Friday, January 28, 2011

Semanis Limau Seputih Arnab

Tahun Baru Cina dah nak menjelang minggu depan. Aku yakin minggu depan hampir semua pejabat akan kesunyian bukan sahaja pejabat yang ramai kaum Cina tapi juga lain2 bangsa terutamanya bagi pejabat2 di Wilayah Persekutuan. Confirm ramai yang bercuti direct seminggu tak terkecuali aku lah.

Ramai yang mengambil kesempatan cuti panjang bersambung ni untuk balik ke kampung. Tak kurang juga yang pergi bercuti di dalam dan luar negara. Nak2 pula Airasia asik dok promo jualan tiket murah je ni. Memang agak mencabar keimanan aku le. Mana tak, tak cukup dengan emel, siap SMS lagi pasal promo tiket murah ni. Dah gigil2 tangan aku nak tekan. Tapi bila kena tarbiah dan ceramah dengan kawan aku, terus la sedar diri dan cepat2 kembali ke alam nyata. Tekanannn!!!

Minggu ni aku mabuk limau. Hari2 makan limau. Mula2 dapat limau dari kedai service kereta. Pastu seperti biasa aku kembali menjadi Santa Claus mengedarkan limau dan kacang kepada orang2 di pejabat. Kentut pun bau limau. Balik kampung ni lagi lah, sure berkotak2 limau yang bapak aku angkut.

Esok pagi2 buta sebelum subuh aku akan kembali ke kampung halaman tercinta. Harap2 jalan tak jem la. Ada sesapa nak ikot tak? Boring la balik sorang2. Adik aku balik lambat sebab dia tak cuti hari Wilayah. Kawan aku 2 orang yang nak ikut balik pun tak jadi sebab sorangnya dah balik minggu lepas, sorang lagi pulak ada event yang nak diselesaikan. Maklumlah beliau kan event manager, memang tak boleh nak buat apa2 le huhuhu. Balik sini nanti barulah ada kawan aku sorang yang akan ikut. Husband aku pulak outstation hingga hari Ahad, so aku kena tunggu dia balik Malaysia barulah balik rumah mentua sambut raya kan. Mami, daddy... tunggu yer, nanti kitorang balik petang raya. Tak sabar nak makan kuih bakul yang mami buat tu. Opsss... sori, terlajak tak sedar diri plak. Panggg!!!



Minggu depan dah boleh ucapkan selamat tinggal kepada harimau yang garang dan mengucapkan selamat datang kepada arnab yang comel. Tak sempat pulak nak google apa ciri2 tahun arnab. Yelah, kalau ghimau tu paham le, dengan semangat waja, dengan garangnya dan lain2 ciri keperwiraan lah kan. Tu pasal tahun lepas Harimau Malaya menang lawan bola, semangat sempena tahun harimau lah tu. Baru je aku feeling2 nak sokong pasukan Harimau Muda yang hensem2 dan boleh dibuat stok anak ikan untuk Liga Super tahun ni, tup2 Dato' Ahmad Shabery Chik kata pasukan dan pemain kebangsaan mungkin tak boleh bertanding dalam Liga Super untuk membuat persediaan dengan pertandingan yang lebih kompetitif dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012. Huhuhuu... dah le ramai ahli pasukan kebangsaan dalam skuad Harimau Muda. Kensel lah kalo gini heheheh.


Apa2 pun, selamat balik kampung, selamat bercuti dan selamat tahun baru kepada semua. Moga semuanya baik2 saja. See you next year.