Here it goes how the 3rd suspect try to approach me.
Hahaahah he is going to Africa too. I cannot wait to hear how his story will be and of course I will share with all of you later. Wait and see... :D
Hahaahah he is going to Africa too. I cannot wait to hear how his story will be and of course I will share with all of you later. Wait and see... :D



Alex Liew dan Adrian Ang bagi cara boling berpasangan lelaki
Alex Liew sekali lagi merangkul pingat emas. Kali ni bagi acara boling perseorangan lelaki all-events

R Puvaneswaran juga dari sukan karate bagi acara kumite bawah 55kg
Skuasy berpasukan wanita
Lagi empat tahun kita akan bertemu lagi dalam Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pula. Harap2 pasukan Malaysia akan membolot lebih lagi pingat emas pada masa itu.



Kat sini sekali lagi perasan diri orang kaya selepas di FullHouse sebelum ni. Mana taknya, keseluruhan restoran tu takda orang kecuali kitorang berenam saja. So, sekali lagi berangan konon2 restoran ni adalah tempahan khas untuk private function huahuahua. Makan malam dalam cahaya yang suram sambil diiringi oleh 3 orang lelaki yang bermain alat muzik tradisional India. Dapat juga menikmati keindahan bumi Kuala Lumpur yang disinari cahaya lampu dari tingkat 5 Hotel Flamingo. Hanya tatkala kitorang hampir selesai makan barulah muncul lagi 2 orang pelanggan India yang turut menikmati buffet di situ. Makanannya pun boleh tahan, bagi aku lebih sedap daripada apa yang kitorang nikmati di Bombay Palace Restaurant sebelum ni di samping harga yang agak murah. Kira murahla bagi kategori hotel.
Hari Ahad petang sesi makan2 di Putrajaya pulak iaitu di rumah kawan aku yang baru berpindah di Presint 5. Kawan aku menyediakan menu laksa yang begitu ditunggu2. Disebabkan nak makan laksa punye pasal, sanggup aku tak beli laksa kat pasar malam pada hari Jumaat seperti kebiasaannya. Sangat puas hati dapat makan laksa hari ni.
Dalam jam 9 malam kitorang berempat meninggalkan rumah kawan aku dan menuju ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Sempat le merasa sembahyang Isyak di masjid ni yang baru pertama kali aku masuk bersama2 dengan 3 lagi kawan aku dari KL. Orang Putrajaya pun baru nak masuk huhuhuu. Memandangkan dalam masjid tak ada orang, sempat lagila kitorang bergambar dalam telekung sambil berangan2 konon2 kat Mekah. Takpela, berangan dulu, dengan harapan dapat juga menjejak kaki di sana suatu hari nanti.

Dari masjid, sambung ke Taman Warisan Pertanian pulak untuk menikmati sate Haji Samuri. Sembang2 dan lepak2 sambil makan sampai kedai tutup pukul 11 malam le. Tu pun nasib baik kakak kedai tu cakap dah nak tutup, kalau tak sure tak reti2 lagi kitorang nak balik. Beredar dari kedai, sambung sembang kat parking kereta pulak. Sudahnya aku sampai ke rumah hampir jam 12 malam.

Kesimpulannya, di samping dapat makan2, aku sangat gembira dapat bertemu dengan kawan2 aku. Di Mr. Kabab dapat jumpa kawan2 seuniversiti yang juga agak lama tak jumpa. Sayangnya ada beberapa kawan yang tak dapat hadir di saat2 terakhir. Untuk sesi ni, kebanyakannya kitorang bertukar2 cerita tentang alam pekerjaan yang bermacam2 ragam dan kerenah.
Di Hotel Flamingo aku bersama kawan2 sekolah meraikan hari jadi salah seorang anggota kitorang kali ni yang bertemakan hijau. Dengan geng ni cerita kitorang lebih berkisarkan hal2 peribadi masing2 dan bergelak ketawa riuh rendah seperti kebiasaannya.
Di Putrajaya pula bertemu dengan kawan2 yang sama2 melancong ke Australia. Kebetulan kawan aku yang sedang menyambung pelajaran di Melbourne akan kembali ke sana awal bulan Disember nanti. So ambil kesempatan sementara dia ada kat sinilah untuk berjumpa. Lagipun waktu di Australia dulu kitorang dah berjanji nak buat reunion geng Australia sambil bermain boomerang yang dibeli di Sydney. Malangnya cuaca tidak mengizinkan untuk kitorang bermain boomerang dan layang2 di padang. Dengan geng ni topik yang sering dibincangkan adalah topik2 berkaitan pemikiran dan isu semasa. Kira diskusi yang agak berat sambil bersantai heheheh.
Projek seterusnya akan menyusul kemudian.
Musim sukan datang lagi. Rasanya baru je demam Sukan Komanwel berlalu, sekarang masuk wabak Sukan Asia ke-16 pulak. Semalam telah dilangsungkan acara pembukaan yang sangat gilang gemilang cemerlang terbilang di tepi Pearl River di bandar raya Guangzhou atau lebih dikenali sebagai Bandar Kambing. Memang menarik gilak acara pembukaannya yang berasaskan air. Siap ada renang berirama dan jetski lagi. Tapi yang paling menarik perhatian aku adalah sewaktu scene orang beraksi di dinding 8 buah skrin besar tu. Perkghh... sangat kreatif.
Mujurlah Koo Kien Keat yang segak bersongkok membawa bendera Malaysia dapat mengubat kekecewaan walaupun hasrat negara untuk menggandingkan beliau dengan Tan Boon Heong untuk membawa bendera tak kesampaian. (Farehah sila senyum melihat gambo ini).
45 buah negara di Asia akan menyertai edisi kali ini yang membawa slogan Thrilling Games, Harmonious Asia. Malaysia telah menghantar lebih 300 atlit dalam pelbagai bidang sukan dengan sasaran sebanyak 9 pingat emas. Kalau di Doha pada 2006 kita memperoleh 8 emas, harap2 kali ni sasaran tercapai ataupun lebih lagi sepertimana yang dilakukan di New Delhi baru-baru ini.


