Hari Sabtu lepas adalah hari untuk jalan2 dan makan2 sehari suntuk. Jalan2 yang pertama pada hari berkenaan ialah ke majlis kenduri kahwin. Majlis yang diadakan di Kelana Jaya ni ialah majlis kahwin atlet olahraga tersohor negara hingga ke rantau Asia pada tahun 80an dulu iaitu Rabuan Pit yang diadakan di Dewan Kompleks Kastam. Errr... pembetulan, bukan Rabuan Pit yang kahwin, tapi beliau kahwinkan anak perempuannya lah.
Pergi ke sana konvoi 2 buah kereta sebab aku tak tau macam mana nak masuk ke Kompleks Kastam tu. Kompleks tu aku tau ler, warna kuning besar tersergam indah di tepi jalan je, tapi jalan nak masuk ke situ yang aku tak reti. Tu pasal aku ikot kereta kawan aku je, konpem tak sesat.
Elok sampai je ke bangunan FAM, tetiba automatik aku berdebar2. Mana tak debar, aku takot tetiba time tu ternampak mana2 pemain bola sepak kebangsaan yang dah berkampung kat situ untuk persediaan ke Lahore. Harus kang aku termelencong tak jadi pergi kenduri plak kan. Nasib baik takde nampak siapa2 berkeliaran kat situ. Lagipun waktu tu pukul 1 lebih, mesti diorang sume tengah tido kat bilik atau keluar merayap sebelum berlatih pada sesi petang. Kalau time aku lalu tu waktu petang, sumpah terjojol biji mata aku menatap betis para pemain tersebut sambil meleleh air liur huahauauaua.
Ramai gilak jemputan yang hadir ke majlis kenduri ni. Sambil makan tak tenang jugak la biji mata aku dok tengok orang ke hulu ke hilir. Nampak ramai juga orang2 popular yang pernah masuk tv/suratkhabar, tapi aku tak kenal nama diorang siapa sebab mostly adalah orang2 veteran seangkatan dengan Rabuan rasanya. Yang aku perasan pun Zainal Abidin Hassan bersama2 isteri beliau je. Tapi jangan risau dan jangan susah hati, aku tak sempat pun ambil gambo dengan Zainal sebab time diorang dok amik gambo dengan beliau aku tengah makan huhuuhu. So, aku hanya sempat ambil gambar dengan tuan rumah je lah.
Lepas makan aku dengan kawan aku balik dulu sementara kereta satu lagi balik lambat. Jalan nak balik takpe, aku konpem tak sesat. Memandangkan kawan aku nak pergi ke Shah Alam, terpaksalah aku "buang" beliau kat tepi jalan sebelah padang FAM. Harap2 waktu beliau menunggu teksi kat situ takdela beliau terserempak dengan Adik Muslim mahupun Adik Fadhli Shas. Errr... Kalau dia terserempak K. Gurusamy mahupun Gary Steven Robbert pon aku jeles theheeheh. Yelah, mana le tau kot2 time tu diorang keluar beli cendol kat gerai2 tempat tunggu teksi tu ke kan.
Balik rumah terus tukar baju dan gerak ke destinasi berikutnya pulak. Kali ni nak pergi makan ikan bakar dan seafood kat Bagan Lalang. Apa ke jauh benor nak makan seafood sampai ke sana? Abis tu dah kata makan seafood, harus la cari food yang berdekatan dengan sea, ye dak?
On the way sempatla meninjau jalan masuk ke tempat kejadian kes Dato' Sosilawati dan rakan2. Eee... seram gak, jalan sunyi. Patutla para pembunuh tu dapat menjalankan tugas dengan jayanya sebab takde orang dengar kan.
Sampai kat Bagan Lalang terus posing gedik2 kat pantai berhampiran Sepang Goldcoast tu sambil main air. Main air je la, bukan mandi pon. Puas bergambar terus menuju ke tempat makan yang dicari itu.
Lega waktu kitorang sampai orang tak ramai lagi, so dapat la memilih haiwan2 (seafood) dengan tenang untuk dijadikan lauk santapan. Memandangkan yang nak makan hanyalah 3 orang saja, maka kitorang order pun tak banyak la, sekadar ikan bakar, sotong, pepahat dan sayur. Gila meleleh air liur mengingatkan betapa manisnya ikan siakap bakar tu hingga ke hari ni. Lembut dan sangat menggiurkan rasanya hingga ke tulang.
Dah puas makan2, kitorang singgah lagi ke pantai yang paling hampir dengan Goldcoast tu untuk ambil gambar di waktu malam pulak sebelum pulang. Hajat di hati nak singgah beli kerepek, tapi tempat jual kerepek tu dah tutup pun. So, melepas le nak makan kerepek dalam kereta.
Sampai je kat rumah, terus terkelepek kepenatan. Penat mengharungi perjalanan dan penat kerana terlebih makan.