Wednesday, January 26, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Dari petang semalam aku rasa macam nak maki dan sumpah seranah orang je. Sampaikan aku balik rumah rasa nak demam, terus seram sejuk. Mujurlah housemate aku jamu buah naga, terus seram sejuk tadi bertukar menjadi panas berapi2 macam mulut naga.

Ingatkan tido malam bila dah bangun boleh lupa, tapi hari ni still rasa macam nak maki/marah/carut/ceramah orang lagi. Tapi takat rasa je lah. Kalau nak buat memang tak le kot. So, penyelesaiannya, luah kat blog je la huhuhuu.

Entahla, tak tau nak cakap macam mana. Cumanya sekadar nak buat ingatan dalam blog ni. Ingatan untuk diri sendiri dan juga untuk sapa2 yang rasa nak jadikan ia sebagai panduan pon bulehla. Pesanannya... kalau hidup tak boleh membahagiakan orang lain, cukuplah jika tidak menyusahkan orang. Kalau sendiri ada masalah sila jangan heret orang lain yang tak bersalah ke dalam masalah ko di mana akhirnya orang tu pulak yang kena tanggung dan ko boleh buat2 lupa dan buat2 tak bersalah. Sangat gampang!!!

Sumpah aku tak tolong dah orang macam ni. The rest is history.

p/s: saya nak duit saya balikkkkk... pulangkan! pulangkan!