Monday, October 31, 2011

Pahit Akan Manis Akhirnya

"Haaa den dah koba". Itulah antara ayat pertama yang aku terima bila sampai office tadi. Gembira sungguh rakan2 dari Nogori kerana memenangi Piala Malaysia 2011. Tahniah kepada para pemain dan juga seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Mak aku SMS tanya pasukan mana yang aku sokong. Bila dah tau aku sokong geng Penyu, mak aku pun terus slow je, sebab aku, abah dan adik ketiga2 sokong Terengganu, kecuali beliau yang sokong Negeri Sembilan. Sebab ada kembar katanya. Hoiiii.. mak aku ni sokong bola ke sokong pemain hensem?

Bila wisel ditiupkan, seperti dijangka, dapatlah SMS kena gelak dengan mak aku huhuhuuu. Kawan2 dari Terengganu yang pergi ke stadium pon hantar SMS kecewa kerana tewas. Takpelah, kalah menang tu adat pertandingan lah kan. Tahun depan cuba lagi.

Hajat Manaf Mamat nak hadiahkan Piala Malaysia untuk arwah ayah beliau tak kesampaian. Hajat Ashaari Samsuddin nak hadiahkan kemenangan sempena hari jadi isteri beliau pun musnah. Tapi tahniahla juga kepada pemain kegemaran aku ni, sebab berjaya menjaringkan gol.


Perasan tak ketiga2 gol malam tu kesemuanya dijaringkan oleh pemain Terengganu? Ashaari, Hai-O dan juga Sharbinee... opppsss. Semoga kesemua rakyat Terengganu dan juga penyokong Terengganu dapat memaafkan Sharbinee sempena Aidiladha yang akan muncul minggu depan. Kesian beliau.


Seterusnya, hero saya berjaya bangkit dari 2 kekalahan berturut2 di final sebelum ni. Hajat Chen Long nak buat hatrik tidak kesampaian. Akhirnya kejuaraan French Open jadi milik Dato' setelah mengalahkan Ultraman Tago. Tahniah Dato'. (aku tak hantar mesej kat beliau, terus menang. errrr adakah aku bersalah sebelum ni?) heheeheh

Semalam aku turun ke Stadium Shah Alam, sehari selepas berakhirnya Piala Malaysia untuk menonton perlawanan adik2 saya Malaysia B23 menentang Laos B23 sempena persediaan untuk menghadapi Sukan Sea minggu depan. Tak plan pun nak pergi, last minute je kawan aku ajak pergi sana.

Memandangkan semalam adalah hari Ahad iaitu hari cuti, kawasan stadium sangatlah menyedihkan. Sampah sarap yang dibuang oleh penonton pada perlawanan akhir bersepah sana sini. Menambahkan buruk lagi pandangan adalah kerana hari hujan. Lagilah menyakitkan mata. Konpem malu kalau pelancong tengok. Tapi apa nak buat, orang Malaysia ni kebanyakannya masih lagi tiada kesedaran sivik dan juga tiada otak.

Penonton ramai yang datang, hampir penuh separuh stadium. Mungkin sebab masuk adalah percuma kot, tu yang ramai tu. Elok duduk je kat kerusi, tup2 kat depan kitorang ternampak satu wajah yang agak dikenali. Bila direnung betul2, memang tidak salah lagi. Wajah itu ialah...

Kenal tak siapa yang berbaju pink itu? Kalau nak amik gambar depan2 kang kantoi pulak, so terpaksalah tunggu beliau pusing ke kiri/kanan untuk curi2 amik gambar heehhe.

Ni pulak gambar beliau sedang berdiri untuk melambai kepada sang jejaka kekasih hati beliau yang berbaju hijau tu. Waktu ni player baru habis warm up. Sorry tak nampak pulak muka jejaka berbaju hijau tu. Tapi kalau dalam pasukan, sah2 beliau sorang je berbaju lain dari pemain yang lain. Agak2 siapa yang bajunya warna lain dari orang lain?

Siapa lagi, mestilah goalkeeper kan. Dan siapa lagi goalkeeper yang popular di Malaysia sekarang ni? Dah tentu lah bukan Sharbinee Allawee, beliau dah terlebih umur untuk main dengan pasukan Sukan Sea. Kalau sebut Izham Tarmizi ataupun Zamir Selamat, sah2la aku pun tak kenal siapa awek diorang.

So, yang di depan aku semalam tak lain dan tak bukan si Dahlia Teck, awek kepada Apex yang menjadi kontroversi panas beberapa bulan lepas. Kecik je orangnya, tinggi sikit dalam seinci atau dua daripada aku. Sempat lagi aku ukur ketinggian waktu beliau berdiri sebelah aku ketika kitorang semua naik ke atas waktu hujan lebat tu.

Separuh masa pertama. Baddrol Bakhtiar, Muslim, Syahrul Azwari, Gurusamy, Fakri, Irfan Fazail

Ultras Malaya

Separuh masa pertama tu Laos score dulu walaupun Malaysia lebih banyak shot on target. Semua orang tension je. Yelah, bayangkan kalau kalah dengan Laos, tak ke malu besor? Dah le pemain2 Laos semua ala2 macam budak sekolah menengah je muka dan saiz diorang. Masuk separuh masa kedua barulah 4 biji gol dari Malaysia yang dijaringkan oleh Fandi Othman, adik saya Syahrul Azwari 2 biji dan juga Thamil Arasu. Time ni cuaca dah gelap dan diikuti oleh hujan lebat. So kitorang kat stadium tu semua tak nampak siapa yang jaringkan gol.

Minit ke 87 permainan dihentikan akibat hujan lebat. Lawak gile tengok diorang main dalam hujan sebab bola jatuh gedebuk terus tak gerak. Banyak la jugak pemain yang slide atas padang yang licin tu. Lagi lawak bila pakat sepak bola tak kena, sepak air je lebih. Game dah jadi pertunjukan komedi plak kat padang yang airnya telah bertakung macam sawah padi tu.

Para pemain mengucapkan terima kasih kepada geng Ultras yang tak henti2 menyokong dan langsung tidak berganjak walaupun dalam hujan lebat.

Geng Ultras menari2 dan menyanyikan lagu2 yang menyuarakan kemarahan dan ketidakpuasan hati mereka kepada FAM setelah tamat perlawanan. Sekali tengok dah macam Tarian Kecak di Bali plak aksi diorang ni, sampai bergegar2 lantai stadium.

Moral of the story daripada ketiga2 pertandingan di atas ialah kita tidak boleh berputus asa dalam apa jua situasi. Mental kena kuat walaupun nampak macam tak ada harapan dan hampir tewas. Dengan semangat jitu, membara dan tidak mudah mengalah, Insyaallah kejayaan pasti mengiringi. Pahit Akan Manis Akhirnya bak lagu kumpulan Ukays.




Friday, October 28, 2011

3 Kata

Hobin Jang Hobin


Peteh Terengganu Peteh


Good Luck Everyone

Wednesday, October 26, 2011

Paris - Day 3

Hari terakhir di Paris dimulakan dengan sesi berjalan kaki mencari Statue of Liberty. Sebagaimana yang kita tau Statue of Liberty di New York tu adalah hadiah daripada Kerajaan Perancis kepada Amerika. So, kat Paris ni ada dia punya replika la. Takdela sebesar seperti di New York tu.

Jalan punye jalan punye jalan akhirnya kitorang jumpala dengan tempat yang dicari tu. Kawasan ni sunyi, orang tak ramai pun. Puas bergambar dan feeling2 konon2 berada di New York dan berangan macam dalam scene CSI:NY, kitorang pun balik menyusuri tepi sungai Seine.


Seterusnya kitorang pergi ke Eiffel Tower lagi. Memandangkan hari ni cuaca sangat cantik, so boleh sambung posing sampai muntah. Sambil2 tu sempatla tengok sekumpulan remaja sedang menari hip hop kat bawah Eiffel Tower.


Lepas tengok diorang menari kitorang lepak baring2 kat taman bawah Eiffel. Orang sangat ramai hari ni memandangkan hari ni adalah hari Ahad. Terdapat sekumpulan warga Filipina (mungkin bibik kot) yang sedang berpiknik dan bersuka ria. Ralit betul menengok aksi diorang. Turut berbaring bersama kitorang ialah 2 orang brader dari Australia yang baru sampai ke Paris. Siap angkut beg roda besor lagi kat taman tu.

Puas lepak2 dan baring2 hilangkan penat, kitorang pun jalan perlahan2 untuk balik. Ada juga ternampak sekumpulan orang2 Singh yang berbuat demo kat depan tu. Apa yang diorang perjuangkan pun tak tau le sebab kat banner tu tulis bahasa Perancis, mak tak paham.


Sebelum balik sempat singgah lepak lagi kat taman sambil makan crepe dan menengok sekumpulan warga asing yang dok buka kotak yang dijadikan meja untuk berjudi. Kotak2 tu akan dikerumuni oleh orang2 yang nak berjudi secara haram kat situ. Asal ternampak polis/penguatkuasa je, terus sekelip mata hilang. Memang cepat betul diorang menyelamatkan diri dan berpura2 seolah2 takde apa2 yang berlaku.

Balik rumah kemas2 barang dan bersiap. Tak lama kemudian kawan aku datang membawa kitorang ke rumah beliau. Sedih pulak nak meninggalkan D'Amiral Coubert setelah 3 hari 2 malam berkampung di sini. Sampai kat rumah kawan aku dah tersedia hidangan Malaysia yang dirindui sebelum berangkat ke Port de Galleini menaiki metro.

Bas dari Paris ke London bertolak jam 10 malam. Rasa sedih dan sayu tatkala melambai selamat tinggal kepada 3 orang kawan aku tu. Entah bilalah akan bertemu lagi. Kena tunggu diorang kembali bertugas di Malaysia la nampaknya.

Naik bas je terus aku membuta tanpa berlengah lagi. Terjaga pun waktu kena turun cop pasport je. Seterusnya bas Eurolines tu menaiki feri dari Calais menuju ke Dover. Ferinya besar. Lepak kat atas tu terasa macam dalam bangunan je, bukan dalam feri. Tak berani nak pejam mata kat atas ni, takut kang turun ke bawah bas hilang. Haaa kang tak pasal je kena menapak ke London hehheeh.

Jam 5 pagi kitorang selamat tiba di Victoria Bus Station, London. Yeargkhhhh... finally I'm here. My dream place, LONDON.



Monday, October 24, 2011

Gembira, Sedih, Kecewa

Dunia sukan meriah dalam hujung minggu ni dengan pelbagai peristiwa suka duka sepertimana yang disiarkan di media utama negara ini mahupun media antarabangsa. So, kita mulakan dengan cerita sedih la dulu supaya kita boleh bergembira di penghujungnya. Umpama pepatah, berakit2 ke hulu berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian.

Cerita sedihnya ialah mengenai pemergian Marco Simoncelli di Litar Sepang tatkala perlumbaan MotoGP memasuki pusingan kedua. Nampaknya pasni Litar Sepang akan dikenang sepertimana Litar Imola tatkala pelumba F1 Ayrton Senna menemui ajalnya ketika berlumba di San Marino Grand Prix.

Aku tau berita ni pun waktu melayari internet dalam pukul 4 lebih. Seminggu sebelum perlumbaan housemate aku ada bagitau beliau dapat tiket untuk menyaksikan MotoGP ni. Tapi memandangkan aku tak le berapa minat sangat sukan2 perlumbaan dan aku dah pernah merasai menonton F1 sebelum ni, jadi aku cakap aku taknak pegi. Maka tiket grandstand tu pun diberikan kepada orang lain.

Hari Jumaat malam pulak kawan aku yang lain call bagitau beliau dapat tiket juga untuk ke MotoGP ni dan ajak aku pegi jugak. Mungkin disebabkan takde benda nak buat di siang hari Ahad tu, tetiba aku terbersetuju pulak nak pegi. Tapi dah warning siap2 la aku kena balik awal sebab ada agenda lain petangnya. Hari Sabtu malam, beliau call bagitau tak dapat pergi kerana demam. Fuh lega di situ, tak payah pegi.

Takziah untuk keluarga Simoncelli.

Berita sedih yang kedua ialah dengan tertewasnya hero saya buat kali kedua berturut2 di tangan Chen Long. Semua orang mengharapkan beliau dapat membalas dendam terhadap kekalahan di terbuka Jepun yang lalu, namun malangnya beliau tumpas lagi. Saya doakan beliau dapat bangkit dalam France Open minggu ini dan melupakan apa yang telah berlaku. Saya juga berharap kekalahan beliau ini bukanlah disebabkan saya. Saya yakin dengan membalas mesej kepada saya di FB sewaktu di Denmark bukanlah punca kepada penurunan prestasi beliau.

Aku tak tengok pon perlawanan diorang ni. Dapat tau Dato' kalah pun menerusi SMS daripada mak aku jer. Huhuhuuu...

Musuh baru Dato' Lee Chong Wei. Cheng Long of China

Seterusnya kita masuk kepada berita kecewa pulak. Hari Khamis lepas YAB Perdana Menteri ada jemput rakan2 di FB dan Twitter beliau untuk menonton perlawanan antara Manchester United dan Manchester City bersama2 beliau di Seri Perdana. Aku ni takde keje, so saja le gatal2 tangan nak jugak daftar nama. Saja nak tengok ada luck ke takde. Dah la sebelum ni luck aku takde sebab nombor aku tak tersenarai dalam cabutan rumah PR1MA tu. Tahniah la kepada kawan aku yang tersenarai nombornya tu. Nanti boleh la aku gi lepak rumah ko yek.

Hari Jumaat petang aku dapat jawapan bahawa aku tak berjaya untuk menonton bersama2 dengan PM. So okla, tak dapat. Maka tak dapatlah aku nak menonton di Seri Perdana. Cehh nak jugak tu, padahal sah2 la malam tu aku dah ada plan yang lain. Nasib baik jugakla tak dapat. Kalau dapat, dah jenuh aku nak pikir mana satu nak pegi kan.

Tatkala terima SMS bagitau Manchester United tewas 6 - 1 daripada mak aku, maka aku bersyukur lah aku tak dapat menonton bersama2 PM. Kalau tak mesti frust sebab tengok Manchester United kalah depan mata. Walaupun aku bukanlah penyokong tegar dan fanatik, tapi kalau kalah mestila kecewa kan. Seronok betul mak aku dapat gelakkan aku huh.

Harap2 PM tak seriklah ajak orang ramai menonton bola bersama2 beliau lagi lepas ni. Maklumlah dah 2 kali beliau menonton beramai2 dan kedua2nya pasukan favourite beliau tewas.

Pesanan untuk Ramli yang sedang bermain di Manchester United, sila jangan makan Mr. Potato banyak2, kang kalah lagi. Jangan hampakan ayah ko yer Ramli, ko kan nak buat ayah ko bangga. Pasni, jangan biarkan jiran sebelah score 6 gol lagi ok.

Sekarang kita masuk cerita gembira pulak. Dimulakan dengan kegembiraan pasukan Terengganu berjaya melangkah ke pertandingan akhir Piala Malaysia mengalahkan Selangor. Malam tu menonton kat rumah kitorang tak tukar2 siaran pun, memang dari mula sampai habis mengadap Ninja Turtles vs Red Giants je. Cuma sempat tengok Negeri Sembilan vs T-Team 10 minit sahaja iaitu 5 minit terakhir bagi kedua2 separuh masa. Sebabnya game di Kuala Terengganu tamat lebih awal, so sempatla tengok game di Paroi.
Kali ni blok rumah aku takde bergegar plak macam separuh akhir pertama hari Selasa lepas. Setiap kali gol je memang bergegar dengan hentakan dan teriakan daripada jiran2 di bawah. Sampaikan kitorang pon jadi kelam kabut menukar channel tv tiap kali dengar diorang jerit.

Final hari Sabtu ni di Stadium Shah Alam, kawan aku ada jugak tanya sama ada nak pergi ke tidak. Ikut hati memang aku malas nak pergi sebab ni game melibatkan pasukan negeri. Lagipun kat Shah Alam plak tu. Kalau kat Bukit Jalil dekat la sikit, boleh naik LRT je. Tapi bila kawan aku bagi cadangan supaya kitorang pergi pakai jersi warna yang berbeza iaitu aku jersi Terengganu dan beliau jersi Negeri Sembilan, rasa macam menarik plak idea tu.

Dua2 pakai jersi berlainan tapi tengok bola duduk sebelah2. Time Terengganu score aku lompat2 sorak2, manakala time Negeri Sembilan bagi beliau plak sorak2. Tapiiii... masalahnya kitorang nak dok kat area penyokong mana? Kalo dok area penyokong Terengganu, kang kawan aku pulak sesat sorang pakai baju kuning. Kalau dok area Negeri Sembilan sah2 aku sorang je pakai baju putih. Haaa tak ke naya tu?

Berita gembira seterusnya ialah dalam arena hoki kebangsaan. Hasrat yang terpendam sejak bulan Mac lalu akhirnya menjadi kenyataan iaitu menonton perlawanan akhir Piala TNB. Lepas je Maghrib terus pecut ke Bukit Jalil sebab acara akan bermula jam 8.00 malam. Sampai2 je kat sana ngam2 acara baru nak bermula. Nampak je lampu stadium dah start berdebar hahaahahah. Badi debaran minggu lepas tak hilang lagi.

Masuk dalam stadium terus duduk kat area penyokong KLHC. Sebelum tu siap tengok dulu belah mana yang ada kamera tv, supaya senang muka nak masuk dalam siaran langsung yang ditayangkan di Astro Arena tu hehehehe... keji.

Penyokong KLHC mostly budak2 sekolah yang siap berclapper, berkompang dan juga hon yang membingitkan telinga. Penyokong TNB berbaju merah di sebelah kitorang rasanya mesti pekerja2 TNB kot sebab ramai orang dewasa kat situ. Geng KLHC berkompang dengan rentak Melayu manakala geng TNB bergendang rentak irama Banghra. Meriah.

Barisan kesebelasan utama KLHC

Separuh masa pertama TNB mendahului dengan 2 - 0, memang aku dah stress dah bila masuk separuh masa kedua. Mana taknya, sepanjang aku dok layan Liga TNB dan Piala TNB sejak musim lalu, memang jauh beza corak yang dimainkan oleh para pemain KLHC malam ni. Nampak kelam kelibut dan kucar kacir je. Time ni kitorang terpaksalah dok senyap je bagi chance geng2 TNB dok berjoget riang. Sentap mak tengok nyahhh!!!

Minit ke 59 berjaya masuk sebijik, terus rasa kurang debar. Masuk gol kedua dah rasa lega terus sebab peluang dah jadi 50 - 50. Tatkala Razie Rahim menyumbat gol ketiga di minit terakhir, geng TNB dah senyap sunyi dan terus balik. Heheheeh...nasib baik menang, kalau kalah konpem aku tido tak lena malam ni.

Habis je game kitorang pun masuk le ke padang nak merasa karpet padang hoki. Pastu hape lagik, terus sesi fotografi la dengan player. Akhirnya dapat jugak aku bergambar dengan pemain favourite aku sejak Sukan Asia tahun lepas iaitu Tengku Ahmad Tajuddin. Nak lagi best waktu nak bergambar tu dia boleh cakap kat aku, "sorry ye adik, baju basah sikit". Terus lidah mak kelu membisu seribu bahasa. Mau tak kelu, beliau yang 7 tahun lebih muda dari aku panggil aku adik. Huahauaauauau rasa nak lompat jer. Bukan takat player je, dengan mock cheque dan piala pun sempat aku bergambar heheeheh.

Para pemain TNB yang kecewa sedang menunggu acara penyampaian hadiah

Sambil2 bergambar dan merewang kat tengah2 padang menunggu upacara penyampaian hadiah, mata tetap meliar tengok kamera okeh. Bazly Azmi pun berkeliaran je keliling kitorang sambil mewawancara para pemain. Malam ni nak kena balik tengok siaran ulangan. Mana tau kot2 hujung kasut aku masuk tv lagi macam minggu lepas waktu tengok badminton di Bukit Kiara.

Saya Bazly Azmi melaporkan untuk Nadi Arena

Padang hoki memang disirami dengan air untuk membasahkan karpet sebelum acara bermula. Tapi lepas game tamat pun budak2 kecik ahli keluarga player dok main curah2 air dalam botol. Sempat jugakla membasahkan seluar kitorang. Dah macam pesta Songkhran la pulok. Meriah...

Hadiah yang diminangi oleh pemain KLHC. Hadiah Man of the Match kat tengah tu milik pengantin baru, Azlan Misron


Thursday, October 20, 2011

Kongsi

Kongsi ni bukan filem arahan Farid Kamil dengan tagline Lu Langsi Lu Mati tu, tapi kongsi kegembiraan menyambut hari lahir bersama individu-individu di bawah. Bukanlah aku pergi buat birthday party dengan diorang, cuma kitorang berkongsi tarikh lahir yang sama je.


Dato' Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal, Ahli Parlimen Semporna merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Aku pernah ambil gambar bersama Dato' Seri dua tahun lepas. Beliau sangat baik orangnya, lemah lembut dan tidak sombong.




Fatimah Abu Bakar, bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia dan juga pelakon. Selepas ni tak nampak lagi dah kelibat beliau dalam tv sebab Akademi Fantasia telah berkubur dengan berakhirnya AF9.


Zulfahmi Khairuddin, anak muda dari Banting yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sekarang ni. Beliau ialah pelumba MotoGP 125cc. Semoga beliau berjaya menambah mata di Sepang hari Ahad ni.

Last but not least, saya ucapkan Selamat Hari Lahir in advance kepada idola saya yang akan menyambut hari lahir esok, sehari selepas saya (nak jugak bagitau tu). Siapa lagi kalau bukan atlet terkaya di Malaysia iaitu ...

p/s: kereta ni boleh naik ramai2. Ada sesapa nak tumpang?

Sunday, October 16, 2011

Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir

Minggu ni sibuk dengan menonton aksi2 sukan je lah kerja aku. Semuanya bermula pada hari Jumaat malam. Lepas balik kerja je siap beli karipap, goreng pisang dan mee rebus sekali untuk bekalan makanan sambil menonton aksi2 yang bermula jam 6 petang. Sampai kat rumah siap sedia laju2 sebab nak tengok Badminton GP Akhir Kebangsaan. Memangla kalau tak tengok pun dah tau Dato' akan menang mudah, tapi sebab semangat nak tengok Misbun Ramdan main. Selama ni tak pernah tengok dia main pun sebab biasanya dia akan terkandas awal. Nak le jugak tengok macam mana corak permainan anak kepada bekas sifu Dato' ni kan. Sebelum ni dah tau dah macam mana si Arif, Zulfadli dan Iskandar Zulkarnain main. So, kita kasi layan Adan la pulak kan yang dijadualkan bermain pada game ketiga.


Sebelum diorang bertarung, kasi layan acara beregu lelaki la dulu. Elok habis je Fairuz/Soon Hock mengalahkan Khim Wah/Wei Shem, tup2 acara badminton pon habis. Hoh??? Habis??? Astro Arena telah memberhentikan siaran dari Bukit Kiara untuk memberi laluan kepada acara suku akhir Piala Malaysia. Hoiiii!!! Ni yang aku panas ni. Kot ye pon kasila aku ngadap Dato' dengan Ramdan dulu. Lagipun kick off start pukul 8.45, waktu tu baru pukul 8.00 malam. Kiranya sempatla habis game. Tapi apokan daya, Astro Arena bukan harta bapak aku, terpaksala ngadap Akbar Sahari, Azlan Johar dan Nazzab Hidzan berborak dulu. Adoiiii tensen.

Start pukul 8.45 siaran tv bertukar2 antara TV1 Perak vs Selangor dengan 801 Kelantan vs Terengganu. Macam aku bagitau sebelum ni, mestila aku sokong geng penyu. Berdebar2 je tengok game ni. Tak tenteram.

Pukul 9 pulak, dah bertambah sibuk remote control. Mana tak, nak tambah lagi satu siaran bertukar2 ganti sebab malam ni adalah episod terakhir bagi drama Tahajjud Cinta. Antara ketiga2 siaran ni Tahajjud Cinta la diberi keutamaan sebab nak tau apa kesudahan nasib Ustaz Shauki. Tapi kesudahannya agak sedikit frust la bagi aku sebab habis gitu je. Nak jugak aku tengok ustaz ni kena maki hamun dengan Solah, bapak Seri dan orang ramai kan. Sebab bagi aku kalo watak jahat tapi balasan yang diterima tak ditunjukkan dengan jelas rasa tak puas. Yelah, memangla endingnya kita faham, tapi nak jugak tengok penjelasan/muka beliau yang terkantoi itu huhu.

Habis Tahajjud Cinta, barulah reda sikit kat tv. Memandangkan game Perak vs Selangor sedikit bosan, terus je la layan Kelantan vs Terengganu. Sampai dah melompat2 kegeraman aku bila Kelantan score penalti. Mujurlah akhirnya kemenangan berpihak kepada Terengganu. Yeayyy... I like. Nak2 plak kedua2 gol dijaringkan oleh Ashaari.

Hari Sabtu tengah hari tatkala mentari tegak di kepala, aku angkut geng menuju ke Bukit Kiara. Asalnya Bukit Kiara ni tak termasuk pun dalam rancangan jalan2 cari pasal kitorang. Tapi tup2 waktu pagi lepas makan coco crunch, aku dapat idea nak ke sana untuk menonton peringkat akhir Badminton GP Kebangsaan. Nak2 pulak bila mengenangkan ini adalah kali terakhir superhero saya akan bertanding dalam pertandingan tempatan. Tahun depan kelibat beliau tak nampak lagi dah kan. So, sebelum aku menyesal tak sudah, baik aku teruskan je niat yang suci itu huahauauauau.

Elok aku nak keluar rumah je, tup2 tv tayangkan ulangan Dato' Lee Chong Wei menentang Misbun Ramdan. Aisehman, time ni lah ko nak tunjuk ulangan pon. Punyelah banyak masa aku dok nganga tadi ko taknak tayang. Ni dah aku nak keluar, dia tayang plak. So, layan le kejap dalam 5 minit.

Masuk je dalam Stadium Juara, acara pertama iaitu beregu wanita baru nak bermula. Kelibat pertama yang aku cari bila masuk dalam stadium ni bukanlah Dato', tapi aku cari pengadil pertandingan ni. Tak sangka pulak rupa2nya kawan aku yang menjadi pengadil bagi acara pertama ni. So kitorang layan la game ni.

Habis je acara pemberian hadiah, kitorang keluar cari makanan kat luar sebab dah lapar. Keluar je kat sini, terus ternampak Rashid Sidek baru sampai. Beliau bersama2 dengan Tey Seu Bock kat luar kafe tu tengah minum. Nampak je muka Rashid terus kawan aku sampai lupa nak makan. Ada le 3 - 4 minit dok nganga depan meja Pizza Hut tu. Terus kenyang minah tu dapat tengok Rashid Sidek. Padahal sebelum ni dah pernah jumpa kat office pun waktu beliau bertugas di kaunter. Time tu tak terpikir lak beliau nak amik gambar dengan Rashid. Memandangkan takde makanan yang menarik, so beli air je lah.

Sambung tengok acara perseorangan wanita sambil sembang2 dengan kawan aku yang jadi pengadil tadi. Kitorang siap duduk sebelah player lagi. Pemain pelapis acara perseorangan wanita iaitu Sannatasah Saniru. Tak lama lepas tu abang beliau yang juga akan bertanding bagi acara akhir beregu lelaki, Vountus Indra Mawan pun datang kat situ gak. Mentang2 la diorang masih belum popular, kitorang buat tak tau je. Cuba yang duduk sebelah tu Wong Pei Ty ke, Zakri Latif ke, harus tergedik2 kat situ kan.

Bila acara perseorangan lelaki bermula, orang pun ramai memenuhi stadium. Acara diserikan lagi dengan sorakan Tok Moh (pakcik maskot) yang dok berlawan cakap dengan kawan beliau dari Famemas tu. Mana tak meriahnya, pakcik maskot dok kat seat belah kiri, pastu kawan dia kat belah kanan, manakala kat tengah2 tu Dato' dengan Goh Soon Huat tengah lawan. Sampaikan Dato' pon sempat tergelak dengar pakcik maskot dengan Cina tu dok bercakap2 apa ntah. Satu stadium tu dengar suara diorang je.

Kali ni dapatla aku mengadap Dato' dengan lebih dekat berbanding di Stadium Putra yang lebih luas tu. Kat Stadium Juara ni mana ada seat yang memisahkan penonton. So, senang jela nak ke sini sana.

Ni waktu nak amik hadiah. Semua orang pakat serbu nak amik gambar Dato'. Aku pun serbu jugakla kan hehehehe.


Tup2 Dato' tengok aku. Amekaw!!! Terus gigil tangan aku bertentang mata dengan Dato'. Nasib baik tak jatuh kamera aku huahauauaau.

Selesai acara pemberian hadiah, kitorang pun chow walaupun masih ada lagi dua acara iaitu beregu campuran dan beregu lelaki. Hujan pun renyai2 waktu ni. Dalam jam 3.30 tu kitorang bergerak dari Stadium Juara Bukit Kiara untuk menuju ke Kelana Jaya pulak.

Sampai kat Kelana Jaya terus terjah kedai mamak untuk mengisi perut yang kosong. Haaa bila sampai kat sini barulah terasa lapar semula. Tadi walaupun tak makan tak rasa lapar sebab kenyang dapat mengadap Dato' huahuauauaau.

Sepas dah kenyang mengisi perut masing2, kitorang bertiga pun berjalan menuju ke destinasi utama iaitu Stadium MBPJ. Sebabnya hari ni ada game bola sepak di antara Malaysia B23 - menentang skuad kebangsaan Nepal. Suasana sekitar tenang je sebab tak ramai pun manusia hari ni.

Sampai je kat kaunter tiket terus ternampak coach B. Sathianathan baru nak masuk stadium. Nampak je bas FAM terus teruja dah ni heheheeh. Lepas cek tiket, kitorang bertiga pun naik la tangga menuju ke tempat duduk. Waktu ni tak nampak kelibat orang lain, so kitorang pun relaks2 je lah. Elok sampai kat anak tangga terakhir, terus terserempak Dato' K Rajagobal. Terkejut nampak beliau yang tidak disangka2 tu terus kitorang pun panjat tangga seiringan. Sehinggalah kakak Rela tu bagitau suruh kitorang ikut tangga lagi satu. Rupa2nya itu tangga VIP. Huahauaauu nampak Rajagobal je terus salah haluan. Adoiyaiiii...

Orang kat atas ni takdela ramai sangat. Stadium pun taklah sebesar Stadium Shah Alam apatah lagi Bukit Jalil kan. Suasana pun sedap sebab tak panas. Tengah2 dok sembang dan pandang2 penonton di sekitar, tup2 muncul adik Muslim dan para pemain simpanan dari pintu depan kitorang. Sekali lagi kitorang terkejut. Yelah sebab kitorang dok ralit mengadap terowong tempat para pemain keluar, tak sangka pulak yang pemain simpanan keluar depan kitorang. Mujur I tak melatah depan tu.

Adik Muslim keluar dari bawah menuju ke padang. Melentik tak jari beliau? Heheheheh

Game kali ni tidak melibatkan trio yang masih berada di Vion iaitu Fadhli Shas, Wan Zack Haikal dan Irfan Fazail. Geng2 yang masih bermain Piala Malaysia seperti Apex, Zubir Azmi, Asrarudin Putra, Fakri Shaarani pun takde sebab diorang ada game malam tadi. So, layan je lah yang mana yang masih ada. Ketua pasukan untuk hari ni ialah orang kampung saya iaitu Baddrol Bakhtiar.

Permainan banyak dikuasai oleh Malaysia tapi bola tak jugak masuk gol. Letih jugak menunggu gol yang tak kunjung tiba. Lagi letih bila adik saya Syahrul Azwari beberapa kali mensia2kan peluang yang terhidang depan mata. Geram sungguh saya waktu itu hinggakan rasa nak putus hubungan je dengan beliau. Ehhhh...

Akibat peluang depan mata yang tidak dimanfaatkan betul2, maka Adik Syahrul pun direhatkan pada separuh masa kedua. Dah le tu, masuk je bilik persalinan waktu rehat terus beliau tak keluar2 lagi dah. Letih aku tunggu huhuuuu. Mungkin sedang menangis kekecewaan agaknya hehehe

Sambil layan bola di tengah padang, sambil juga layan pemain di bangku simpanan di tepi padang. Harusla dok menunggu masa untuk Adik Muslim masuk pulak kan.

Dah berapa botol dah air yang beliau telan walaupun belum masuk main lagi.


Tengah ralit dok amik gambar beliau, tiba2 dia pandang aku. Hape lagi, gigil terus tangan mak nih. Automatik gambar pon bergegar. Debar la pulak. Aku ni memang takleh pandang orang hensem la, konpem gigil. Penyakit yang takdok ubat.

Sambil2 pandang keliling, tup2 aku ternampak satu kepala muncul dari tangga kat sebelah kiri tempat duduk kitorang. Aku besarkan bijik mata la nak tengok betul ke apa yang mata aku nampak. Rasanya macam betul kot. Terus aku bagitau member2 aku suruh tengok. Ternyata mata aku tidak silap. Kepala yang muncul itu ialah kepala penjaga gol tersohor negara, KFCM ataupun Apex di tempat duduk penonton sebelah kitorang.

Mak oiiii... dup dap dup dap terus jantung. Apasal ntah tiba2 jadi gitu padahal aku takdela minat pon si Apex ni. Kalau Adik Muslim dengan Dato' tadi tu ye lah, aku berdebar + gigil sebab aku minat diorang. Bila Apex datang duduk kat depan kitorang belah kiri je, terus tak tentu arah. Phewww... ternyata Apex seorang yang sangat hensem bila dilihat secara live. Selama ni aku tengok kat tv mahupun suratkhabar takdela hensem sebegitu. Dengan ketibaan Apex terus aku tak jadi tengok bola di depan mata sebab secara tak sedar mata asik terpandang ke belah kiri je sampai kena sound dengan kawan aku. "Oii bola kat depan, bukan kat kiri". Opsss sorry, I tak sengaja dan tak sedar macam mana alignment kepala asik mengiring ke kiri je. Aura Apex tinggi sungguh. No wonderlah ramai perempuan tergila2kan beliau dan cik-bekas-tunang-beliau-yang-ada-jari-runcing tu boleh meroyan setelah putus.

Apex tengah layan hp. Menyerlah sungguh bila pakai baju kuning. Kasut pun kuning hokeyhhh..

Kemuncak kepada jalan2 hari ni ialah saya dapat bergambar dengan Apex. Drive kereta balik ke rumah pon rasa nak senyum je sepanjang jalan. Nasib baikla aku tak bergambar dengan Dato', kalau tak, aku rasa mesti aku demam minggu ni.


Sunday, October 9, 2011

Paris - Day 2

Lepas breakfast, kitorang start meronda lagi ke kawasan2 lain yang menarik sekitar Paris. Kawan aku pun sebenornye agak pening jugak, tak tau nak bawa kitorang gi mana lagi sebab kebanyakan tourist attractions kitorang dah pergi/lalu/sampai semalam.

Perjalanan hari ni dimulakan dengan ke destinasi pertama iaitu Kedutaan Malaysia yang terletak tak jauh pun dari rumah kawan aku. Hanya perlu berjalan kaki jer. Memandangkan hari ni ialah hari Sabtu, dapat le kitorang merasa masuk melawat ke dalam pejabat kedutaan tu.

Dari kedutaan kitorang naik metro untuk menuju ke Montmarte yang terletak di utara Paris. Saint Pierre de Montmarte adalah bangunan yang popular di kawasan ni, terletak pada ketinggian 130m tinggi.


Selepas memanjat bukit tu, kitorang amik tram yang membawa mengelilingi kawasan Montmarte ni yang juga terkenal dengan banyak kawasan2 hiburan termasuk yang paling popular iaitu Moulin Rouge. Tram tu berhenti kat depan Moulin Rouge ni untuk ambil gambar. Di tepi jalan berdepan dengan Moulin Rouge ni ada satu tempat macam telaga la. Mostly orang akan baling syiling dalam telaga ni untuk tunaikan hajatla kunun. Telaga ni bertutup dengan jaring, so kita boleh berdiri di atas dia. Bila berdiri atas telaga ni, kalau pakai skirt bleh la feeling2 macam Marylin Monroe sebab ada angin yang kuat keluar dari telaga ni.

Puas pusing2 sambil mendengar penerangan satu persatu mengenai tempat dan bangunan2 yang terdapat di sekitar, kitorang pun turun. Kat bawah ni banyak la gerai2 cenderamata dan juga kawasan untuk para artist. Ramai gila orang yang mempamerkan hasil seni masing2 termasuk lukisan, potret, arca dan macam2 lagi lah. Meriah juga kawasan ni.

Lepas bersiar2 kitorang singgah makan kat kedai Pakistan. Eh Pakistan ke Lubnan ntah, aku pun lupa la pulak. Kedai ni konsep dia lebih kurang macam KFC la. Tapi ada jugak nasi beriyani yang memang besar portionnya. Lepas makan nasi beriyani, kitorang tapau ayam goreng dan kentang untuk sambung makan di rumah nanti.

Seterusnya destinasi kitorang ialah kat kawasan orang melepak. Sorry lah, aku pun dah lupa nama tempat ni, maklumlah dah lama sangat tapi baru nak taip entry nih. Kat situ macam ada bangunan yang di dalamnya terdapat kedai buku, pawagam, teater dan macam2 lagi lah. Round kat dalam tu sekejap je, lepas tu kitorang pon join mat salleh kat sini berjemur di depan bangunan tu. Sian orang kat Paris, takde pantai nak berjemur, terpaksalah berjemur atas simen di depan bangunan sambil tengok ada orang busking kat depan.

Puas berjemur dan melepak, kitorang ambil keputusan untuk balik ke rumah berehat dulu sebelum sambung keluar merayap malam nanti. Naik metro untuk kembali ke stesen Victor Hugo. Waktu kat stesen metro ni lah (aku lupa jugak nama stesen ni) ada kejadian gempar yang berlaku.

Mana tak gemparnya, elok je train sampai, kitorang pon terjah je lah masuk dalam train bersama2 orang lain. Tup2 train tu tak tutup pintu dan tak bergerak. Tak lama lepas tu kitorang nampak macam ada orang kejar seorang remaja dan berjaya menangkap beliau. Seram gak tengok aksi depan mata gitu. Kitorang saspek mesti budak tu kena tangkap sebab cuba mencopet la tu sebab nampak diorang cek badan dia.

Dalam dok ralit tengok aksi tu melalui pintu yang tidak tertutup, tetiba ada sorang lelaki cakap kat kawan aku "madame, please check your bag". Bila kawan aku tengok beg, barulah perasan beg dia dah terbuka separuh. Abang polis yang hensem tu suruh kawan aku cek kot2 purse dia telah dirembat. Tapi semuanya masih ada. Sekali lagi abang polis tu tak puas hati, dia suruh tengok lagi dan memang takde apa yang hilang pun. Rasanya mungkin budak tu tak sempat nak amik apa2 la kot. Lagipun purse kawan aku terletak dalam compartment kecil dalam beg tu, susah la nak amik. Phewww rasa macam dalam tv plak bila dapat rasai pengalaman macam ni. Kawan aku yang dah 2 tahun menginap di Paris pun tak pernah tengok kejadian ni secara live walaupun di Paris memang terkenal dengan aktiviti menyeluk saku. Train diberhentikan semata2 kerana kitorang huahauauaua. Rasanya budak tu dah lama kot ikut dan aim beg kawan aku. Luckily kegiatan terkutuk beliau tu dapat dilihat melalui cctv, maka teruslah abang2 polis datang menyerang beliau.

Menurut lagi sorang kawan aku, waktu kitorang bertiga naik eskalator menuju ke train pun ada beberapa orang mat black yang asik tengok kitorang berdua semacam je. Maklumla pompuan kan. Bila kawan aku tu pura2 cakap dan dok rapat2 sikit dengan aku barulah diorang tak tenung dah sebab tau bahawa lelaki bersama-sama kitorang kat situ. Dan tak sangka plak lepas tu terus beg kawan aku kena buka zip. Tapi bukan oleh mat2 black tadi lah. Tapi mat salleh.

So, pesanan kepada sesiapa yang nak melancong ke Paris, please give extra care to your belongings. Even kawan aku yang melancong ke sana sebulan sebelum aku pergi pun kena seluk dalam train jugak oleh para remaja perempuan. Padahal sling bag yang dia pakai tu memang betul2 letak kat depan. Siap lawan tepis tangan lagi dengan budak2 tu. Porch husband dia pun siap kena buka zip, tapi tak sempat amik apa2 barang.

Lepas sampai di rumah dalam 2 jam, rest dan melepak tengok tv serta layan internet, kawan aku yang lagi 2 orang pon sampai. Lepak2 kejap terus kitorang berlima kuar naik kereta untuk merayap kat kawasan2 berhampiran. Mula2 sekali harus terjah tempat wajib iaitu Hard Rock Cafe. Dari HRC, merayap la pulak kat kawasan2 berhampiran. Sempat la tengok ada 1 limosin panjang yang bawak 5 - 6 orang awek yang mengenakan nightgown sampai kat situ sambil dok posing2 gelak2 sembang2 sambil minum2 mabuk2. Mungkin baru balik dari apa2 social event la kot.

Dalam pukul 9 malam, bila cuaca pun dah samar2 ala2 waktu Maghrib, kitorang amik cruise mengelilingi kawasan2 menarik di Paris. Cuaca dah sejukkk gila dah ni. Kitorang naik bertiga je, manakala kawan2 lelaki aku pergi mengopi (kat sini orang minum kopi, so kena la mengopi instead of mengeteh) selepas tinggalkan kitorang kat Eiffel Tower. Mula2 naik cruise tu seronokla tengok pemandangan disirami cahaya lampu di waktu malam. Tapi bila dah hampir separuh perjalanan, masing2 dah hilang tumpuan dan berdoa supaya cepat sampai je ke destinasi. Bukannya sebab boring atau pemandangan tak cantik, tapi sebab sejuk yang menikam2 ke tulang sumsum.



Selesai naik cruise, kitorang menuju ke salah satu tempat yang menjadi satu sejarah kepada dunia terutamanya kepada keluarga Diraja England iaitu tempat di mana Puteri Diana dan Dodi Alfayed terbunuh dalam kemalangan jalan raya iaitu terowong Pont de' I'Alma. Kat sini diorang bina satu tugu peringatan berbentuk obor.


Ada juga peminat yang meletakkan bunga kat tugu ni. Tak kurang juga yang menconteng/menulis kat jalan ucapan diorang pada Lady D.


Ni lah dia tempat kejadian yang telah meragut nyawa ibu mentua Kate Middleton pada tahun 1997 dulu. Tugu tu dibina betul2 di atas terowong ni.


Malam makin lewat, cuaca makin sejuk, mata makin mengantuk dan badan makin letih. So kitorang pun bergerak balik ke rumah.



Wednesday, October 5, 2011

31 Pada 32

Apa yang 31? Apa yang 32? Oh... 31 tu jumlah gigi, 32 tu umur aku lah. Ye dengan ikhlasnya aku mengaku yang umur aku sudah kertu. Kertu tapi masih jelita takpe. Hahahahah... perasan.

Mulai semalam, gigi aku dah tinggal 31, tak cukup 32 lagi dah sebab telah dikorbankan oleh doktor akibat gigi geraham bongsu aku yang dah pecah tu. Dah lama pun gigi tu pecah, tapi takdenya la aku rajin nak pegi jumpa doktor kan. Alaaaa normal la kan, kalau doktor biasa orang tak kisah sangat nak pegi, tapi kalau bab doktor gigi mesti semua orang macam lambat2 je nak pegi kecuali dah tahap kritikal kan. Akibat daripada pecah/patah/serpih tu la aku selalu jugak menderita sakit gigi bila makanan terlekat kat situ. Nak lagi best, tiap kali minum sejuk ataupun gosok gigi/kumur memang ngilu gila babi punyelah.

Memandangkan semalam bos aku takde, sajalah amik peluang gi melawat doktor gigi. Dalam kepala aku dok bayangkan doktor akan palam kawasan yang serpih tu je. Itupun aku dok bayangkan bukan dibuat semalam, mesti kena buat appointment dulu lah kan. Masa tunggu giliran tu, sempat la jugak bergosip + mengumpat dengan SUB aku yang jugak jumpa doktor gigi.

Masuk je dalam bilik, doktor tu cek. Pastu dia kata "gigi takleh tampal lagi dah sebab gusi dah tumbuh. So, kena cabut ni. Kita akan cabut hari ni jugak. Memandangkan gigi ni geraham bongsu, kita kena cabut secara menegak. Kalau tak boleh cabut kena buat operation kat hospital. Tapi kena tunggu pada tahun 2012 lah." Dengar jer ayat tu terus aku rasa nak pitam. Pertama nak pitam sebab kena cabut hari ni jugak, yang mana langsung aku tak expect. Kedua bila dengar perkataan operation. Mulala kepala hotak aku yang tinggi imaginasi ni terbayangkan doktor cabut gigi aku, tapi tak berjaya, pastu kena hantar kat hospital buat operation. Huwaaaaa matilah makkk!!!

Lepas dibius cinta eh ubat, aku pun tunggu kat luar sebelum masuk semula untuk proses cabut. Time ni lah hati aku dok berbelah bagi sama ada nak tunggu atau nak lari balik. Serius aku rasa nak lari balik je time tu. Takut wehhh!!! Sejak dah besar ni mana penah cabut gigi. Kecik2 dulu ye lah, sebab gigi susu kan. Nak pula bila bayangkan gigi kekal ni sah2 la kuat dan susah nak cabut berbanding gigi susu. Dalam dok bayang dan debar tu, nombor giliran aku pun sampai. Memang tak dapat lari lah kan. Hadap sajalah.

Nasib baiklah time cabut tu tak sakit sangat, tapi masih terasa la sikit. Tangan aku siap genggam kerusi lagi dah heheheeh. Doktor suruh lembutkan badan, memang tak la. Kalau aku ahli gimnastik sekalipun mesti badan aku keras gak. Takut punye pasal.




Yang nak tergelak tu, doktor tu memang psiko betulla. Dia treat aku ni macam budak2 kecik yang nak cabut plak. Lawak bila dengar ayat2 dia. "Okey, dah nak keluar dah ni... sikit je lagi". Sakit tak? Ohhh... pandainye gigi ni. Baik betul gigi ni... senang dia keluar". (sila baca dengan nada manja macam nak pujuk budak2 tu). Sib baik aku tak tersembur darah + air liur kat muka doktor sebab nak tergelak. Dapatla aku MC satu hari. MC yang keenam hari dalam tempoh 11 tahun bekerja.

Balik klinik singgah Petronas beli sup Campbell dengan roti Gardenia untuk santapan seharian. Punah plan aku nak piknik KFC dengan kawan2 office waktu lunch. Lepas makan je melepak depan tv sambil mata pun redup2 kerinduan je kekdahnya. Nak lagi best, cuaca pun tiba2 mendung disusuli dengan hujan. Phewwww... nikmatnya tido. Punye nikmat sampai meleleh2 air liur aku penuh bantal. Habis le bantal aku berdarah huhuuuuuu. Mana tak meleleh, aku tido tak tutup mulut sebelah sebab masih seram2 je lagi kat bahagian telinga aku nih. Lagipun darah masih tak berhenti sampai ke malam.

Sekianlah saja coretan saya yang kehilangan gigi buat kali pertama.

Sunday, October 2, 2011

Kesibukan Yang Terlampau

Semenjak dua menjak tiga menjak lepas raya ni rasa macam sibuk plak hidup aku nih. Keje hakiki kat office takdela sibuk sangat, tapi keje2 sampingan yang jadikan aku sedikit sibuk daripada biasa.



Disebabkan letih waktu di office yang adakalanya balik lambat, malah ada 2 - 3 hari aku balik malam, terus aku jadi malas nak ke mana2 di hari cuti. Rasa macam nak tido je takmo bangun2 selama 2 hari. Minggu ni dengan minggu depan bos aku takde, so merasalah diri umpama tikus yang dapat berjoget riang tatkala kucing tiada kan. Dah le sebelum ni dok kelam kabut dan kalut buat persediaan untuk sesi audit 5S, tup2 esoknya nak berlangsung audit, hari ni dapat emel mengatakan audit tu ditangguhkan. Fuhhh memang stress makkk. Kalau tak, minggu ni dah boleh horei2 melompat2 bahkan kalo nak sepahkan balik office pon dah boleh dah. Apakan daya, semuanya belum berakhir. Tapi mood nak kemas dan buat 5S tu dah takde langsung dah.

Kemalasan/kepenatan ni ketara sampaikan aku langsung tak pergi mana2 open house jemputan kawan2 pun pada tahun ni. Sampai kena maki le huhauahauauau. Bukan takat open house kawan2 rapat dan kawan2 yang tiap2 tahun tak penah ketinggalan aku pegi open house je, malah jemputan open house daripada 2 orang selebriti tv tanah air pon aku tak pegi. Yang sorang tu selebriti tv tersohor dalam bidang sukan berpangkat datuk lagi. Kalau aku pegi konpem kawan aku tu nanges sebab sah2 aku akan bergambar dengan idola beliau huahauauua.

Cumanya yang aku sempat pergi pon satu je open house iaitu rumah wartawan New Straits Times je. Tu pon tanpa dirancang sebab kebetulan aku pergi merayap di KL dan terus singgah makan di rumah beliau. Itu pun sebab takda pilihan kan, aku ikot je kawan aku yang drive ke sana. Oleh itu, kawan2 yang jemput aku gi open house tahun ni sila jangan kecik hati ye sebab memang semua rumah aku tak pegi. Tahun depan jangan serik jemput lagi ok.

Dalam tempoh sebulan ni aku dapat jugakla curi2 masa pergi sesi perjumpaan dengan kawan2 yang pernah kerja satu bahagian dan satu office dengan aku suatu ketika dulu. Yang pertama kat Taman Warisan Pertanian dengan kawan2 yang dah bertukar dari office aku. Walaupun tak dapat jumpa sebahagian besar daripadanya akibat daripada short notice, namun puas la jugak jumpa dengan yang mana ada dalam bulan Syawal ni.

Semalam pulak jumpa dengan kawan2 yang pernah bertugas di salah sebuah bahagian kat office aku dulu. Hampir kesemuanya dah tak bertugas di situ kecuali sorang kawan aku je yang telah kembali ke bahagian tu sebab sebelum ni beliau dipinjamkan ke bahagian lain. Seronokla sempat gosip2 mengumpat2 waktu menikmati hidangan tengah hari sambil mengadap pasangan badminton beregu wanita yang akhirnya berjaya menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Indonesia tu.

Eh tapi dalam kesibukan tu sempat jugakla aku melayan wayang cite Bini-biniku Gangster. Tu pun berkejar2 ke Alamanda sebab aku balik lambat. Pecut punye pecut, sempatla masuk dalam panggung sebelum tayangan bermula. Tu pun kena dok seat yang depan. Terpaksala mendongak sikit. Apa nak buat, I kan busy mengalahkan Perdana Menteri.

Nak lagi best, bila aku balik dari tengok wayang tu, baru sedar aku parking kete tapi cermin tingkap bahagian driver aku tak tutup. Bukan buka sikit tau, aku buka habis sampai ke bawah. Berderau la jugak darah bila tengok. Nasib baik takde pencopet. Fuhhh...




Hari Sabtu aku turun ke Shah Alam. Sebabnya nak mencari jodoh. Eh salahhh... nak menonton Piala Sultan Selangor antara Selangor menentang Singapura. Tiket masuk dapat dari Kelab Selangor yang bagi kad jemputan dan complimentary tiket kat bos aku. Sempatla aku rembat 6 keping dan angkut geng ke sana. Bos aku pulak dah jadi serupa ulat tiket hari tu. Ramai benor yang mintak tiket dengan beliau. 50 keping yang diambil tu habis dalam masa tak sampai 5 minit.



Hari tu rasa lebih terhibur menonton perlawanan antara Veteren Selangor vs Veteren Singapura. Walaupun diorang dah tua2, badan masing2 dah lari tune dan stamina yang sangat terhad, tapi individual skill diorang masih tajam. Amy Search menjadi penghibur waktu rehat dengan mendendangkan lagu2 seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu dan Kerja Gila.