Tahniah kepada rakyat negeri Melaka kerana berjaya merealisasikan hasrat Kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri maju pada tahun 2010. Maka semalam tepat jam 8.10 pada tarikh 20 Oktober 2010 bertempat di Stadium Hang Jebat, maka termeterailah Melaka sebagai sebuah negeri maju dengan penyempurnaan pengisytiharan oleh Y.A.B Perdana Menteri melalui sidang video dari PWTC.
Walaupun aku tak ada kena mengena dengan ini cerita, tapi aku rasa gembira jugak kerana ulang tahun kelahiran aku yang sangat unik pada tahun ini turut diraikan dengan peristiwa bersejarah yang akan menjadi ingatan. Nombor unik ini dah tentu tak akan muncul lagi dah untuk aku raikan. Sedikit rasa terkilan kerana menurut perancangan asal, negeri Kedah juga bercita-cita menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2010. Tapi malangnya hasrat itu tak kesampaian. Maka terpaksalah aku menumpang sambut birthday dengan orang Melaka. Kira halallah ye.
Tatkala menyaksikan dentuman bunga api di Melaka yang disiarkan melalui tv, maka aku pun berangan2 sorang bahawa itulah bunga api sempena sambutan birthday aku huahuahauua. Lagipun dah lama tak tengok bunga api. Nak2 plak tahun ni tak ada pertandingan bunga api antarabangsa sepertimana tahun lepas dan sebelumnya.
Dari segi sambutan hari lahir aku, tiada apa yang istimewa pun. Biasa saja. Sambutan bersama kawan2 akan diadakan sedikit lewat dari tarikh sebenar. Kali ni aku akan pilih restoran The Ship sebagai lokasi sambutan hari lahir berbanding tahun lepas di Saloma Bistro. Oh, lupa pulak. Sebenarnya aku dah pun buat sambutan pra-hari lahir pada 19 September yang lalu di Marco's Pizza, Kelana Jaya. Err... korang jangan ingat aku berbelanja mewah atau buat sambutan besar2an pulak ye. Itu semua secara sederhana saja. Setiap tahun aku akan wajib sambut dua kali hari lahir dengan dua kumpulan kawan yang berbeza (yang tak wajib biasanya unexpected, kawan2 dengan sukarela datang belanja aku). Kumpulan pertama yang terdiri dari 5 atau kadang2 6 orang akan memilih lokasi masing2 untuk sambutan hari lahir. Setelah itu, semua rakan akan berkongsi membayar majlis berkenaan kecuali tuan punya body. Begitulah yang dilakukan secara gilir2.
Dengan kumpulan kedua yang terdiri daripada 3 orang pula, kami akan memakai baju cantik2 (cantek kerrr???) daripada hari biasa dan pilih juga mana2 lokasi yang lain daripada hari2 biasa dan sendiri bayar untuk sendiri makan huahauahaua. Ketiga2 kitorang ni hari lahirnya jatuh pada bulan2 yang berhampiran iaitu September, Oktober dan November. So, sambut sekali harung je. Persamaannya, kedua2 kumpulan ini akan memakai warna tema untuk meraikannya. Kalau kumpulan pertama, tuan punya birthday yang akan menentukan warna apa yang perlu dipakai manakala kumpulan kedua pula masing2 berbincang bersama2.
Ucapan birthday tahun ni lagi banyak diterima berbanding tahun lepas. Rasa-rasanya dekat 200 orang la jugak yang memberi ucapan di wall FB, personal message di FB, chatting, SMS, phone call, ucapan face to face malah siap nyanyi2 pun ada jugak. Nak tergelak rasanya. Macam2 kerenah kawan2 aku nih. Oh, tak lupa jugak, siap ada 2 orang selebriti dan seorang VIP pun tak ketinggalan bagi ucapan happy birthday (kau aderrrr???) hahahaah. Mujurlah duta Samsung/Kaspersky tak bagi ucapan jugak. Kalau tak, aku yakin dan pasti konpem aku demam seminggu.
Memandangkan orang Melaka dapat cuti umum hari ni, so aku pun nak isytiharkan cuti umum kepada diri sendiri sempena birthday boleh tak?