Kat rumah aku sekarang ni dah jadi reban merpati. Eh reban ke orang panggil? Sarang merpati kot? Sejak 2 bulan lepas aku macam perasan ada burung2 berterbangan di bumbung rumah. Pagi2 time aku mandi, dia pon sibuk la krukkk krakkk krukkk krakkk kat atas siling tu. Petang2 time aku sibuk iron baju, dia bunyi lagi. Baru balik rumah agaknya, bagi anak2 makan le tu.
3 minggu lepas housemate aku panggil masuk bilik dia. Bilik dia dah berbau umpama jamban burung. Siling kat bilik dah jadi kaler kuning sikit2, mungkin kesan dari taik burung merpati ni lah kot. Baru je kitorang berkira2 nak report kepada syarikat maintenance, terus burung ni hilang tanpa khabar berita. Wah, macam tau2 plak kan. So, kitorang pon tak jadi la report.
Minggu lepas dia datang balik. Then housemate aku pun bagitau yang dia rasa macam gatal2, macam ada hama plak kat rumah. Aku pun perasan macam gitu gak dalam sehari dua nih. Ni mesti tak lain tak bukan hama yang datang dari burung merpati ni lah ni. Argkhhh tekanan siot. Nak tido garu, nak makan garu, nak berak pon tergaru2. Kadang2 boleh nampak hama2 tu berkeliaran kat badan.
Tadi terbaca artikel ni, terus rasa nak pitam.
"NAJIS burung merpati bukan sekadar menimbulkan masalah pencemaran pemandangan. Ia juga satu ancaman terhadap kesihatan manusia. Paling utama ialah histoplasmosis iaitu jangkitan pada paru-paru yang menunjukkan simptom serupa dengan demam selesema. NAJIS burung merpati boleh menyebabkan meningitis dan penyakit kulat histoplasmosis.”
Kalau nak halau sendiri memang tak boleh sebab takde tempat nak panjat, tengok. Kang tak pasal2 aku yang jalannn dulu dari tingkat 13 tu. Ada tak sesiapa yang ada petua mahupun pemuda untuk menghalau merpati keparat ni dari rumah aku? Aku dok kat kuarters ni takde amik pakej zoo sekali tau. So, silalah berambus dari rumah aku boleh?