Semalam aku tunggu kat depan punch card untuk ketik jam 5.00 tepat kemudian lari laju2 ke parking untuk memecut kereta ke Alamanda. Mana tak pecutnya, sebab wayang yang aku nak tengok tepat pukul 5.15, kalo lambat ada potensi aku masuk waktu cite dah bermula. Mujurlah sampai kat sana ngam2.
Aku dan keluarga menonton filem Estet. Sebuah filem yang dah lama aku tunggu2 untuk ditonton. Penonton tak ramai, rasanya tak sampai 20 orang. So, kalau nak tengok sambil baring di sepanjang kerusi pun tak de sapa nak halang.
Komen? Macam biasalah, aku takkan komen apa2 filem secara terbuka dalam blog ni. Kalau nak tau pandangan aku sila tanya sendiri ataupun untuk lebih puas hati, sila pegi tonton sendiri. Bukan apa, pandangan dan selera masing2 tak sama. Kang aku takut bias pulak kalau aku komen kat sini. Cumanya, kalau korang nak tengok telur berwarna pink, boleh la tengok dalam filem ni heheeheh. Pink + hitam = pinktam (pitam) keh keh keh.
Lepas habis menonton, pergi ke kedai emas Tomei. Bukan nak beli cincin kahwin, saja jalan2 cuci mata. Erk... sejak bila aku pandai tukar selera cuci mata kat kedai emas? Oh takde juga, cuma aku pergi untuk menjalankan satu misi dan terbukti misi itu berjaya. Apa yang pasti lepas keluar dari kedai emas tu, terus aku rasa nak pitam dengar keputusan misi tersebut.