Hari ni hari pertama bekerja di tahun 2011. Sebilangan besar masih bercuti terutama ibu bapa yang mempunyai anak2 yang pertama kali masuk ke sekolah. Suasana di jalan raya pun masih terkawal pagi tadi sebab kenderaan macam biasa je, tak nampak ada peningkatan pun walaupun sekolah telah dibuka.
Semua orang mempunyai impian untuk melalui 2011 dengan lebih gemilang dan mendapat keindahan saja, tak terkecuali juga aku. Setelah mengharungi warna-warni kehidupan pada tahun 2010, harapan dan azam aku pada tahun ini ialah untuk lebih bahagia. Itu je yang aku nak. Bahagia ni datang dengan pelbagai tafsiran yang berbeza bagi setiap orang. Apa yang aku nak ialah bahagia dengan cara aku sendiri. Bukannya bahagia dari pandangan mata mahupun bagaimana yang orang lain nak tengok aku bahagia. It's all about me. So, let me choose my way how I want it to be.
Tirai 2011 rupanya membawa kejutan. Pertama dengan pemergian dramatis Faizal Yusop. Aku suka juga tengok dia ni berlakon, agak bersahaja dan boleh dikatakan apa saja karektor yang diberikan kepadanya agak menjadi bagi aku walaupun nama beliau tidaklah sepopular Fahrin Ahmad mahupun Ashraf Muslim.
Pemergian beliau memberi peringatan kepada aku bahawa ajal tidak mengira usia dan supaya aku lebih mengambil berat soal penjagaan kesihatan. Aku harap aku diberi kesempatan untuk hidup lebih lama untuk menikmati segala keindahan ciptaan Tuhan dan menjadi hamba-Nya yang patuh. (Tetiba plak rasa macam ustazah).
Yang kedua, aku terkejut dengan peninggalan Dato' Misbun Sidek. Yang ni bukan meninggalkan dunia, tapi meninggalkan BAM. Entah apa akan jadi selepas ni di saat2 Malaysia begitu tandus pengganti kepada Dato' Lee Chong Wei, ini pula yang terjadi. Yang pastinya, aku akan rindukan detik2 tiap kali Dato' Lee Chong Wei menang, beliau akan pergi memeluk Dato' Misbun. Itulah moment yang aku tunggu2 setiap kali lepas perlawanan. Nampaknya, itu tak akan terjadi dalam Superseries Master Final di Taiwan minggu ni huhuuuh. Apa2 pun, itu adalah keputusan beliau dan kita wajar menghormatinya.
Aku pun menanti sinar di hujung terowong ni. Sekarang ni masih terapung2 lagi sebab apa yang aku tunggu2 dan aku rancangkan mungkin jadi kenyataan dan mungkin akan musnah sekelip mata. Kira kejutan di pagi hari la juga tadinya tatkala terima berita tersebut. Tension.
15 Januari sekali lagi aku akan jadi tak keruan menanti detik itu. Aku harap juga tarikh ini akan membawa berita yang baik untuk aku. Kalau tak, memang agak parah la perancangan aku. Kiranya sekarang ni ada 2 benda yang sedang aku gusarkan. Doakan kedua2 benda yang aku nantikan itu berpihak kepada aku. Ingattt... aku kan mahukan BAHAGIA... so korang silalah doakan aku bahagia yerrrkkkk. Theheehe...