Thursday, March 24, 2011

Rombongan Cik Kiah

Dalam hujung bulan lepas hingga bulan ni, dah 3 kali aku ikut Rombongan Cik Kiah office aku pergi ke beberapa tempat. Mula2 sekali pergi ke Kementerian Kewangan Malaysia, Bahagian Pinjaman Perumahan. Motifnya ialah untuk meninjau suasana program 5S kat situ. Maklumlah, bahagian diorang menang bagi kategori sektor awam untuk 3 tahun berturut kalo tak silap. Kiranya lawatan sambil belajar lah ni kononnya.


Kitorang pergi 1 bas. Haaa amik kau. Memang Cik Kiah sangat. Melawat2 sekitar pejabat yang luasnya boleh main golf gitu. Office aku ni takat boleh main futsal je. Itu pun kat aras aku ni je lah. Aras bawah aku, main guli pun tak lepas sebab asik berlaga bontot. Makanya, diorang boleh main game je kat komputer masing2. Part paling suka haruslah part makan sambil menonton wayang (video korporat).

Kali kedua, ke Jabatan Perdana Menteri pulak, Bahagian Pengurusan Hartanah. Kali ni kurang sikit ahli yang pergi, walaupun masih taraf Cik Kiah. Kitorang tak pergi naik bas kali ni, naik lif je. Pun dengan tujuan yang sama, untuk menyaksikan program 5S. Bahagian ni baru je dapat 5S. Kejap je lawatan kali ni, tak sampat sejam pun. So, takde sesi makan2 yer.

Yang ketiga, rombongan ke Hulu Selangor pulak. Haaa kali ni amik masa hampir 2 jam naik bas. Tempat yang dituju ialah Darul Atiq, perkampungan ala-ala pondok. Bukan main pondok2 tu, tapi sekolah pondok. Kat sini ada anak2 yatim, anak2 nakal yang ibu bapa tak sanggup bela, anak2 keluarga miskin, keluarga saudara baru yang ingin menyesuaikan kehidupan baru, orang yang bermasalah sakit jiwa, dadah, ibu2 yang mengandung luar nikah dan sebagainya.

Perkampungan ni didirikan di atas tanah wakaf. Aktiviti2 diorang selain belajar agama, ada la jugak jual madu, ubat2. Kat situ pun diorang ada bela rusa, ayam itik, ikan dan lain2 untuk menampung kehidupan.


Gerak balik dari sini lebih kurang dalam jam 6 petang. Sepanjang jalan tu banyak le gerai2 kecik orang jual durian. Apa lagi, kitorang pujuk dan merengek2 kat abang driver tu suruh berhenti nak memborong durian dan akhirnya usaha berjaya. Satu bas gi serbu abang yang jual durian tu. Habis durian beliau hari ni dan terus balik tutup kedai heheheeh. Ada yang terus makan kat sana, ada yang beli bawa balik. Aku pun angkut la 2 biji bawa balik ke rumah.

Sampai kat rumah jam 9 lebih. Berkobar2 aku kopek durian yang telah dibelah oleh abang kedai tadi. Memandangkan housemate aku cuti, maka aku sorang2 je lah mengerjakan durian tu. Dalam 10 ulas gak le aku belasah semalam. Hari ni terus suara aku bertukar garau sikit. Euuuwwwww...