Dengan rasminya diumumkan mulai petang semalam (Jumaat 21 Januari 2011) aku telah dimiliki. Dalam erti kata lain I'm not single anymore. So, pasni takyah sibuk2 lagi nak tanya bila nak kawen kan. Cumanya, sorryla aku tak jemput ramai orang, just jemput keluarga terdekat dan teman rapat je. So, kalau korang tak dijemput, sendiri mau ingatlah. Maknanya korang memang langsung takde kepentingan dalam hidup aku. Oleh itu, sila jangan menyibuk lagi hal aku dan sila sedar diri ok.
Untuk tidak menghampakan korang dan mengelakkan korang kempunan tak dapat pergi majlis pernikahan aku kat Kedah nun, di sini aku letak la beberapa keping gambar sempena majlis tersebut.
Gambar2 ni bukannya diambil oleh mana2 jurugambar atau wartawan, tapi diambil sendiri oleh kawan aku yang tinggal di Sungai Petani. Credit for him (you know who you are).
Pengantin lelaki yang hensem dan meletop. Nyam nyammm
Pengantin perempuan. Cantik jugak, cuma mekap je agak sedikit tebal
Kakak pengantin perempuan yang sangat jelita
Abang pengantin lelaki yang tak kurang hensemnya. Cuma takde tahi lalat je kat pipi
Panggg!!! Gedebukkk!!! (sound jatuh dari katil). Sila jangan berangan ye. Itu bukan aku le. Itu kan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Tahniah dan selamat pengantin baru kepada mereka berdua. Semoga kekal ke akhir hayat.
p/s: sumpah, aku tengok tak sama langsung muka Ayu Raudhah dengan aku. So, sila jangan percaya dengan dakyah2 yang anda dengar. Itu sume fitnah semata2 huahuahua.