Thursday, November 25, 2010

2 Alam

Tadaaa... semalam aku dah pergi menonton filem terhangat di Malaysia abad ini iaitu 2 Alam. Lepas kerja terus menuju ke Alamanda bersama2 ahli keluarga untuk menyaksikan dengan mata sendiri filem yang dicanang2kan oleh Dr. Rozmey untuk mengutip RM40 juta nih.


Dalam panggung memang tak ramai orang, ada le dalam 12 orang gitu. Ceritanya ada berunsur seram dan 18sx. Video klip lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search pon ada, dilakonkan oleh pelakon utama dan watak kekasih beliau. So, sesapa yang nak tengok aksi2 seram, 18sx dan video klip bergabung dalam 1 filem ni bolehlah pergi menonton sementara stok masih ada. Jangan menyesal kalau terlepas peluang. Err... kalau dah tengok pun jangan menyesal jugak.

So sekarang, aku sekeluarga dah membantu Dr. Rozmey mencapai sasaran RM40 juta tersebut. Kitorang dah tolong sebanyak RM18. So, harap Dr. Rozmey akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencari lagi RM39,999,982. Pasukan Malaysia di Sukan Asia dah dapat 8 emas, lagi satu je target. Harap2 Dr. Rozmey pon berjaya.


p/s: Dr. Rozmey... takde ke Jus Mate 5 percuma untuk aku dan ahli keluarga yang gigih menonton filem Dr. ni? Hehehehe