Thursday, December 30, 2010

Pria Terhebat

Sebelum apa2, aku nak nyanyi jap. We are the champions my friends, and we'll keep on fighting till the end.. we are the champions, we are the champions. Untuk kesan yang lebih mendalam, sila pasang lagu nyanyian Queens ini segera sebelum meneruskan pembacaan blog aku :D.

Hari ni satu Malaysia demam. Demam bola lantaran menjadi juara Piala AFF Suzuki malam tadi. Sejak dari hari Isnin lepas tatkala Malaysia menang selesa pada perlawanan pertama lagi, inilah topik yang paling hangat dan in di mana2 saja. So, kalau blog aku pon tak cerita pasal bola jugak, harusla aku tak in kan.


Tapi, aku tak nak cerita perjalanan pertandingan ni. Itu semua orang boleh baca di surat khabar, internet atau tengok berita kat tv. Aku cuma nak kongsikan pengalaman dan perasaan aku menonton pertandingan ni je.

Perlawanan akhir pusingan pertama:

I stepped my feet at Stadium Nasional Bukit Jalil last Sunday accompanying by 5 of my friends including the twin brothers, Aidil Zafuan and Zaquan Adha. *sila jangan pengsan*. Seperti yang diketahui, kedua2 mereka cedera, tak dapat beraksi bersama Harimau Malaya, maka terpaksalah jadi penonton saja.

Jam 5.30 petang sampai di stadium dengan berpakaian kuning. Parking kereta di kawasan Astro dan terpaksa menapak dalam jarak 1 - 1.5km dari stadium melalui jalan2 hutan di kiri kanan. Rasa macam nak pegi berkelah di air terjun pun ada. Dari sini dah dengar kemeriahan dan kebisingan tiupan wisel, siren dan mini vuvuzela. Orang memang berpusu2 dan berduyun2 dengan warna2 biru, kuning (Malaysia) dan merah, putih (Indonesia). Suasana memang meriah tapi berlangsung dalam keadaan aman.

Tanpa membuang masa, terus masuk ke dalam mencari tempat duduk. Kat dalam dah beribu2 umat manusia yang dah ada. Kat dalam suasana lagi meriah dengan bunyi2an tadi dan juga dengan pelbagai kain rentang, sepanduk, bendera, clapper, gendang, drum dan macam2 lagi termasuk pelbagai perhiasan. Sementara menunggu sepak mula pada jam 8 malam, penonton2 dalam stadium ni memanaskan badan untuk memberi sokongan. Paling best haruslah sesi buat ombak. Penonton juga dihiburkan dengan beberapa lagu nyanyian oleh "Rod Stewart" di padang.


Makin hampir dengan waktu perlawanan, stadium makin penuh dengan manusia di mana ramai gila orang yang terpaksa menonton sambil berdiri kerana tempat duduk penuh. Tempat yang dikhaskan untuk penyokong Indonesia pun akhirnya terpaksa diduduki oleh penyokong Malaysia. Dan mereka langsung tidak bergaduh walaupun duduk bersama2. I respect you all.

Bila kedua2 pasukan masuk dan saat lagu Negaraku dinyanyikan, terasa perasaan berkobar2 dalam diri. Apatah lagi suasana sekeliling yang tak pernah berhenti dengan sorakan, tepukan dan paluan gendang. Perkara lucu dalam stadium ni ialah bila pasukan FRU berkawad mengelilingi stadium. Semua orang akan bersorak "kiri kanan kiri, kiri kanan kiri" secara senada dan seirama. Mak sukeee...

Tiap kali gol dijaringkan, semua orang akan bangun berjoget2 gembira. The best feelings I had. Rasa nak masuk dalam padang je peluk2 para pemain. Auuummmm... Bila game berakhir, semua berwajah ceria dan perjalanan dari stadium melalui hutan gelap yang jauh tadi langsung tak terasa penat. Semua orang bersorak gembira tak kisahla kenal ke tak kenal ke, janji dapat meraikan kejayaan bersama2. Sepanjang jalan memang meriah dengan hon kereta para penyokong yang berpesta. Aku rasa mereka yang kena saman sebab parking di sepanjang jalan pun tak rasa nak marah malam tu.

Sampai di rumah, tak boleh tido. Hampir jam 2 pagi barulah aku tido. Happy sangat dengan kemenangan sampai tak boleh tido. Tu menang, tak boleh tido. Kalau kalah, rasa tak best nak tido dan takmo bangun tido sebab sedih kalah. Aku rasa itu tidak pelik, normal saja sebab banyak orang yang rasa macam ni.

Perlawanan akhir pusingan kedua:

Kali ni janji dengan 2 orang lagi kawan aku nak tengok di skrin besar Dataran Putrajaya. Pada mulanya agak suspen kerana cuaca gelap, petanda hujan akan turun. Bahkan memang hujan dah turun pun di beberapa tempat termasuk tempat kejadian, cuma kat area rumah aku je takde hujan. Terasa sedih juga sebab impian nak tengok beramai2 macam sedikit punah. Tapi akhirnya kitorang nekad pegi juga dalam keadaan hujan berbekalkan payung, "ground" untuk lapik duduk, 3 bendera kecil dan berbaju kuning.

Orang dah agak ramai sampai dalam jam 7.50 tu. Alhamdulillah tatkala sepak mula, hujan pun berhenti. Toleh belakang memang penuh la dengan penyokong Malaysia termasuk yang membawa sepanduk, wisel, hon, siren dan vuvuzela. Dan tak lupa bekalan makanan. Ala2 berpiknik sambil menonton.

Tengok kat sini pun sama meriahnya dengan di stadium. Ok tipu. Yelah, takdela sama macam kat stadium, tapi kemeriahannya tu memang terasa la kalau tengok beribu2 orang di skrin besar berbanding tengok tv di rumah. Sorakan haruslah mengaummmm gituuuu.

Suasana lucu kat sini pulak, tatkala azan Isyak dilaungkan dari Masjid Besi. Semua orang yang tadinya riuh rendah menjadi sunyi seketika. Termasuklah juga suara dari skrin yang dipadamkan menjadikan suasana sepi seolah2 bersembunyi daripada serangan musuh. Mujurlah time tu takde gol dari Malaysia, kalau tak, tak tau macam mana masing2 nak raikan tanpa bersuara hahaahahah. Boleh bayangkan? Rasa macam tak bernafas bila sume jadi sunyi sepi. Habis je azan, terus masing2 bising semula.

Tatkala gol dijaringkan oleh Safee, semua orang pun melompat2 berpeluk2 menari2 kegembiraan. Siap ada yang pasang flare lagi. Oh I like... happening!!! Bila wisel penamat ditiupkan, lagilah meloncat2 semua orang dan flash kamera masing2 pun lip lap lip lap di sana sini merakamkan detik2 kegembiraan. Time ni dah tak kira sesapa dah, masing2 selamba je bergambar beramai2 macam dah kenal 10 tahun. Oh what a feeling. Satu Malaysia bersatu atas nama kemenangan dan kegembiraan.

Balik pun sama juga, semua orang membunyikan hon masing2 dalam kegembiraan. Budak2 sekolah yang berjalan kaki beramai2 pon kegembiraan di sepanjang jalan. Yang nak tergelak, siap panggil kitorang artis lagi. Ahaksss... Malam ni sekali lagi aku tak boleh tido. Kalau boleh rasa nak pegi keje je terus.

Baca 1 muka surat penuh artikel tulisan Caleb Khew bertajuk Oh! What a Night dalam The Star membuatkan aku terharu dan menitiskan air mata. Biasala, aku kan dramatik kalo bab2 gini. Tulisannya yang menceritakan kegembiraan menonton di Bukit Jalil membuatkan aku rasa terharu dan naik semua bulu roma. Rasa sangat gembira, bangga, terharu dan macam2 lagi perasaan yang best. Betul, tengok di stadium kita takkan dapat menonton dengan fokus kepada permainan kerana kita banyak sangat tempat nak tengok. Nak tengok pemain la, pemain simpanan la, penyokong la, pasukan lawan la, asap2 dan letupan la. Itu belum lagi nak tengok pakwe2 ensem yang ramai sungguh. Yang tak ensem laaaaaagiiiii ramaiiiii. Distraction. Lagipun kat stadium takde ulangan kalau gol. Kalau ada pemain yang cedera pun kita tak boleh nak tengok balik macam mana dia jatuh. Sedar2 je dah tergolek dog. Tapi... suasana menonton tu rasa sangat menarik dan sukar digambarkan. The feelings of being in the crowd... huge crowd of 85,000 people. Can you imagine?

Hari ni, Harimau Malaya akan kembali ke tanah air. Orang yang paling glamer dalam skuad ini dah tentu tak lain tak bukan Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex. Kiranya sekarang ni dialah the "in thing" kat Malaysia ni. Sapa2 yang belum "like" fanpage beliau, sila tekan butang "like" sekarang. Kalau tak, korang tak in le theheheeh.

Disebabkan semua orang berebutkan si Apex ni, so aku tak nak la turut join rebutkan beliau jugak. Mak dah ada anak ikan lain dah. Walaupun bola terkena kepala heols sebelum masuk ke gawang sendiri dalam usaha menyelamatkan bola malam tadi, mak tetap anggap heols hero kerana menjadi pengemudi bahagian pertahanan dengan baik sekali dalam hampir semua perlawanan. Diperkenalkan anak ikan mak yang baru, Mohd Muslim Ahmad. Tadaaaaaaa... (sila jangan caras tauuuu).

Tahniah Harimau Malaya yang menaiki kereta kebal ke Gelora Bung Karno. Anda betul2 pergi berperang. Pasukan World Cup pun tak naik kereta kebal ke stadium tau. Terima kasih kerana menghadiahkan kemenangan dan kegembiraan ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menghadiahkan cuti umum kepada Malaysia esok. Terima kasih Malaysia!!!


p/s: pasangan kembar di atas bukanlah betul2 Aidil dan Zaquan. Tapi since aku susah juga nak cam muka diorang ni yang mana satu, so feeling2 je lah diorang tu Aidil dan Zaquan. Kau mampooo???