Hari minggu untuk minggu pertama kerja di tahun 2011 aku dah kena ke luar daerah untuk menghadiri bengkel selama 3 hari 2 malam di Intan, Kemaman. 10 tahun lepas aku pernah kena kursus induksi di sini. Bengkel ni dikhususkan untuk pegawai gred 27 ke atas. Agak suspen juga mengikuti bengkel ni sebab kitorang termasuk big bos langsung tak tau apa pengisian mahupun bengkel ni sehinggalah sampai di sana. Ala2 macam misi rahsia je sebab hanya 3 orang ketua bahagian sahaja yang ditugaskan untuk menganjurkan bengkel ni. So, masing2 pun blur.
Hari Jumaat 2 buah bas pejabat bergerak menuju ke Kemaman dalam jam 10 pagi. Semua sekali yang terlibat dalam 70 orang lebih. Mula2 agak berat hati juga nak pergi sebab aku dah ada perancangan yang diatur lebih awal pada hari Sabtu dan Ahad. Tapi disebabkan tugas pada negara, terpaksalah aku melupakan hal2 yang lain.
Sampai di sana dalam jam 3 lebih dengan dua kali berhenti di Bentong dan juga Temerloh. Suasana sepanjang bengkel ni tak rasa macam berada di tepi laut, tapi umpama berada di tanah tinggi sebab sepanjang masa sejuk. Hujan setiap hari. Dah le bilik yang aku duduk heater dia mati, merasalah mandi sambil terjerit2 sebab sejuk.
Waktu taklimat jam 4 petang barulah kitorang tau apa misi dan visi bengkel ni. 12 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan telah dibentuk dan diberikan tajuk untuk dibuat kupasan dan dibentang sepanjang hari Sabtu dan Ahad. Kitorang hanya ada masa pada hari Jumaat malam je untuk bincang dan sediakan bahan pembentangan. Hari Sabtu pagi tu dah kena bentang. Nak lagi best, semua orang tak tau giliran pembentangan. Semuanya guna cabutan undi. Kiranya habis satu kumpulan, barulah dicabut nombor untuk kumpulan yang berikutnya.
Setiap pembentangan akan dinilai oleh 5 orang panel penilai. Dah macam masuk rancangan realiti okeh. Setiap seorang penilai akan bagi kritikan pada hasil pembentangan. Kalau puas hati lepas la, kalau tak puas hati esoknya kena bentang sekali lagi. 5 orang penilai tu pulak macam2 style ada. Ada yang ala2 Paula Abdul, Adlin Aman Ramli, Ogy Ahmad Daud, Syafinaz Selamat dan tak lupa juga Roslan Aziz. Kumpulan aku kena bentang pada hari Sabtu petang untuk tajuk tatatertib.
Dalam 12 kumpulan tu, hanya 5 kumpulan je yang lepas tapisan pertama. Lagi 7 kumpulan kena bentang kali kedua termasuklah kumpulan aku. So, untuk menghiburkan diri sendiri kitorang anggap je lah lagi 5 kumpulan tu dah tersingkir, manakala 7 kumpulan ni mara ke konsert berikutnya. Tu pasal kena buat show lagi huahuahuaua.
Pagi2 biasalah, jam 6.30 pagi dah tercongok kat dewan untuk sesi riadah. Mata masih ngantuk dalam kesejukan pun terpaksalah bersenam pagi2. Dah macam atlit negara la kan, terpaksa korbankan waktu tido pagi2 semata2 untuk menabur bakti pada negara huhuhuu. Tapi bab2 makan memang takde orang lain boleh challenge. Tiap kali makan memang aku dengan roommate aku antara yang akan sampai awal di kafe. Kalau kaum perempuan memang kitorang berdua lah yang paling laju sampai. Yelah, kitorang mana reti/suka nak lenggang2 kangkung ni, semua harus pantas. Aku rimas kalo slow2 ni. Oh ya, makanan kat sini memang A class, terbaik dari dapur lah.
Sepanjang kat sini memang 100% la masa digunakan untuk sesi ilmiah. Takde langsung la nak berangan gi jenjalan ke, amik angin ke semua tu. Laut belakang Intan tu pun hanya jejak waktu sesi riadah pada hari kedua je. Selain dari tu memang tak ke mana2 langsung. Keropok lekor pun buat tempahan melalui edaran kertas je. Waktu nak balik baru ambik di kafe.
Hari Ahad pukul 2 petang gerak balik dalam hujan. Singgah di hentian Gambang dan juga Lanchang, terus balik ke Putrajaya. Sampai kat rumah kepala masing2 sume berat dan letih. Hari Isnin tu kebanyakannya pergi ke pejabat dalam keadaan tak bermaya. Bukan letih sebab perjalanan, tapi mungkin penat otak untuk sesi bengkel.