Friday, January 28, 2011
Semanis Limau Seputih Arnab
Wednesday, January 26, 2011
Tolong Ingatkan Aku
Ingatkan tido malam bila dah bangun boleh lupa, tapi hari ni still rasa macam nak maki/marah/carut/ceramah orang lagi. Tapi takat rasa je lah. Kalau nak buat memang tak le kot. So, penyelesaiannya, luah kat blog je la huhuhuu.
Monday, January 24, 2011
7-11
Tengok Zakry dengan Thien How memang tidak la menaruh harapan yang tinggi. Nak2 plak lawan dengan ninja Jepun yang kurus tu. Memang tak terlawan le kedua2 pemain kita yang "comel" tu. Kesimpulannya, walaupun hari2 exercise pagi dan petang, tidak menjamin yang berat badan kita akan turun dan kurus. Mungkin perlukan formula lain. Bela jin misalnya heheeh.
Tak lama kemudian, terdengar pengumuman menandakan perlawanan antara musuh nombor 1 Dato' Lee Chong Wei iaitu Lin Dan menentang Chen Long di court sebelah. Berkobar2 la aku nak tengok Lin Dan. Sekali... pengumuman tu mengatakan Lin Dan telah menarik diri ekoran kecederaan dan memberi kemenangan percuma kepada Chen Long. Argkhh... satu stadium hampa huhuh. Tak habis2 dengan taktik yang sama.
Waktu tengok pertandingan akhir AFF Suzuki Cup di stadium dapat kawan baru, kali ni tengok Malaysia Open pun dapat kawan baru. Yang bestnya, kawan baru yang aku dapat di Stadium Putra ni adalah kawan kepada kawan baru yang aku dapat di Stadium Nasional dulu. Hahaah... kecik betul dunia nih. Semuanya gara2 kawan baru di Stadium Putra yang ternampak aku di FB kawan kat Stadium Nasional tu. Mamat ni rupa2nya dok kat belakang aku waktu menonton badminton. Pergkhh... kuat betul ingatan beliau. Ataupun mungkin sebab tak ramai perempuan yang menonton badminton kot sebab tu dia senang cam aku. Nak2 pula perempuan Melayu yang bertudung. Badminton ni banyak peminat dan penonton di kalangan kaum Cina. So yang Melayu, perempuan dan bertudung memang obvious la.
Esok, akan bermula Super Series paling mahal iaitu Terbuka Korea yang menawarkan hadiah paling lumayan iaitu USD1.2 juta untuk keseluruhan. Semoga para pemain Malaysia dapat merebut hadiah yang ditawarkan dan mengungguli kejohanan tersebut.
Kepada Hafiz Hashim yang akan bergelar pemain profesional mulai 1 Februari ni pun aku ucapkan selamat maju jaya la ye. Pasni semua benda akan diuruskan sendiri kerana bukan lagi di bawah BAM. Err... kalau perlukan khidmat PA silalah hubungi nombor telefon aku yer, kita boleh bincang. Kawan aku ada ajak untuk berkecimpung dalam kerjaya sebagai PA kepada mana2 pemain badminton profesional ni. Tapi aku kena pertimbangkan dulu. Maklumla, kalau jadi PA diorang banyak benda yang aku nak kena belajar selain daripada uruskan jadual latihan, perlawanan termasuk tiket penerbangan, penginapan. Tu semua takpe, sebab dah biasa kat office kan. Tapi bab2 nak uruskan kontrak dengan pihak penaja, nak uruskan kewangan ni aku kena belajar lagi. Maklumla, matematik aku kan sedari azali memang lemah. Huahauahuaua.
p/s: kepada kawan aku, nanti kita study lagi dengan gigih yer tawaran untuk jadi PA pemain badminton ni. Tapi kalau jadi bini pemain badminton aku rasa aku tak perlu pikir panjang lebar lagi dah. Aku setuju je kih kih kih.
Saturday, January 22, 2011
I'm Not Single
Gambar2 ni bukannya diambil oleh mana2 jurugambar atau wartawan, tapi diambil sendiri oleh kawan aku yang tinggal di Sungai Petani. Credit for him (you know who you are).
Pengantin perempuan. Cantik jugak, cuma mekap je agak sedikit tebal
Kakak pengantin perempuan yang sangat jelita
Abang pengantin lelaki yang tak kurang hensemnya. Cuma takde tahi lalat je kat pipi
Panggg!!! Gedebukkk!!! (sound jatuh dari katil). Sila jangan berangan ye. Itu bukan aku le. Itu kan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka berdua. Semoga kekal ke akhir hayat.
p/s: sumpah, aku tengok tak sama langsung muka Ayu Raudhah dengan aku. So, sila jangan percaya dengan dakyah2 yang anda dengar. Itu sume fitnah semata2 huahuahua.
Friday, January 21, 2011
Mission Accomplished
Tuesday, January 18, 2011
Merpati Berjoli
Tadi terbaca artikel ni, terus rasa nak pitam.
Friday, January 14, 2011
Khurafat
Sekarang ni aku rasa lega sikit la berbanding dulu. Kalau aku tengok filem seram pun aku boleh terus lupakan scene2 dalam filem tu. Kalau dulu, mesti aku akan teringat2 dan terbawa2 punye hantu kat dalam mana2 filem seram yang ditonton. Mungkin disebabkan dah terlalu banyak filem seram yang aku tengok sampai aku dah kurang rasa seram tu kot. Agak lega di situ.
Lagi satu aku syukur sangat sebab aku jarang ditemukan dengan situasi2 yang menyeramkan. Dan memang tak mau langsung temui pun. Setakat main guli kat rumah tu kiranya dah boleh terima la. Aku kalau takat dengar je ok lagi la kut, tapi sangat2 berdoa agar tak serempak/nampak dengan mata sendiri benda2 seram ni. Eeee... mintak simpang jauh2 la.
Pengalaman zaman dok di asrama sekolah dulu pun okla, sekadar dengar je, dan tak nampak. Dulu2 selalu dengar tapak kaki orang berjalan di koridor asrama. Takat itu je lah kot. Cuma waktu tingkatan 2 ada benda agak seram le yang berbunyi kat tepi katil aku. Time tu memang tak boleh tido, dok berpeluk je dengan junior aku dalam gelap dan dalam kelambu. Bunyi guli mengelilingi katil aku. Memang keras kat dalam kelambu tak berani nak bergerak sampailah jam 5.30 pagi.
Kat UiTM pulak oklah, memang tak ada apa2 yang dihadapi. Cuma waktu 1st semester je kawan2 aku dok dengar loceng kaki kat luar bilik, tapi aku tak dengar. Walaupun tak dengar, tapi kalau aku terjaga tengah malam tetap takut nak tido. Terpaksalah pegi panjat katil orang lain sambil tutup mata.
Tahun lepas je aku rasa aku alami peristiwa yang menyeramkan sewaktu aku menderita sakit misteri tu. Aku rasa aku belum cerita kut dalam blog lama pasal sakit misteri aku tu, sekadar bercerita dari mulut ke mulut dengan kawan2 rapat je. Takpela, hari ni aku cerita kat sini sebagai kenangan di hari tua kelak.
Setelah beberapa kali berjumpa doktor dan pelbagai modul pemeriksaan dan ubat yang telah ditelan, aku disahkan tak ada langsung menghidap apa2 penyakit. Oleh yang demikian, alternatifnya ialah mencuba perubatan secara tradisional.
Tuesday, January 11, 2011
Bengkel @ Kemaman
Monday, January 10, 2011
Biar Luka Sembuh Sendiri, Biar Lupa Ditebus Hari
3. Yuna - simple.
4. Stacy - sama je setiap tahun. Nothing new.
7. Ana Raffali - aksi magic tukar baju dah biasa tengok.
10. Hujan - biasa.
12. Black - vokal dia pun tak sedap macam biasa.
13. Meet Uncle Husin - pun biasa je.
14. Faizal Tahir (Selamat Malam) - simple. Nasib baik suara dia tak ke laut sangat. Tak tau apa jadi dengan dia ni sekarang sebab suara dia bila nyanyi live tak sesedap dulu.
Pemenang:
Persembahan terbaik: Faizal Tahir - setuju juga sebab lain daripada yang lain.
Tempat ke-3: Noktah Cinta, Hafiz
Tempat ke-2: Drama King, Meet Uncle Husin dan Black
Juara: Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali