

Seperti di New Delhi, sekali lagi kontinjen Malaysia memakai pakaian yang sangat2 aku tak suka. Tapi apokan daya, terpaksalah relakan juga melihat diorang memakai pakaian nak ke pejabat tu huhuu.


Guangzhou dipilih setelah lagi dua pembida menarik diri iaitu Seoul dan Kuala Lumpur. Seoul menarik diri kerana tempoh menjadi tuan rumah yang agak singkat iaitu 8 tahun. Sebelum ini Korea Selatan telah menjadi tuan rumah pada tahun 2002. Kuala Lumpur pula menarik diri kerana kos penganjuran yang sangat tinggi. Huhuuuu... Kalaulah dibuat di Kuala Lumpur pada tahun ni, confirm meriah hidup aku heeheheh. Harap2 Malaysia akan membida untuk acara ini pada tahun 2020 nanti. Errr tapi time tu aku dah tua, confirm takleh loncat2 sambil menonton di stadium.

Sesuai dengan jolokan Bandar Kambing, maka maskot untuk Sukan Asia kali ni pun adalah kambing yang terdiri daripada A Xiang, A He, A Ru, A Ye dan Le Yangyang. Comel kan 5 ekor kambing yang confirm tak busuk ni.

Ayuh para atlit Malaysia sekelian, silalah tunaikan bakti anda kepada negara dengan membawa pulang seberapa banyak pingat yang boleh. Para peminat dan penyokong sekelian, marilah memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pejuang2 Malaysia. Sekali lagi tv kat rumah aku tak akan bertukar siaran lagi lepas ni. Dan dah tentu bil elektrik aku melambung lagi sepertimana bulan lepas akibat demam sukan huhuhuu.

p.s: entah kenapa aku suka nengok muka uncle John Beasley, jurulatih pasukan lumba basikal Malaysia dari Australia ni. Macam bapak2, comei dan gebu jer.
p.s.s: errr tetiba aku rasa entry aku kali ni ala2 wikipedia/berita sukan plak.
p.s.s: errr tetiba aku rasa entry aku kali ni ala2 wikipedia/berita sukan plak.