Seperti yang kita semua tau, nun di utara tanah air dua buah negeri iaitu Kedah dan Perlis sedang ditimpa bencana alam yang agak teruk dalam sejarah iaitu banjir besar yang turut meragut beberapa nyawa. Banyak tempat yang selama ni tak pernah dinaiki air setiap kali musim banjir tiba setiap tahun, tapi kali ni turut tidak terlepas daripada ditenggelami air. Termasuklah rumah beberapa orang kawan aku.
Syukur Alhamdulillah banjir ni hanya menimpa di kawasan utara negeri Kedah saja dan tidak melibatkan kawasan2 lain di Kedah. Kepada kawan2 yang bertanyakan khabar tentang kampung halaman aku, dimaklumkan bahawa keadaan di kawasan selatan Kedah baik2 saja dan tidak langsung terlibat dalam banjir ni. So, kepada kawan2 yang akan membuat perjalanan ke selatan Kedah sama ada urusan kerja atau urusan peribadi, tak perlulah risau. Perjalanan anda Insyaallah akan lancar seperti biasa.
Kepada mangsa2 banjir, diharap anda semua bersabar dengan apa yang berlaku. Semua orang tak nak terlibat dengan bencana seperti ni, tapi itu semua adalah dugaan dan cubaan yang perlu diterima dengan redha dan tabah. Kalau pada tahun 2007 dulu, banjir teruk melanda negeri Johor, mungkin kali ni giliran orang di utara pula mengalaminya. Tuhan itu maha adil. Apa yang penting adalah keselamatan diri dan ahli keluarga yang perlu diutamakan berbanding harta benda kerana harta benda yang hilang dan rosak akan dapat diganti tapi andai hilang nyawa maka tiada galang gantinya.
Kepada pihak2 yang menghulur bantuan dan sumbangan tak kiralah dari agensi2 Kerajaan, NGO, syarikat-syarikat swasta mahupun orang perseorangan, diucapkan terima kasih banyak2 kerana sekurang2nya bantuan anda itu mengurangkan sedikit beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.
Kepada parti2 politik, janganlah pula mengambil kesempatan di atas kejadian ini untuk saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain mahupun menunjukkan siapa hero dan siapa jaguh. Tapi ambillah kesempatan ini untuk saling berganding menghulurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan.
Kepada kawan aku yang telah beberapa malam tak dapat tidur lena kerana bertugas dalam operasi banjir ni, diucapkan selamat bertugas dan menabur bakti kepada negara. Semoga dapat menghadapi pelbagai kerenah dengan tenang dan sabar. I'll lend my ears for you as I always do. Tu je lah yang termampu.