Hari ni rakyat di Galas dan Batu Sapi akan keluar beramai2 menunaikan tanggungjawab memilih wakil di kawasan masing2. Kali ni dua tempat serentak mengadakan pilihanraya kecil masing2 akibat pemergian wakil rakyat terdahulu. Dan kali ni jugalah aku tak dengar banyak kejadian2 tidak diingini sepanjang tempoh 9 hari berkempen kecuali calon PKR di Batu Sapi je yang dua kali jatuh ke dalam laut. Kalau sebelum2 ni macam2 benda yang berlaku akibat daripada ke'ekstrem'an parti2 yang bertanding sampaikan naik menyampah pun ada. Mungkin rakyat sekarang dah semakin matang kot. Harap2 begitulah. Buat apa nak gaduh2 dan kecoh2, bukankah perkara ni boleh je dijalankan secara aman. So, kepada rakyat di kedua2 kawasan, aku ucapkan selamat mengundi dengan bijak dan pilihlah calon yang benar2 dapat berkhidmat mewakili suara anda semua sama ada di DUN mahupun Parlimen.
Esok ada lagi satu raya yang disambut oleh rakyat Malaysia khususnya penganut agama Hindu iaitu Deepavali. Memandangkan Deepavali jatuh pada hari Jumaat yang bermakna cuti bersambung, rasanya ramai yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman masing2 termasuklah aku. Petang ni aku akan berangkat sesudah habis kerja untuk menuju ke kampung. Terpaksalah aku balik beraya Deepavali di kampung aku memandangkan raya Aidiladha nanti aku tak balik kampung kerana giliran untuk beraya di rumah mertua. Kang kalo Aidiladha tak balik, Deepavali pun aku tak balik aku takut ada potensi aku disumpah menjadi sebidang tanah lot plak kan. Oleh itu, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada kawan2 yang beragama Hindu dan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia. Berhati2 di jalan raya. Adios...