Saturday, November 27, 2010

Guangzhou De Wen Hou

Setelah 14 hari berkampung di Guangzhou, Sukan Asia ke-16 telah pun melabuhkan tirainya malam semalam. Tahniah diucapkan kepada China kerana menjadi penganjur yang berjaya dan juga memperolehi pingat emas terbanyak.

Kepada atlit2 Malaysia juga diucapkan tahniah kerana berjaya mencapai sasaran 9 pingat emas walaupun bukan semua pingat emas yang diperolehi itu adalah daripada sukan yang disasarkan. Tak kisahla, janji tercapai. 9 pingat emas itu telah menjadikan Malaysia berada di tangga ke 10 daripada 45 negara. Bukan sahaja kepada pemenang2 pingat emas, tapi juga kepada pingat2 perak dan juga gangsa yang mana membuktikan kita juga jaguh di pentas Asia. Sukan skuasy paling cemerlang dengan kutipan 3 emas, 1 perak dan 2 gangsa manakala acara terjun menjadi penyumbang pingat terbanyak iaitu 4 perak dan 5 gangsa.

Rasa2nya kali ni Alex Liew la kot yang dapat wang ganjaran paling banyak. RM128,000 kalau tak salah pengiraan aku la. Berikut adalah atlit2 yang berjaya membawa pulang 9 pingat emas ke tanah air.



Chai Fong Ying dari sukan wusyu bagi acara taijijian


Azizulhasni Awang untuk basikal trek bagi acara keirin


Alex Liew dan Adrian Ang bagi cara boling berpasangan lelaki



Dato' Nicol Ann David bagi acara skuasy perseorangan wanita


Mohd. Azlan Iskandar bagi acara skuasy perseorangan lelaki

Alex Liew sekali lagi merangkul pingat emas. Kali ni bagi acara boling perseorangan lelaki all-events


Ku Jin Keat bagi sukan karate dalam acara kata individu


R Puvaneswaran juga dari sukan karate bagi acara kumite bawah 55kg

Skuasy berpasukan wanita

Lagi empat tahun kita akan bertemu lagi dalam Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pula. Harap2 pasukan Malaysia akan membolot lebih lagi pingat emas pada masa itu.

Tahun ni boleh dikatakan tahun yang banyak kejohanan sukan besar dijalankan. Antara sukan2 yang dijalankan pada tahun ni yang sempat aku ingat dan aku ikuti ialah Sukma di Melaka, Piala Thomas di Kuala Lumpur, Piala Dunia di Afrika Selatan, Sukan Olimpik Remaja di Singapura, Sukan Komanwel di New Delhi dan penutupnya Sukan Asia di Guangzhou.

Tahun depan kita ikuti pula Sukan Sea yang dijadual diadakan pada 11 - 25 November di Palembang dan Jakarta Indonesia. Ayuh Malaysia... buktikan pada dunia bahawa MALAYSIA sememangnya BOLEH!