Semalam pergi berfoya2 di Sunway Piramid dengan tujuan untuk menyambut hari lahir salah seorang kawan aku di sana seperti yang telah ditetapkan mengikut kalendar hari jadi bertema bagi tahun 2010.
Tiba di tempat kejadian yang dipilih iaitu Restoran Ole-ole Bali, terus sekelian ahli mesyuarat melepak sambil menunggu birthday girl. Disebabkan masing2 perut dah tak dapat menahan kelaparan, terus kitorang call tuan punye body, minta izin nak mulakan acara dulu. Yelah, sepatutnya acara pukul 12, tapi dah terlajak ke pukul 4 petang disebabkan birthday girl masih perlu ke tempat kerja menyiapkan projek beliau. So, dah dapat green light masing2 pon order tak hengat punyelah untuk melayan nafsu serakah dan kelaparan.
Disebabkan nama pun Ole-ole Bali, dah tentu sajian utama adalah speciality from Bali di samping deko pun Bali habis la. Siap pilih menu masing2, acara sembang2 dan saling kutuk mengutuk dan mengenakan sesama sendiri pun bermula seperti biasa. Bila order sampai, masing2 terjojol biji mata. Mana tak terjojol... portion makanan tu memang confirm tak habis walaupun yang makan itu adalah kaki makan. Sumpah banyak gila makanan dia. Siap hidang dalam talam okeh. Sekali pandang teringat macam nasi lalapan yang popular di Miri tu.
Disebabkan masing2 dah lapar, terus laju menjamah hidangan di depan mata. 1o minit kemudian, masing2 muka dah lain macam. Semua dah kepenatan nak makan. Apatah lagi aku la. Macam tak luak langsung makanan yang ada dalam talam aku. Huwaaaa banyak gilak!!! Menangis masing2 nak habiskan dan sampai ke sudah tak ada seorang pun yang berjaya habiskan makanan masing2. Mana tak habis, kalau minta hidangan ayam... yang sampai adalah setengah ekor ayam. Ingat anak jin ke hape nak habiskan separuh ekor ayam sorang2. Kalau 1/4 tu boleh diterima akal lagi, ini 1/2 okeh.
Dah macam2 cara dibuat untuk menghabiskan makanan tu tapi memang tak berdaya. Kalau masuk Amazing Race confirm semua kena penalti 4 jam. Nak tinggalkan memang rasa sayang dan sedih gila tengok makanan, tapi nak habiskan memang tak sanggup. Rasa sengsara sangat. Time ni kalau ada pertandingan "Siapa Makan Habis, Dapat Kawen Dato' LCW" pon aku rasa aku terpaksa kalah sebelum bertanding. Memang tak boleh nak buat apa sangat2 dah.
Sejam lebih berada di dalam restoran daripada orang ramai sampai langsung tak ada orang, tetap juga muka birthday girl yang ditunggu2 tak muncul tiba. Sudahnya kitorang menyambut party untuk diri sendiri la. Tak tau nak letak tajuk sambutan apa. Mungkin sambutan Maal Hijrah la kot.
Lepas makan, lepak2 ronda2 sekeliling Sunway Piramid yang sangat meriah dengan dekorasi sempena sambutan Krismas. Cantik suasananya. Banyak2 perayaan, sambutan Krismaslah yang paling cantik dekorasinya di mana2 shopping complex pun. Memandangkan hasrat untuk bertemu birthday girl buat kali terakhir sebelum beliau berlepas ke Melbourne masih tersimpan, kitorang tetap menunggu juga sehingga 8 malam. Tapi pertemuan itu tak menjadi kenyataan kerana kerja2 beliau masih belum selesai. Kesimpulannya, kita hanya mampu merancang...