Semalam petang pergi menonton filem Khurafat bersama dua orang bodyguard. Perjanjian nak tengok wayang ni hampir2 terbatal tapi disebabkan kawan aku ni gigih apa jadi sekalipun nak juga tengok hari ni, maka layankan ajelah. Macamlah kalau tengok esok atau minggu depan hantunya boleh bertukar jadi Farid Kamil kan? Thehehehe...
Tayangan jam 5.30 tu punyelah ramai manusia, fullhouse. Nasib baiklah tiket kitorang bertiga dah ditempah siap2, kalau tak confirm khurafat akan bertukar menjadi keparat. Berbekalkan seketul "anjing panas" dan setin air soya, aku pun menonton filem ni dengan penuh debaran di dada. Aku kalau masuk wayang memang jarang le nak makan atau minum sebab rasa tak puas tengok bila ada lain nak dibuat. Kiranya tumpuan akan sedikit lari la walaupun mata tetap terjojol di layar lebar tu. Tapi disebabkan semalam aku tak makan nasi, tu pasal perut dah gigil2 minta diisi.
Filem ni boleh tahan jugak la seram dia. Nak2 bila sound effectnya yang kuat tu keluar sekali dengan muka hantu. Memang tak boleh tahan le, terpaksa juga aku melepaskan jeritan2 kecil tanda terkejut. Mujur tak melatah sekali. Dan mujur juga aku tak terpeluk kawan aku berdua tu ataupun mamat yang dok kat sebelah aku. Kalau tak, ada potensi mamat bertiga tu kendurikan aku secara berjemaah huahuaahuau. Dan filem itu akan bertukar tajuk dari Khurafat kepada Kenduri :D. Yang tak boleh blah tu, member aku dua orang ni siap gelak plak tu bila hantu keluar. Korang ni tengok cite lawak ke cite seram? Bila semua orang diam dan berdebar menanti hantu keluar, ada pula suara gelak ketawa budak kecik. Hoi budak!!! Tak takut hantu ke?
Kesimpulannya puas hati la juga tengok filem ni walaupun ni adalah filem seram pertama yang diarahkan oleh Syamsul Yusof sebab sebelum ni mostly filem dia adalah filem aksi. Cuma satu je nak pesan, Syamsul silalah pilih salah satu je sama ada nak berlakon atau nak mengarah. Sebabnya ekspresi beliau dalam lakonan agak kurenggg, macam takde perasaan plak. Sila cuba lagi ok.
Sekarang ni aku rasa lega sikit la berbanding dulu. Kalau aku tengok filem seram pun aku boleh terus lupakan scene2 dalam filem tu. Kalau dulu, mesti aku akan teringat2 dan terbawa2 punye hantu kat dalam mana2 filem seram yang ditonton. Mungkin disebabkan dah terlalu banyak filem seram yang aku tengok sampai aku dah kurang rasa seram tu kot. Agak lega di situ.
Lagi satu aku syukur sangat sebab aku jarang ditemukan dengan situasi2 yang menyeramkan. Dan memang tak mau langsung temui pun. Setakat main guli kat rumah tu kiranya dah boleh terima la. Aku kalau takat dengar je ok lagi la kut, tapi sangat2 berdoa agar tak serempak/nampak dengan mata sendiri benda2 seram ni. Eeee... mintak simpang jauh2 la.
Pengalaman zaman dok di asrama sekolah dulu pun okla, sekadar dengar je, dan tak nampak. Dulu2 selalu dengar tapak kaki orang berjalan di koridor asrama. Takat itu je lah kot. Cuma waktu tingkatan 2 ada benda agak seram le yang berbunyi kat tepi katil aku. Time tu memang tak boleh tido, dok berpeluk je dengan junior aku dalam gelap dan dalam kelambu. Bunyi guli mengelilingi katil aku. Memang keras kat dalam kelambu tak berani nak bergerak sampailah jam 5.30 pagi.
Kat UiTM pulak oklah, memang tak ada apa2 yang dihadapi. Cuma waktu 1st semester je kawan2 aku dok dengar loceng kaki kat luar bilik, tapi aku tak dengar. Walaupun tak dengar, tapi kalau aku terjaga tengah malam tetap takut nak tido. Terpaksalah pegi panjat katil orang lain sambil tutup mata.
Tahun lepas je aku rasa aku alami peristiwa yang menyeramkan sewaktu aku menderita sakit misteri tu. Aku rasa aku belum cerita kut dalam blog lama pasal sakit misteri aku tu, sekadar bercerita dari mulut ke mulut dengan kawan2 rapat je. Takpela, hari ni aku cerita kat sini sebagai kenangan di hari tua kelak.
Setelah beberapa kali berjumpa doktor dan pelbagai modul pemeriksaan dan ubat yang telah ditelan, aku disahkan tak ada langsung menghidap apa2 penyakit. Oleh yang demikian, alternatifnya ialah mencuba perubatan secara tradisional.
Secara keseluruhannya, aku mencuba rawatan tradisional sebanyak 3 orang yang berlainan. So aku tak tau rawatan dari siapa yang paling berkesan. Yang menyembuhkan tetap Tuhan, tapi kita kena berusaha kan. Aku jumpa Mak Esah, pakcik aku dan juga ke Darussyifa'.
Dengan Mak Esah biasanya dia akan urut kaki aku. 3 kali la aku berjumpa dengan beliau. Dengan pakcik aku pulak aku tak tau macam mana dia buat sebab dia hanya pegang2 dan belek kaki aku seterusnya ambil gambar aku dan bawa ke Indonesia sebab kebetulan time tu memang dia nak pergi ke sana. Pakcik aku ni mengajar silat dan memang dia menuntut ilmu silat dan perubatan di tanah Jawa (maklumla darah Jawa dalam badan beliau masih tebal berbanding abah aku sebab abah aku dah anak yang kedua last, darah dah cair heheeh. Oh, aku pun tak suka mengaku aku orang Jawa sebagaimana abah dan pakcik2 serta sepupu2 aku yang lain yang sangat bangga dengan keturunan Jawa tu. Kiranya aku tak world la kan huahauuau).
Di Darussyifa' pula ustaz tu pegang2 sikit kaki aku, pastu dia doa2 sikit sambil pegang kepala aku seterusnya minta aku minum air yang didoakan serta sapu di kaki yang bengkak tu. Ustaz tu pun pesan supaya aku cuba pergi berurut sebab dia pun tak tau apa jadi dengan kaki aku ni.
Kali kedua berurut dengan Mak Esah, dia ada pesan, "kalau ada orang datang tengok2 kaki tu, biar je". Aku ni kan blurr orangnya, tak ada pengalaman plak tu, siap tanya lagi "sapa nak tengok?". Sekali lagi Mak Esah kata, "yela, kalau ada sesiapa nak tengok2 ke, biar je dia tengok". Dan aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia kata sehinggalah kawan aku terangkan, baru aku paham. Sebab pada aku, memang selama ni ramai je orang dok tengok2 kan kaki aku yang bengkak ni kan, memang aku biar je pun. Rupa2nya lain maksudnya.
Terus aku balik rumah malam tu dengan penuh debaran. Nak2 pula malam tu aku sorang je kat rumah sebab housemate aku balik kampung. Dah siap2 pesan kat kawan aku, kalau aku rasa takut aku nak pegi tido kat rumah dia. Alhamdulillah, bila sampai kat rumah je aku tengok tv seperti biasa dan rasa seram tu terus aku terlupa hinggalah aku tertido atas sofa kat depan tv.
Bila dah tengah malam, aku terjaga sebab aku rasa macam ada benda yang pegang kaki aku yang sakit tu. Macam diusap2 dari peha hingga ke hujung kaki. Aku ni kan spesis mudah terjaga, tu pasal bila rasa macam sejuk dan berangin je kat sepanjang kaki tu terus aku tersedar dari tido. Tapi tup2 aku teringat pesanan Mak Esah tadi, terus aku tak berani buka mata. Jantung aku rasa macam nak terkeluar dah time tu. Mulut pulak dah kumat kamit baca apa pun aku tak tau le. Ada la dalam 2 - 3 round kaki aku tu diusap, barulah berhenti. Tapi usapan tu takdela rasa macam tangan, cuma rasa macam angin je. Camne nak terang pun aku tak reti, tapi memang ada rasa la yang bergerak2 di seluruh kaki. Dalam takut2 tu sempat juga aku buka sebelah mata, intai nak tengok apa yang ada kat kaki aku tapi tak nampak apa2 pun, cuma rasa je. Fuh lega, nasib baik tak nampak apa2. Kalau nampak, confirm aku terkencing atas sofa. Bila tanya kawan aku, barulah aku tau siapa yang datang menziarahi aku malam tu huhhhuuuu. Nasib baik sekali je, kalau 2 - 3 kali, kenalah aku jamu biskut kering dan air teh kan heheheeeh.
Itu je lah peristiwa seram yang paling dahsyat yang pernah aku hadapi pun. Cukuplah, rasanya tak mau lagi dah berhadapan dengan benda2 macam ni. Mak takuuuuuttttt nyahh. Ini juga jadi pengajaran kat aku, supaya berhati2 dan beringat2 walau di mana jua berada, bukan nak berseronok je sebab dalam dunia ni bukanlah hanya kita je yang ada, tapi ada makhluk2 Tuhan lain yang kita tak nampak.