Friday, November 26, 2010

Pergi Tak Kembali

Tanggal 17 November 2010 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1431H tatkala umat Islam menyambut Aidiladha aku telah kehilangan nenek (tok) aku. Seperti yang dirancang, aku memang tak balik kampung pada Raya Haji tahun ni memandangkan raya jatuh pada hari Rabu, tengah2 minggu. So, aku malas la nak amik cuti banyak2 nak balik ke kampung kan. Lagipun aku telah menggantikan cuti Raya Haji ni dengan balik ke kampung waktu cuti Deepavali dulu. Raya la jugak kan.

Malam raya dan pagi raya banyak gak sms yang masuk tanya tak sedih ke tak balik raya. Seriously aku tak rasa sedih mahupun syahdu pun, rasa biasa je. Lagipun ni kali kedua aku tak balik raya, so dah biasa. Tapi kalau raya puasa tak tau ler, tak pernah try plak setakat ni. Nak mampos???

So, pagi raya seawal jam 7 pagi aku dah siap basuh baju. Seterusnya mengadap tv dan internet je lah sampai tengah hari. Kawan aku yang tak balik kampung pun ada juga sms suruh pi raya rumah dia. Tapi aku rasa macam tak berapa rajin nak keluar rumah hari tu, ingat nak beraya depan tv je, sambil feeling2 beraya di overseas kononnya.

Start 8.30 acara dari Guangzhou pon ditayangkan, so aku dok la mengadap Asian Games sambil selang seli dengan layan internet sampai ke tengah hari. Dok berdebar ni menunggu The Pocketrocket Man nak bertarung kejap lagi. Dari pagi hingga tengah hari memang belum ada lagi makanan yang masuk ke dalam mulut kecuali air. Hari cuti memang gitu, selalu aku makan lewat.

Lagi 15 minit Azizul nak bertarung, aku pun bangun panaskan mee sup, nak makan sambil layan acara basikal trek la kononnya. Tak sabar nak melompat kalau dapat emas. Baru je nganga mulut nak suap, tengok2 hp aku bunyi dan pemanggilnya adalah mak aku. Terus la letak balik mee sup tu. Dok pikir dalam hati, ni mesti mak aku nak tanya macam mana aku raya sorang2, sebab aku takde plak call dia pun. Tak pun mesti dia nak jeleskan aku dengan apa2 menu yang dimasak di hari raya ni.

Angkat je phone, dengar suara kuat mak aku... aku pon konpius, mak aku ni gelak ke nangis? Bila aku dengar sekali lagi barula confirm, suara macam mak aku nangis. (Aku confuse sebab mak aku ni kalo gelak pon lebih kurang gitu gak bunyinya... alah macam aku le, sama.) Mak aku terus cakap "Ya, tok dah takdak...". Lepas tanya bila tok aku meninggal, aku pun cakap le kat mak aku supaya teruskan je upacara pengebumian, tak perlu tunggu aku. Yelah, nak tunggu aku sampai memang lambat la kan, tak elok simpan mayat lama2. Lagipun aku tak terkilan kalau tak tengok jenazah buat kali terakhir pun, sebab aku dah jumpa dia waktu Deepavali hari tu.

Letak je telefon terus aku macam blurrr 2 - 3 minit tak tau nak buat apa. Yelah, ni first time keluarga terdekat aku yang meninggal. Tapi bagaimanapun aku tak terkejut dan sedih sangat, bahkan aku redha dengan pemergian tok aku sebab dah 4 - 5 tahun dia terlantar sakit tua. Kesian sangat tengok dia sakit, dah tinggal tulang dengan kulit je.

Memandangkan aku dok rasa yang diri aku akan jadi panik serta tak tentu arah, so aku relakskan diri sendiri dulu. Mee sup tadi sempat la aku jamah 2 sudu, lepas tu dah tak boleh masuk. Aku macam tak reti nak buat apa dulu. Dok pikir nak kemas kain baju, nak seterika baju, nak pakai baju apa nak balik, nak mandi, nak kemas rumah, nak buang sampah dan macam2 lagi la. Last2, aku dok je dulu terpaku depan tv. Aku tunggu dulu Azizulhasni race sampailah tamat upacara pemberian pingat. Barulah aku pergi mandi dan siap2. Kiranya time tu dah pukul 1 lebih dah. Tok aku meninggal 12.30 dan mak aku call 12.40.

Lepas siap2 dan capai apa2 je baju dan barang yang patut terus aku keluar rumah ke stesen minyak. Isi minyak dan angin, beli makanan sikit untuk bekalan sepanjang perjalanan dan terus balik. Jalan memang tak jam la sebab dah hari raya, kereta tak banyak kecuali hujan lebat di beberapa tempat yang membuatkan perjalanan aku terbatas. Total, aku sempat la sampai ke rumah dalam masa 4 jam iaitu gerak 2.30 dan sampai ke rumah tepat 6.30 petang tanpa langsung berhenti di mana2.


Bila dah sampai rumah, aku pun laju la ajak mak dan dua orang sepupu aku, nak pegi kubur tapi tak sempat. Baru nak keluar abah dan adik aku dah balik. So, terpaksalah aku pergi esok je, sebab hari dah semakin gelap. Disebabkan tak jadi pegi kubur, terus aku ajak dua orang sepupu aku pergi ke pasaraya Econsave membeli barang2 keperluan untuk majlis tahlil selepas Maghrib.

Rasa macam aku relaks je kan. Tapi dalam aku dok berusaha merelakskan diri takmo terburu2 balik takut ada perkara tak elok terjadi pun ada jugak benda2 yang haru biru jadinya.

1. Dalam aku dok capai baju pun aku boleh terlupa nak ambil seluar jeans untuk dipakai waktu balik ke KL nanti. Time balik aku siap2 pakai jubah, yela mana tau kot2 orang masih ramai kat kampung kan... takkan aku nak pakai seluar jeans plak. So, penyudahnya aku balik ke KL memakai seluar tidur dengan kasut tinggi. Huhuhuu... siap pergi makan2 dan shopping kat Mydin plak tu. Macam orang gila okeh.

2. Time kelam kabut isi angin tayar kereta (dalam hujan) boleh pula aku terpelantingkan penutup tiub angin tayar tu. Menggelabah aku cari sampai basah baju.

3. Waktu nak reload kad touch and go di stesen minyak, aku tertinggal kad tu dalam kereta. Jenuh selongkar kereta cari kad tu. Padahal kad depan mata je, boleh tak nampak.

4. Bila dah pandu kereta separuh jalan barulah aku sedar aku tersalah jalan. Patutnya aku lalu ikot tol UPM tu, tapi sedar tak sedar aku dah sampai ke KTM Serdang. Terpaksala keluar ikut Serdang Raya. Dah le kereta banyak huhuhu, tak pasal2 aku lambat.

5. Sampai kat rumah aku boleh tersasul2 cakap nak pergi Alor Setar. Padahal nak sebut pergi Sg. Petani, sampai orang2 kat rumah aku heran, kenapa nak pergi Alor Setar malam2 buta.

Kesimpulannya, walaupun nampak macam cool dan relaks je, tapi aku taklah 100% cool bila menghadapinya.

Kawan aku call, bila sembang dengan dia malam tu aku dok gelak2. Dia boleh tanya, kenapa aku gelak, bukankah patutnya aku bersedih dengan pemergian tok aku? Habis, dah kau dok buat lawak, cemana aku tak gelak. Lagipun time tu dah 3 hari berlalu. Orang yang paling sedih dengan pemergian tok aku ni dah tentulah mak aku sebab dia yang dok jaga tok aku selama tok aku terlantar ni. So, tiap2 malam kalau teringat je arwah, terus dia baca Yassin. Yelah, gila tak sedih, mak sendiri kan. Time lawat kubur pun aku tengok mak aku memang sedih, so terpaksalah aku buat lawak bangang kat kubur tu untuk kurangkan kesedihan mak aku. Maka terkeluarlah dialog dalam filem Ibu Mertuaku. Aku cakap kat mak aku "encik, kenapa encik menangis di kubur mak saya ni?" Barulah aku nampak dia sengih sikit. Errr... berdosa dak aku buat lawak di kubur? Amponkan patik ahli kuburrr...

Mulai Aidiladha kali ni, tokwan aku menjadi duda, mak dan paklong aku menjadi anak yatim dan aku, adik serta 2 orang sepupu tidak bernenek lagi. Apa2 pun, yang pergi tetap pergi, yang hidup perlu teruskan hidup. Al-Fatihah... Moga arwah tok dicucuri rahmat.

p/s: Raya tahun depan terpaksalah aku hafal lirik lagu raya HotFM yang bertajuk Rindu Yang Telah Pergi huhuhuu.