letak banyak sangat minyak tu. Tapi dengan kepanasan dan kepedihan tu akhirnya berjaya mengurangkan rasa sakit kat perut aku yang mengembung tu dan aku pun dapat tido lena hingga ke pagi. Bangun tido perut aku dah kempis.
Sampai kat office, rupa2nya sakit tu menyerang kembali walaupun tak sehebat semalam. Jenuh aku dok menahan kesakitan di bahagian pinggang. Berapa gelas air panas yang aku telan, tapi haram tak hilang. Cara nak hilangkan rasa sakit ialah dengan pura2 sibuk bersembang dan buat aktiviti lain supaya kepala aku tak teringat pasal rasa sakit tu. Kiranya minda pun memainkan peranan jugak la.
Waktu petang, disebabkan sakit yang masih mengganggu, aku isi air panas mendidih dalam mug dan letak kat perut. Tapi kejap je mug tu panas sebab bilik aku sangat2 sejuk. Bawa kereta pun rasa sangat tak selesa dan tak sabar2 nak sampai di rumah. Mujurlah waktu iron baju dalam keadaan sakit tu aku tak terpikir pula nak letak seterika kat perut. Kalau tak, tak pasal2 perut aku bertatu huhuhu.
Time menonton tv aku rasa seram sejuk dan terus berselimut selepas lumur minyak panas kat perut. Tapi walaupun aku lumur banyak2 minyak panas tu tetap tak terasa panas. Suam2 kuku je. Perut aku pun rasa macam masuk angin je. Sekarang barulah aku tau betapa sengsaranya bila diserang senggugut. Patutlah ada kawan aku yang setiap bulan terpaksa MC tiap kali senggugut datang menjengah. Kenapalah aku diserang kali ni yer? Tak pernah2 kena sebelum ni. Apakah petanda diri semakin tua? Huhuhuuu...