Friday, March 18, 2011

Chillex

Setelah mengharungi minggu yang agak memenatkan, aku merancang untuk take a break seketika. Bukan cuti atau pergi bercuti, tapi chill dan rilex dengan perkara2 yang tak ada kaitan dengan kerja. Hahaha... bunyi macam teruk sangat kerja la pulak. Ok, aku memang sengaja exaggerate :D.

Seperti yang dirancang sebulan lepas, semalam tibalah masanya hari yang dinanti2kan. Nak tengok belon panas. Janji dengan kawan aku nak pergi lepas kerja. Kebetulan semalam aku jadi Eric Leong dok deco bilik salah seorang big boss dengan rakan sepasukan, so terlambat la sikit keluar dari office sebab banyak perabot yang diubah dan dialihkan dari kedudukan asal. Punch out dengan penuh semangat berkobar2 nak mengadap belon panas seperti tahun2 lepas la nih kononnya. Sekali... sampai je kat lobi office, tengok kat luar hujan lebat kilat sabung menyabung. Punah harapan. Hampa dan kecewa sekali lagi setelah bulan lepas aku kehampaan sebab tersalah tarikh. Sudahnya, sekadar menjamu selera je lah dengan kawan aku. Memang lebat gila hujan semalam, siap ternampak pokok kelapa yang terbakar akibat disambar petir lagi. Fuhh... 1st time aku ternampak api yang terhasil dari petir.

Sampai di rumah, tengok housemate aku dah berpeluh2 mengelap dan membasuh barang2 di dapur. Nampaknya untuk kali yang ketiga siling dapur rumah aku bocor lagi. Hmmm... pasni aku yakin dan pasti orang2 syarikat penyelenggaraan akan pelik dan hairan dengan rumah aku. Mau tak, kalau ada masalah kat rumah aku tak lain dan tak bukan masalah bumbung dan pintu jer. Takde lain dah. Jangan sampai aku disuruh pindah ke rumah lain pulak dah ler.

Hari ni semangat nak pergi ke Istana Budaya untuk menonton teater muzikal Lat the Kampung Boy. Tak sabar nak menonton aksi2 comel dan suara yang lemak merdu menusuk kalbu dari Awie. Harap2 petang ni tak hujan ler. Sebabnya aku tak sanggup nak bersesak2 dalam kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur.


Esok malam tak sabar nak menonton perlawanan akhir hoki Piala TNB antara kelab kegemaran aku iaitu KLHC (sebab Tengku Ahmad Tajudin main kelab ni, tu pasal aku sokong) dan juga Sapura. Sebelum2 ni aku tak berapa minat sangat hoki, tengok pun gitu2 je la kalau pasukan Malaysia lawan dalam Sukan Sea, Sukan Asia, Komanwel. Tapi sejak Sukan Asia tahun lepas, tiba2 aku tersuka plak menonton hoki. Nak2 pulak Astro Arena menyiarkan Liga Hoki setiap minggu. So, layan je lah kan dengan housemate aku.

2 minggu lepas waktu pasukan bolasepak Olimpik Malaysia menentang Pakistan di Lahore, aku dengan housemate aku dah berkobar2 ni nak menonton. Memandangkan perlawanan bermula jam 11 malam, kitorang terus tido selepas Maghrib. Kononnya nak simpan tenaga nak menjerit kejap lagi la kan. Pukul 10.45 bangun dan bersiap sedia dengan air segala. Tup2... nampak kat RTM1 tulis perlawanan tak dapat disiarkan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Erkkk... dalam dok bengong2 tu, terus aku buka FB nak cari sebab ngape tak siar. Adakah sebab tak jadi lawan? Adakah sebab keselamatan terjejas? Adakah sebab bom meletop lagi? Hafizal Hamad bagitau siaran tak dapat disiarkan atas sebab masalah satelit. Argkhhh... tekanan ok. Terus kitorang tak jadi tido, kecewa.


Housemate aku masuk dalam bilik, then dia keluar bawa dua biji bola satu warna putih dan satu lagi warna hijau. Katanya, disebabkan frust tak dapat tengok perlawanan bola sepak, marilah kita mengadap bola ni sorang sebiji sambil memberi sebiji bola hoki yang dibawa balik dari office beliau. Jadi lah kan, pengubat kekecewaan walaupun bola tu takde pun tandatangan Tengku ke, Chua Boon Huat ke, S Kumar ke mahupun Stephen Van Huizen. Pasni harap2 beliau boleh bawa balik pemain hoki plak. Kata keje KBS kan huahauauauaa. (jangan kena ketuk dengan kayu hoki dah ler).

Hari Ahad pagi2 buta nak meneruskan perjuangan yang belum selesai. Doakan aku berjaya. Adios.