Mulai jam 6 petang semalam, mood aku di awal tahun baru 2011 terus disentap. Apa yang aku rancangkan telah musnah sama sekali. Walaupun sinar di hujung terowong yang aku tunggu2 tu masih memberi harapan dalam 20% ala2 cahaya pelita yang hampir padam, tapi bagi aku it's all gone. Biarlah aku berhenti berharap siap2 walaupun masih ada sisa.
Ternyata beberapa petunjuk dan petanda (eh bukan sama ke?) yang berlaku dalam tempoh seminggu ni seolah2 memberitahu secara tak langsung, tapi aku masih belum berputus asa, masih nak berjuang. Tapi semalam, kemuncaknya kepada apa yang ditunggu2 itu. Siap dapat jawapan dalam hujan lagi. Kiranya hujan yang turun semalam tu sebagai petanda sedih la huhuuhu. So, aku kena terima, redha dan pasrah. Kalau dah Tuhan tentukan bahawa buat macam mana pun, usaha macam mana pun, kalo tidak diizikan-Nya, memang tak jalan la kan.
Disebabkan agak kecewa, terus senyap, tak tau nak buat reaksi macam mana lagi dah. Perut yang agak lapar pun terus kenyang. Nak2 pulak terperangkap dalam kesesakan jalan raya agak dahsyat. Mana tak dahsyatnya, kalau dari Bandar Utama ke Lembah Pantai mengambil masa 2 jam? Apa nak buat, dah kau pegi waktu puncak orang balik keje, memang kena hadap je lah. Asalnya dari Kelana Jaya tu nak terus je balik ke Putrajaya melalui Puchong, tapi apokan daya... kereta merangkak2. So konon2 nak menghindari dari kesesakan, keluar lah ikot Lebuhraya Persekutuan, sebab nampak jalan macam lancar je. Lagipun kalau lalu sini boleh singgah ke Plaza Pantai, makan steamboat di Seoul Garden. Tahun baru lepas dah pegi sini, tapi waktu tu tutup, so agak hampa di situ.
Sampai je area Asia Jaya, jalan dah start sesak balik. Argkhhh tekanan siot. Dah la tadi kecewa, tambah pulak dengan sesak gini. Memang rasa macam nak jadi Incredible Hulk dan baling semua kereta ke tepi je. Kawan aku lagi lah, dah hilang kata2 sebab penat menekan clutch kereta. Rasa2nya mesti kaki beliau besar sebelah hari ni hehehe.
Makan kat Seoul Garden ni ok la, sedap jugak. Bolehla feeling2 jadi Minah Korea dok panggang daging2 kat situ. Kalau daging2nya yang dipanggang tu memang sedap dan terbaik. Kalau steamboat, Johnny's menang. Dia punye dessert pon ok. Ada aiskrim, buah-buahan, puding, rojak, ABC. Harga berpatutan. Tapi disebabkan frust + penat + mengantuk, kitorang makan sikit je lah dan berdesup balik dalam keletihan.