Tahun ni tak dapat tengok AJL ke-25 secara live dari Stadium Putra seperti mana tahun lepas dan sebelumnya. So, sampai je rumah pukul 7.15 dari Kemaman, terus kelam kabut buat apa2 yang patut sebab nak menikmati persembahan2 dari TV3.
Semua orang pun tengok dan dengar benda yang sama. Cuma mungkin tengok kat tv tak sama dengan tengok secara langsung di mana suasana lebih hips dan sound lebih mantap. Memang ketara la sound kat tv dengan live jauh benar bezanya. Kalau korang tengok kat tv rasa macam sound agak lemau, tapi yang sebenarnya kalau live sound semuanya sangat perfect. Gile ke sound tak best? Sia2 je tau Ramli MS dapat Dato' kalau sound tak best.
Agak kecewa tak dapat tengok secara live, so aku bagi ulasan berdasarkan apa yang ditengok dari tv. Tapi sukacita diingatkan, ini adalah pandangan peribadi saja dan secara tidak profesional pun.
1. Tomok - bagus dan menarik. Kiranya impian dia nak buat persembahan macam Rain adalah berjaya. Tomok punye persembahan malam tadi dah macam Rain menari dengan Super Junior plak.
2. A.P.I - sangat power kedua2 orang penyanyi. Kira first time aku tengok Noh menyanyi buka mulut besar2 sebab biasanya lagu2 nyanyian dia ala2 tak buka mulut pon takpe. Persembahan yang sesuai untuk konsert/anugerah sebesar ni.
3. Yuna - simple.
4. Stacy - sama je setiap tahun. Nothing new.
5. Hafiz - tak mengejutkan, sebab sama dengan videoklip lagu tu. Tapi suara beliau sangat hebat dan hampir sempurna.
6. Faizal Tahir (Hanyut) - gimik yang lain dari lain. Tapi tak mengejutkan aku sebab dah tau beliau akan guna props tangki air sepertimana yang telah ditunjukkan dalam rancangan Muzik2 beberapa minggu sebelum AJL. So, agak antiklimaks di situ.
7. Ana Raffali - aksi magic tukar baju dah biasa tengok.
8. Shahir - nyanyian dia tak mantap macam biasa. Mungkin nervous kot. Kesimpulannya memang tak sedap. Tu pasal kena lempang dengan Nasha Aziz heheeh.
9. Adira - aksi naik2 buai tu pun dah biasa tengok. Even nampak macam persembahan sempena Tahun Baru Cina pun ada gak. Suara dia okla daripada biasa sebab dah tak keluar suara angsa, cuma nampak terlalu kontrol suara tu, terus jadi tak berapa best.
10. Hujan - biasa.
11. Bunkface - suka sangat dengan gubahan muzik yang dibuat untuk malam ni. Vokal Sam pun ada improvement.
12. Black - vokal dia pun tak sedap macam biasa.
13. Meet Uncle Husin - pun biasa je.
14. Faizal Tahir (Selamat Malam) - simple. Nasib baik suara dia tak ke laut sangat. Tak tau apa jadi dengan dia ni sekarang sebab suara dia bila nyanyi live tak sesedap dulu.
So dari segi persembahan secara keseluruhan aku lebih suka lagi dengan persembahan2 pada tahun lepas. Tahun ni banyak persembahan ulangan je, tak kreatif. Tahun lepas ada Hujan dengan flashmob, Bunkface dengan budak2 Idola Kecil, Aizat dengan persembahan budak sekolah, Faizal Tahir ala2 Micheal Jackson dan Yuna dengan piano kecilnya. Even Aizat duduk menyanyi dengan diiringi muzik India tu walaupun simple tapi nampak sangat menarik. Tak kurang juga dengan persembahan pembukaan daripada Azlan and The Typewriter dan Dato' Siti Nurhaliza dan juga penutup daripada muzik A Go Go dan Search.
Tahun ni persembahan pembukaan walaupun sekadar menyanyi berdiri je, tapi rasa macam menarik sebab dah lama tak tengok artis2 otai ni menyanyi. Nak2 pula nyanyian diorang masih sama macam dulu. Sayangnya Jamal Abdillah tak ada untuk nyanyikan lagu Ghazal Untuk Rabiah bersama M. Nasir.
Persembahan penutup biasa je, takde wow factor pun. Cumanya nyanyian Ziana Zain malam ni okla, sebab lebih menarik daripada nyanyian dalam Anugerah Skrin baru2 nih. Persembahan Dato' Siti biasa je, sebab pernah tengok show macam ni daripada beliau sebelum2 ni. Dato' Sharifah Aini tak ada apa yang menarik.
Pemenang:
Vokal terbaik: Hafiz - aku sangat setuju dengan kemenangan ni sebab beliau deliver lagu ni dengan baik sekali. Kalau pejam mata memang rasa macam dengar dalam album.
Persembahan terbaik: Faizal Tahir - setuju juga sebab lain daripada yang lain.
Tempat ke-3: Noktah Cinta, Hafiz
Tempat ke-2: Drama King, Meet Uncle Husin dan Black
Juara: Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali
3 tekaan aku bagi 5 kategori ni betul. So, kira tak jauh la beza sangat pandangan aku dengan juri kan? Cuma kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku je benar2 memberi kejutan. Mungkin kalau dapat nombor dua atau tiga aku tak terkejut sangat kot. Sejujurnya lagu ni sedap juga, tapi mungkin cara nyanyian Ana Raffali yang lemau, sengau dan kurang jelas (sangat pelat) tu yang menyebabkan jadi tak berapa sedap dan dipandang (dengar) sangat selama ni. Kalau tak tengok lirik, memang ada beberapa perkataan yang aku langsung tak tau apa yang disebut. Apa2 hal, juri lebih arif dan berpengalaman dalam bidang muzik. Itu tak perlu dipertikaikan sebab pandangan kita yang kurang arif ni mungkin dari segi kesedapan telinga dan kesukaan masing2 saja. Manakala juri melihatnya dari segi komposisi, lirik, susunan dan lain2 faktor. Sekian, ulasan saya untuk tahun ni.