Wednesday, March 30, 2011

Hips Don't Lie

Pagi tadi aku panik habis. Memandangkan hujan turun dengan lebatnya yang membuai tidurku, maka aku terjaga tepat kul 6.30. Biasanya 6.20 aku bangun mandi. Lepas dah siap2 mekap dan wangi2, masanya tiba untuk pakai baju. Waktu nak pakai kain, tup2 aku terus rasa macam nak nangis. Sebabnya, kain aku tak boleh masuk kat bahagian bontot. Gilerr... tersekat kat situ tak gerak2. Jenuh aku adjust sambil berdoa supaya kain aku tak koyak ataupun tarik benang. Huwaaaa kain mak dah ketat uollsss.


Memang bila berjalan pun terasa padat kat situ. Nak tukar baju lain memang tak sempat dah, nak kena iron dulu kan. So, nak tak nak terpaksalah aku perosokkan juga daging2 yang ada agar muat2 kain aku. Gileerr dowhhh...

Semalam petang aku ada ler timbang kat bilik sebelah aku. Aku dah berjaya mencapai berat idaman iaitu 45kg. *clap clap clap*. Kan Tuhan dah kata, apa yang kita mintak dia akan bagi jugak. Cumanya sama ada cepat atau lambat ataupun tukarkan dengan benda lain yang lebih baik. So, Tuhan bagi apa yang aku idamkan selama ni, cuma lambat la sikit. Dah capai umur 30an baru lah aku dapat kan. Alhamdulillah...

Cumaaa... sekarang ni aku kena berusaha dan berdoa supaya pipi aku kurang kembung sikit agar orang tak confuse mana satu pipi mana satu dulang. Yelah, pertambahan berat aku datang seiring dengan kebesaran dan kebulatan di pipi. Kawan aku pun dah warning supaya aku kurangkan makan agar tumbesaran pipi tidak membuak2. Ohh... tak lupa juga, perut yang buncit. Sampaikan hari tu aku confuse sama ada aku ataupun kawan aku yang mengandung. Huwaaa... tersentap di situ. Dah dapat reminder ni, silalah insafi diri sendiri. Tapiii... perut yang buncit aku akan cuba usahakan untuk buat sit up. Pipi je belum jumpa penawarnya lagi.

Kesimpulannya, pasni sebelum iron baju aku kena try dulu pakai kain supaya tak panik lagi di pagi hari.

Monday, March 28, 2011

Tak Dapat

Hari ni hari yang agak tak best. Semuanya bermula tengah hari tadi. Mula2 sekali, aku tetiba rasa macam sakit pinggang waktu tengah lepak di lounge sambil tengok tv. Tak tau plak punca, tapi tiba2 je pinggang belah kanan rasa sengal2 dan sakit kalau aku tunduk. Mungkin kesan aku dok tunduk2 bawah meja dok kemas2kan wayar yang berselirat dalam bilik 2nd bos kut?

Then, time kat kafe hari ni konon2 nak beli air bayar la. Biasanya hari2 kalau lunch aku makan air masak suam je. Di samping free takyah bayar, ia juga dapat menjaga kesihatan dan menjaga suara heeheheh. Sekali, bila aku nak order air sirap limau, brader tu cakap sirap habis. Tinggal limau je dalam bakul. Tensen di situ. Alternatifnya, aku ternampak 1 jag air jagung, so aku pun minta la kat brader tu nak air jagung. Sekali lagi jawapan hampa yang diterima. Katanya air dalam jag tu tak cukup kot sebab orang yang kat sebelah aku order sampai 5 bungkus. Grrrr... sudahnya aku merajuk, terus taknak order air dengan abang tu lagi dah. (Cehhh... merajuk konon, macam le dia kisah sangat aku tak beli air kat dia).

Seperti yang dirancang minggu lepas, konon2 hari ni nak pi tengok la filem ... Dalam Botol. Nak juga aku tengok anu siapa yang tertinggal dalam botol kan. So, berkobar2 la buka website GSC nak tengok tayangan pukul berapa. Sekali... kat Alamanda rupa2nya filem ni tak ditayangkan. Wargkhhh... tensen ok. Tensen tak dapat tengok anu huhuuuhuuu.

Kemudian, kawan aku yang lain pulak hubungi, suruh aku beli tiket nak memanjat sebuah menara. Kecewa lagi sebabnya tarikh yang aku nak tu masih belum dibukak. Adoiiiii... rasa macam nak balik tido je nih. Huh! Semua yang aku nak, semua tak dapat. Terkena sumpahan Black Monday kah?

Thursday, March 24, 2011

Rombongan Cik Kiah

Dalam hujung bulan lepas hingga bulan ni, dah 3 kali aku ikut Rombongan Cik Kiah office aku pergi ke beberapa tempat. Mula2 sekali pergi ke Kementerian Kewangan Malaysia, Bahagian Pinjaman Perumahan. Motifnya ialah untuk meninjau suasana program 5S kat situ. Maklumlah, bahagian diorang menang bagi kategori sektor awam untuk 3 tahun berturut kalo tak silap. Kiranya lawatan sambil belajar lah ni kononnya.


Kitorang pergi 1 bas. Haaa amik kau. Memang Cik Kiah sangat. Melawat2 sekitar pejabat yang luasnya boleh main golf gitu. Office aku ni takat boleh main futsal je. Itu pun kat aras aku ni je lah. Aras bawah aku, main guli pun tak lepas sebab asik berlaga bontot. Makanya, diorang boleh main game je kat komputer masing2. Part paling suka haruslah part makan sambil menonton wayang (video korporat).

Kali kedua, ke Jabatan Perdana Menteri pulak, Bahagian Pengurusan Hartanah. Kali ni kurang sikit ahli yang pergi, walaupun masih taraf Cik Kiah. Kitorang tak pergi naik bas kali ni, naik lif je. Pun dengan tujuan yang sama, untuk menyaksikan program 5S. Bahagian ni baru je dapat 5S. Kejap je lawatan kali ni, tak sampat sejam pun. So, takde sesi makan2 yer.

Yang ketiga, rombongan ke Hulu Selangor pulak. Haaa kali ni amik masa hampir 2 jam naik bas. Tempat yang dituju ialah Darul Atiq, perkampungan ala-ala pondok. Bukan main pondok2 tu, tapi sekolah pondok. Kat sini ada anak2 yatim, anak2 nakal yang ibu bapa tak sanggup bela, anak2 keluarga miskin, keluarga saudara baru yang ingin menyesuaikan kehidupan baru, orang yang bermasalah sakit jiwa, dadah, ibu2 yang mengandung luar nikah dan sebagainya.

Perkampungan ni didirikan di atas tanah wakaf. Aktiviti2 diorang selain belajar agama, ada la jugak jual madu, ubat2. Kat situ pun diorang ada bela rusa, ayam itik, ikan dan lain2 untuk menampung kehidupan.


Gerak balik dari sini lebih kurang dalam jam 6 petang. Sepanjang jalan tu banyak le gerai2 kecik orang jual durian. Apa lagi, kitorang pujuk dan merengek2 kat abang driver tu suruh berhenti nak memborong durian dan akhirnya usaha berjaya. Satu bas gi serbu abang yang jual durian tu. Habis durian beliau hari ni dan terus balik tutup kedai heheheeh. Ada yang terus makan kat sana, ada yang beli bawa balik. Aku pun angkut la 2 biji bawa balik ke rumah.

Sampai kat rumah jam 9 lebih. Berkobar2 aku kopek durian yang telah dibelah oleh abang kedai tadi. Memandangkan housemate aku cuti, maka aku sorang2 je lah mengerjakan durian tu. Dalam 10 ulas gak le aku belasah semalam. Hari ni terus suara aku bertukar garau sikit. Euuuwwwww...

Friday, March 18, 2011

Chillex

Setelah mengharungi minggu yang agak memenatkan, aku merancang untuk take a break seketika. Bukan cuti atau pergi bercuti, tapi chill dan rilex dengan perkara2 yang tak ada kaitan dengan kerja. Hahaha... bunyi macam teruk sangat kerja la pulak. Ok, aku memang sengaja exaggerate :D.

Seperti yang dirancang sebulan lepas, semalam tibalah masanya hari yang dinanti2kan. Nak tengok belon panas. Janji dengan kawan aku nak pergi lepas kerja. Kebetulan semalam aku jadi Eric Leong dok deco bilik salah seorang big boss dengan rakan sepasukan, so terlambat la sikit keluar dari office sebab banyak perabot yang diubah dan dialihkan dari kedudukan asal. Punch out dengan penuh semangat berkobar2 nak mengadap belon panas seperti tahun2 lepas la nih kononnya. Sekali... sampai je kat lobi office, tengok kat luar hujan lebat kilat sabung menyabung. Punah harapan. Hampa dan kecewa sekali lagi setelah bulan lepas aku kehampaan sebab tersalah tarikh. Sudahnya, sekadar menjamu selera je lah dengan kawan aku. Memang lebat gila hujan semalam, siap ternampak pokok kelapa yang terbakar akibat disambar petir lagi. Fuhh... 1st time aku ternampak api yang terhasil dari petir.

Sampai di rumah, tengok housemate aku dah berpeluh2 mengelap dan membasuh barang2 di dapur. Nampaknya untuk kali yang ketiga siling dapur rumah aku bocor lagi. Hmmm... pasni aku yakin dan pasti orang2 syarikat penyelenggaraan akan pelik dan hairan dengan rumah aku. Mau tak, kalau ada masalah kat rumah aku tak lain dan tak bukan masalah bumbung dan pintu jer. Takde lain dah. Jangan sampai aku disuruh pindah ke rumah lain pulak dah ler.

Hari ni semangat nak pergi ke Istana Budaya untuk menonton teater muzikal Lat the Kampung Boy. Tak sabar nak menonton aksi2 comel dan suara yang lemak merdu menusuk kalbu dari Awie. Harap2 petang ni tak hujan ler. Sebabnya aku tak sanggup nak bersesak2 dalam kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur.


Esok malam tak sabar nak menonton perlawanan akhir hoki Piala TNB antara kelab kegemaran aku iaitu KLHC (sebab Tengku Ahmad Tajudin main kelab ni, tu pasal aku sokong) dan juga Sapura. Sebelum2 ni aku tak berapa minat sangat hoki, tengok pun gitu2 je la kalau pasukan Malaysia lawan dalam Sukan Sea, Sukan Asia, Komanwel. Tapi sejak Sukan Asia tahun lepas, tiba2 aku tersuka plak menonton hoki. Nak2 pulak Astro Arena menyiarkan Liga Hoki setiap minggu. So, layan je lah kan dengan housemate aku.

2 minggu lepas waktu pasukan bolasepak Olimpik Malaysia menentang Pakistan di Lahore, aku dengan housemate aku dah berkobar2 ni nak menonton. Memandangkan perlawanan bermula jam 11 malam, kitorang terus tido selepas Maghrib. Kononnya nak simpan tenaga nak menjerit kejap lagi la kan. Pukul 10.45 bangun dan bersiap sedia dengan air segala. Tup2... nampak kat RTM1 tulis perlawanan tak dapat disiarkan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Erkkk... dalam dok bengong2 tu, terus aku buka FB nak cari sebab ngape tak siar. Adakah sebab tak jadi lawan? Adakah sebab keselamatan terjejas? Adakah sebab bom meletop lagi? Hafizal Hamad bagitau siaran tak dapat disiarkan atas sebab masalah satelit. Argkhhh... tekanan ok. Terus kitorang tak jadi tido, kecewa.


Housemate aku masuk dalam bilik, then dia keluar bawa dua biji bola satu warna putih dan satu lagi warna hijau. Katanya, disebabkan frust tak dapat tengok perlawanan bola sepak, marilah kita mengadap bola ni sorang sebiji sambil memberi sebiji bola hoki yang dibawa balik dari office beliau. Jadi lah kan, pengubat kekecewaan walaupun bola tu takde pun tandatangan Tengku ke, Chua Boon Huat ke, S Kumar ke mahupun Stephen Van Huizen. Pasni harap2 beliau boleh bawa balik pemain hoki plak. Kata keje KBS kan huahauauauaa. (jangan kena ketuk dengan kayu hoki dah ler).

Hari Ahad pagi2 buta nak meneruskan perjuangan yang belum selesai. Doakan aku berjaya. Adios.

Tuesday, March 15, 2011

Tidur Malamku Tak Lena, Asyik Teringat Padanya

Sejak2 berkecimpung dalam bidang 5S ni, boleh dikatakan asal tido je mesti aku termimpi2 berkenaan 5S. Mimpi2 yang best dengan orang2 yang best pon 5S tetap muncul dalam mimpi tu. Agaknya sebelum tido aku asik dok pikir apa perancangan seterusnya kot sampai terbawa2 dalam mimpi.

Setakat ni, aku happy je buat 5S ni setiap hari selama 2 jam. Kena buat secara intensif sebab zon aku agak kritikal berbanding yang lain walaupun secara kasarnya nampak zon aku yang paling senang. Tapi, hakikatnya ada yang tersembunyi yang buatkan ia jadi kritikal.

Sekarang kitorang tengah dok proses bilik dokumentasi yang memuatkan dokumen2 sejak dari tahun 1974, sewaktu mula2 office aku ditubuhkan. Kitorang kena susun balik semua dokumen tu mengikut susunan sebab sebelum ni hanya susun gitu2 jer, asal bersusun. Tapi kalau nak cari memang sengasara le sebab tak ikut kronologi.

So, setiap hari dalam 2 jam tu kitorang susun la benda tu sikit demi sikit dengan penuh kesabaran mengharungi dokumen yang lebih kurang 2 - 3kg berat setiap satunya. Memang bila balik rumah rasa sengal2 badan la jugak. Ditambah lagi dengan habuk yang maha banyak membuatkan muka habis gatal2. Tapi semua tu kira macam alah bisa tegal biasa je lah kan.

Petang semalam kitorang dah berjaya susun hingga ke tahun 1990. Maknanya lagi sepuluh tahun je lagi nak settlekan dalam bilik tu. Hati masing2 dah makin berkobar2 dan berbunga2 memandangkan kerja2 makin mudah bila dokumen semakin berkurangan di atas lantai.

Tengah sibuk masing2 mengasingkan dokumen untuk disusun bagi tahun 1991, tup2 takde angin takde ribut tiba2 satu rak yang ada runtuh menyembah bumi uolsss. Tergamam kitorang, tak tau nak respon bila melihat segala penat lelah selama ni bertaburan penuh kat atas lantai. Seriously aku rasa macam nak mati time2 tu jugak. Rasa macam gempa bumi dan tsunami melanda. Semua orang terus down giler. Tension sebab nak cari, nak susun dan nak angkat balik semua tu. Nak berjalan dalam tu langsung dah tak boleh. Aku punyer kertas panduan nombor2 dokumen yang telah disusun pun terkubur kat bawah tu, tak boleh nak amik.

So, semua pun tak tau nak pikir nak buat apa dah. Kena start balik dari bawah ok. Rak tu pun dah senget benget tak boleh nak tegak. Kena pikir strategi lain la pulak nak susun. Last2 kitorang buat keputusan balik je ke rumah sebab dah buntu tak boleh nak pikir bila masing2 tertekan dengan malapetaka yang melanda.

Dan, kat rumah badan aku sakit2 sebab terpaksa angkut semula berpuluh2 dokumen untuk dipindahkan ke bahagian lain buat sementara waktu. Penat toksah cite la, sampai tak boleh nak buka mata. Seperti dijangka, tido aku memang tak boleh lena dan siap termasuk2 dalam mimpi pasal apa yang akan dibuat hari ni. Sampai kat office, EO aku pun cakap dia pun tak boleh tido pikir pasal ni. TERTEKAN!!!

Monday, March 14, 2011

PUAS & SYABAS

Tajuk ni takde kena mengena dengan agensi yang berkaitan dengan air di negeri Selangor (dulu puas, sekarang syabas), tapi ada kena mengena dengan air lain pada malam tadi. Haippp... sila jangan kona ke lain yer. Maksud aku air peluh dan airmata yang terhasil daripada kegembiraan dari bumi Birmingham.


Lepas pasangan beregu tewas, terus rasa macam down. Yelah, sebab mula2 diorang dah leading jauh, kiranya macam harapan menggunung tinggi nak menang, tapi apakan daya. Sementara nak tunggu Dato' yang bermain giliran terakhir, hati aku dah berbelah bagi nak tengok atau tak. Bukan sebab apa, aku tak sanggup tengok kalau2 Lin Dan menghampakan Dato' sekali lagi. Memang aku terus tukar siaran lain. Aku plan nak tengok sikit2 jer. Kira macam intai2 je keputusan diorang dari semasa ke semasa. Lepas je habis telemovie Dan Sebenarnya, aku pun kalih buka Astro Arena, saja le nak tengok diorang dah start main ke belum. Tup2, baru nak start. Macam tau2 plak. Last2, terus tukar hajat. Tengok dari mula sampai habis siaran.



Malam ni betul2 best gila babi tengok diorang berdua main. Apatah lagi Dato' yang transform menjadi begitu garang macam harimau nak terkam mangsa. Walaupun sebelum ni dia main best jugak, tapi malam ni nampak sangat garang lain macam je. Akhirnya... Lin Dan tumbang juga di tangan Dato' dalam kejohanan utama. Kalau tak tengok memang rugi habis. World class game by both shuttlers. Lin Dan tak demam pun semalam, so memang kemenangan ni adalah hasil dari kehebatan Dato' sendiri. Andainya Dato' Misbun ada, nescaya beliau pun akan jadi mangsa terkaman Chong Wei selepas menang.

Apa2 pun, penyokong Malaysia memang terbaik lah. Giler havoc bergema satu stadium. Lucu jugak bila tengok gelagat masing2 selepas tamat perlawanan. Macam2 kerenah waktu Dato' datang ke arah diorang. Ada yang menggigil2 tangan lepas dapat salam, ada yang sampai jatuh kamera, ada yang terjerit2 macam kena histeria lepas dapat sign Dato'. Nasib baik aku takde kat situ, kalo tak, konpem aku terjun ke gelanggang terus huahuahua.



Makcik ni pun minat Dato' tau

Habis game, terus aku tak boleh tido. Pukul 3 lebih barulah mata aku nak tutup. Punyelah happy, tak sabar nak pegi office. Kalaulah beregu pun menang, konpem aku tak tido sampai pagi huahuauau.

Tahniah Dato' Lee Chong Wei. Dato' nampak makin handsome bila menang. I lap yu selalu.

Wednesday, March 9, 2011

Perwira

Minggu ni aku agak sedikit sibuk pada setiap petang. Bukan sibuk dengan aktiviti riadah ataupun bersukan, tapi sibuk berjuang untuk melaksanakan program 5S. Ok la tu kan, atleast ada la jugak sikit kerja2 sampingan yang aku nak buat selain dari mengadap komputer saja kan.

Sebut pasal berjuang ni, hari ni aku nak ucapkan Good Luck, Selamat Berjuang dan Selamat Maju Jaya kepada para pejuang tanah air yang sedang berjuang dalam minggu ni. Sebenarnya mungkin ramai lagi yang sedang berjuang, tapi aku bagi tumpuan kepada 3 kumpulan ni je, sebab yang lain tu aku tak berapa minat sangat, so amik tau sikit2 jer.

Pertamanya aku tujukan kepada 18 orang anak2 harimau yang akan menentang pasukan Pakistan malam ni di Lahore. Jangan risaukan pasal letupan tu yer, Insyaallah korang semua akan selamat. Selamat di sana, selamat bermain, selamat mencapai kemenangan dan selamat kembali ke tanah air. Aminnn... Akak tunggu adik2 semua kat depan tv pukul 11 malam ni yer. Nanti jangan lupa lambai tangan kat akak korang ni tau. Kalau korang berjaya, nanti korang boleh jadi anak ikan mak. Theheeheh...


Keduanya, kepada pejuang2 yang berada di Birmingham yang diketuai oleh Dato' kesayangan saya. Saya tetap sayangkan Dato' walaupun Dato' tak kenal saya huahauaauauau. Saya harap Dato' berjaya mempertahankan kejuaraan yang Dato' menangi pada tahun lepas itu. Dan saya juga harap semoga Lin Dan akan demam sewaktu menentang Dato' nanti. Ingat tau, walaupun Dato' kalah, saya tetap setia bersama Dato'. Err I mean, saya tetap sokong Dato'.


Dan ketiganya, kepada pelumba2 yang meneruskan acara Jelajah 1Malaysia. Semoga Anuar Manan, Adiq Hussainie, Hariff Salleh dan lain2 pelumba dari Malaysia akan berjaya tak kiralah dari pasukan mana pun yang anda wakili.


Untuk ketiga2 acara yang dilangsungkan, aku tujukan lagu ni khas untuk mereka yang sedang berjuang. Err untuk aku sekali yang akan berjuang dengan perabot2, kertas2 dan habuk2 yang ada. Terimalah...
Perwira...
Dikaulah harapan hati penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti membela pertiwi

Perwira...
Janganlah engkau bimbang untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur jasamu dikenang

Dengarlah laguku cipta
Gubahan mesra dan manja
Sebagai ganti diri bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu perwirakuuu...



Tuesday, March 8, 2011

Jalan-jalan Sambil Makan-makan

Hari Sabtu lepas adalah hari untuk jalan2 dan makan2 sehari suntuk. Jalan2 yang pertama pada hari berkenaan ialah ke majlis kenduri kahwin. Majlis yang diadakan di Kelana Jaya ni ialah majlis kahwin atlet olahraga tersohor negara hingga ke rantau Asia pada tahun 80an dulu iaitu Rabuan Pit yang diadakan di Dewan Kompleks Kastam. Errr... pembetulan, bukan Rabuan Pit yang kahwin, tapi beliau kahwinkan anak perempuannya lah.

Pergi ke sana konvoi 2 buah kereta sebab aku tak tau macam mana nak masuk ke Kompleks Kastam tu. Kompleks tu aku tau ler, warna kuning besar tersergam indah di tepi jalan je, tapi jalan nak masuk ke situ yang aku tak reti. Tu pasal aku ikot kereta kawan aku je, konpem tak sesat.

Elok sampai je ke bangunan FAM, tetiba automatik aku berdebar2. Mana tak debar, aku takot tetiba time tu ternampak mana2 pemain bola sepak kebangsaan yang dah berkampung kat situ untuk persediaan ke Lahore. Harus kang aku termelencong tak jadi pergi kenduri plak kan. Nasib baik takde nampak siapa2 berkeliaran kat situ. Lagipun waktu tu pukul 1 lebih, mesti diorang sume tengah tido kat bilik atau keluar merayap sebelum berlatih pada sesi petang. Kalau time aku lalu tu waktu petang, sumpah terjojol biji mata aku menatap betis para pemain tersebut sambil meleleh air liur huahauauaua.

Ramai gilak jemputan yang hadir ke majlis kenduri ni. Sambil makan tak tenang jugak la biji mata aku dok tengok orang ke hulu ke hilir. Nampak ramai juga orang2 popular yang pernah masuk tv/suratkhabar, tapi aku tak kenal nama diorang siapa sebab mostly adalah orang2 veteran seangkatan dengan Rabuan rasanya. Yang aku perasan pun Zainal Abidin Hassan bersama2 isteri beliau je. Tapi jangan risau dan jangan susah hati, aku tak sempat pun ambil gambo dengan Zainal sebab time diorang dok amik gambo dengan beliau aku tengah makan huhuuhu. So, aku hanya sempat ambil gambar dengan tuan rumah je lah.

Lepas makan aku dengan kawan aku balik dulu sementara kereta satu lagi balik lambat. Jalan nak balik takpe, aku konpem tak sesat. Memandangkan kawan aku nak pergi ke Shah Alam, terpaksalah aku "buang" beliau kat tepi jalan sebelah padang FAM. Harap2 waktu beliau menunggu teksi kat situ takdela beliau terserempak dengan Adik Muslim mahupun Adik Fadhli Shas. Errr... Kalau dia terserempak K. Gurusamy mahupun Gary Steven Robbert pon aku jeles theheeheh. Yelah, mana le tau kot2 time tu diorang keluar beli cendol kat gerai2 tempat tunggu teksi tu ke kan.

Balik rumah terus tukar baju dan gerak ke destinasi berikutnya pulak. Kali ni nak pergi makan ikan bakar dan seafood kat Bagan Lalang. Apa ke jauh benor nak makan seafood sampai ke sana? Abis tu dah kata makan seafood, harus la cari food yang berdekatan dengan sea, ye dak?

On the way sempatla meninjau jalan masuk ke tempat kejadian kes Dato' Sosilawati dan rakan2. Eee... seram gak, jalan sunyi. Patutla para pembunuh tu dapat menjalankan tugas dengan jayanya sebab takde orang dengar kan.

Sampai kat Bagan Lalang terus posing gedik2 kat pantai berhampiran Sepang Goldcoast tu sambil main air. Main air je la, bukan mandi pon. Puas bergambar terus menuju ke tempat makan yang dicari itu.

Lega waktu kitorang sampai orang tak ramai lagi, so dapat la memilih haiwan2 (seafood) dengan tenang untuk dijadikan lauk santapan. Memandangkan yang nak makan hanyalah 3 orang saja, maka kitorang order pun tak banyak la, sekadar ikan bakar, sotong, pepahat dan sayur. Gila meleleh air liur mengingatkan betapa manisnya ikan siakap bakar tu hingga ke hari ni. Lembut dan sangat menggiurkan rasanya hingga ke tulang.

Dah puas makan2, kitorang singgah lagi ke pantai yang paling hampir dengan Goldcoast tu untuk ambil gambar di waktu malam pulak sebelum pulang. Hajat di hati nak singgah beli kerepek, tapi tempat jual kerepek tu dah tutup pun. So, melepas le nak makan kerepek dalam kereta.

Sampai je kat rumah, terus terkelepek kepenatan. Penat mengharungi perjalanan dan penat kerana terlebih makan.

Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan Cari Makan

Setelah kawan aku terpengaruh melihat kenikmatan Qi makan murtabak Singapore dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan, so beliau pun ajak aku pi cari restoran ni yang terletak di Seksyen 15, Bangi.

Ikut perancangan awal, kitorang akan gerak dari Putrajaya ke Bangi. Tapi last minute, kawan aku suruh jumpa kat sana je terus memandangkan diorang bergerak dari Shah Alam direct ke tol Bangi. Aku ni agak2 seram juga takut sesat ke Seksyen 15 tu memandangkan aku pernah pegi ke sana 2 kali je. Itu pun orang yang bawak, memang aku tak amik pusing sangat jalan ke area sana. Kira tawakal je lah pegi kat sana. Kalau sesat pun aku redha je theheeheh.

Nasib baik tak sesat you! Dan akhirnya kitorang berjaya mendapatkan murtabak Singapore seperti dalam tv tu. Kitorang order murtabak 3 tingkat terus untuk 3 orang. Nyam2... makan sampai tak habis, bungkus bawa balik.


Rasa dia ok la, sedap jugak. Cuma kawan aku kata agak kering. Tapi bagi aku takdela kering sangat, sebab aku tak suka yang berminyak. Bagi aku dah ngam2 je rasa dia. Yang lawak, time kawan aku dok amik gambor murtabak ni, siap pekerja di situ offer bagi kat kitorang plak Jalan-jalan Cari Makan yang diorang dapat tu, suruh kitorang amik gambo. Memandangkan kitorang ni pemalu, so tak amik le plak tu walaupun dia dah sua theheehe.

Lepas ni rasa macam nak pegi lagi lah makan murtabak ni walaupun sebelum ni aku bukanlah penggemar murtabak sangat. Bila makan yang ni rasa macam sedap pulak. Sapa nak ikot? Jom!!!


Thursday, March 3, 2011

Peluang Kedua

Kerajaan dah bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun hingga 10 Mac. Harap2 lepas ni takdela lagi yang dok meroyan bising2. Tak faham aku dengan perangai orang Malaysia ni. Suka sangat benda last minute. Dah kalau lambat satu hal la, pastu mulut masing2 macam bertih goreng je nak menyalahkan Kerajaan la, salahkan pejabat pos la, salahkan sistem komputer la, itu la ini la. Kesimpulannya, semua salah la. Dia je yang betul. Padahal tempoh masa 6 bulan selama ni dok buat apa? Kalau dah tau takde duit, saman mahal, pandai2 la ikut peraturan kan? Susah sangat ke nak ikut peraturan? Memangla ada phrase "rules are made to be broken" but you have to remember, once broken considered sold. Kiranya kalau dah sendiri nak break the rules, jangan pulak salahkan orang lain bila kena hukuman. Tak ada orang pun yang paksa kau langgar peraturan selama ni. Dan adakah peraturan yang dibuat untuk menyusahkan setiap orang? Tak kan?

Tapi itulah mentaliti rakyat Malaysia. Biarlah negara maju macam mana sekali pun. Bangunan semua mencakar langit, setinggi awan nano, kerjaya hebat, pendidikan tinggi dan lain2. Tapi... hakikatnya bukan senang nak membetulkan dan mengubah sikap rakyat Malaysia ni. Heran kenapa rakyat negara lain boleh disiplinkan diri, tapi rakyat Malaysia sangat susah.

Tak payah tengok benda yang besar2 lah. Benda yang kecil pun cukup. Contohnya, kebersihan. Itu benda paling basic dalam diri, tapi itulah yang paling kerap orang langgar. Kata Islam mementingkan kebersihan, tapi Malaysia sebuah negara Islam dan majoriti rakyat beragama Islam pun kotor. Yang lawaknya, bila pergi negara orang, pandai pulak nak disiplin diri. Sekali lagi aku tak paham.

Memang susah sangat ke nak buang sampah ke dalam tong sampah? Kalau takde tong sampah, simpan le dulu sampah tu hingga berjumpa tong sampah kan. Ni tidak, sesuka hati mak bapak je nak buang sana sini. Pastu dengan bangga plak bleh cakap, "biarlah, kang nanti cleaner takde kerja pulak". Tolonglah... kalau semua orang buang sampah dalam tong dan disiplin diri, kita tak perlu pun ambil cleaner. Aku memang geram betul orang yang buang sampah terang-terangan depan mata. Kalau boleh nak buang orang tu ke dalam tong sampah.

Eh, apahal aku melalut pasal sampah plak ni. Padahal tadi cakap pasal saman. Tapi tu lah, kedua-duanya berkait dengan mentaliti dan sikap. Entah bila la mentaliti rakyat Malaysia nak berubah. Kalau mak bapak tak ubah dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, nescaya sampai bila2 pun pemikiran rakyat Malaysia takkan berubah.

Sekarang dah masuk bulan Mac. Hujung bulan April nanti ramailah pulak rakyat Malaysia tergedik2 berumah tangga di pejabat LHDN. Padahal tempoh masa yang ada yang diberikan tu tak pulak nak digunakan untuk selesaikan apa yang patut.

Haa kang tak pasal2 aku pulak meroyan hari ni theheheheeh.