Sunday, November 21, 2010

Motip???

Letih aku malam ni melayan sms, phone call and fb chat pasal badminton. Woi apasal korang tanya aku? Aku bukan pemain badminton, jauh sekali jurulatih mahupun pengulas sukan. Aku hanyalah peminat badminton Malaysia khususnya Dato' Lee Chong Wei. Sama je macam korang minat sukan2 yang lain dan atlit2 yang lain.

Seawal pagi lagi dah terima sms bertanyakan jadual perlawanan akhir badminton dari beberapa orang kawan. Bila game dah nak start makin banyak sms masuk. Tangan aku sama naik je dengan kelajuan shuttle cock kat tv. Layan je. Bila kalah je Dato', ada le beberapa orang yang mengutuk haku. Motip??? Ada ke aku kutuk korang kalo pemain/pasukan kegemaran korang kalah?

Okeh, aku bukan nak ulas pasal kutukan yang diterima oleh aku, sebab aku tau tu semua gurauan je dari kawan2. Saja je nak menceriakan keadaan sebab bukan aku sorang je kecewa, tapi 1Malaysia terasa pedihnya. Mental aku pun tak kuat kalo tengok perlawanan, nak2 plak bila kita ketinggalan, mulut aku pun sama je laju maki juga huahuaua. Tapi biasanya aku maki pasukan lawan lagi banyak le.

Tapi pada aku, setiap pemain dalam mana2 sukan pun dah buat apa yang terbaik untuk dirinya dan juga demi nama negara. Tak ada mana2 ahli sukan mahupun ahli sihir yang nak dirinya sengaja kalah (kecuali kalau dorang terima rasuah macam liga bola sepak Malaysia pada tahun 90an dulu le). So, aku rasa kita tak patutla nak kutuk lebih2 sedangkan kita tak berada dalam kasut diorang pun. Segala pengorbanan, keringat dan penat lelah yang diorang lalui pernahkah kita fikirkan betapa peritnya? Yang kita tau, bila menang dipuja dan disanjung tinggi, tapi bila kalah, semua maki dan mengeji. Adilkah semua itu?

Kekecewaan bila tewas itu adalah lumrah bagi semua termasuk penonton dan penyokong. Apatah lagi pemain itu sendiri. Tapi kita kena ingat, bukan satu pihak je yang nak menang, dah tentu semua orang nak menang dan lakukan apa yang terbaik dan termampu di mana akhirnya hanya seorang yang jadi pemenang. Oleh itu segala emosi kita haruslah terkawal dan disalurkan secara betul (sila jangan bakar kerusi di stadium ye, itu contoh orang yang tak boleh kawal emosi). Err tapi aku kadang pun tak boleh kawal emosi gak terutamanya bila mana2 pemain sokongan aku menang. Kadang2 sampai menitis airmata aku, terharu kekdahnya. Kali terakhir, waktu Azizulhasni menang emas pun airmata aku tumpah sampai rasa tegak bulu roma.

Kesimpulannya, tak perlulah kita maki hamun dan mengeji serta menghina mana2 pemain/ahli sukan yang kalah. Mereka pun ada hati, perasaan juga dan bukannya tunggul kayu. Bayangkan perasaan korang jika korang adalah salah seorang kawan ataupun anggota keluarga ahli sukan yang sering dikeji itu. Sedikit sebanyak mesti korang akan terasa tempiasnya kan. Aku tertarik dengan satu ayat yang ditulis dalam forum mengenai Dato' yang tewas. Kata2 tu berbunyi "jari yang cedera sudah ditampal plaster, hati yang cedera setelah setiap hari training macam nak mati, nak kena maki hamun dengan rakyat, beliau kena ubati sendiri." Sadis kan?

Menang kalah adat pertandingan, tapi sampai bila kita nak kalah je? Renung2kan dan selamat berfikir... :D