Mimpi ngeri dalam hidup telah berakhir 70%. Tunggu lagi 30% je nak dihapuskan. 70% yang dimaksudkan ialah operasi menangkap anasir jahat yang mengganggu ketenteraman hidup aku di rumah. 30% lagi ialah nak menghapuskan hama yang telah bertapak dalam rumah.
Hari Rabu lepas dalam jam 6 lebih segerombolan lelaki (ada sorang tu ensem betul, putih plak tu. Tapi beliau malu2 dan tersipu2 bila kitorang pandang) datang ke rumah aku untuk menjalankan operasi menangkap PATI... err I mean burung merpati. Pihak maintenance yang datang tu telah memanjat dan naik ke atas siling beramai2 dalam keadaan gelap sebab tak bawa lampu suluh. Lampu suluh aku plak tinggal lampu je, bateri takdok, so tak dapekla nak menolong.
Waktu diorang dok kat atas tu, aku dengan housemate dah seram2 sejuk je. Mana tak seram sejuk, takut kang siling tu runtuh ke, kan. Tak pasal2 jodoh turun dari langit huahuahua. Dalam setengah jam jugakla diorang mengejar burung2 merpati kat atas siling tu. Hasilnya, 10 ekor burung merpati berjaya ditangkap dalam operasi berkenaan. Pergkhh kitorang ingatkan ada dalam 4 ekor je, rupa2nya 10. Patutla banyak benor hama kat rumah aku huhuhu.
Semalam sempena cuti Thaipusam housemate aku pulak menjalankan operasi mencuci rumah untuk membasmi hama2 yang ada tatkala aku sedang merewang dan berjoli di Bukit Binatang. Ehh... Bukit Bintang. Esok dan lusa aku pulak amik giliran nak cuci bilik utama dan bilik aku untuk menyahkan hama2 yang sering mengganggu aku tu. Tak larat dah aku nak tergaru2 macam beruk mat yeh setiap hari. Dan aku juga perasan badan aku dah ada bintik2 merah kesan gigitan hama. Huwaaa... tak santek lah mak nak pakai bikini macam ni. Siyuuuttt betul.
Tak tau lah apa yang diorang buat dengan merpati2 yang ditangkap tersebut. Mungkin telah bertukar menjadi merpati panggang, merpati goreng berempah ataupun merpati penyet. Yang penting, aku bahagia meneruskan hidup tanpa gangguan lagik.