Dunia sukan meriah dalam hujung minggu ni dengan pelbagai peristiwa suka duka sepertimana yang disiarkan di media utama negara ini mahupun media antarabangsa. So, kita mulakan dengan cerita sedih la dulu supaya kita boleh bergembira di penghujungnya. Umpama pepatah, berakit2 ke hulu berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian.
Cerita sedihnya ialah mengenai pemergian Marco Simoncelli di Litar Sepang tatkala perlumbaan MotoGP memasuki pusingan kedua. Nampaknya pasni Litar Sepang akan dikenang sepertimana Litar Imola tatkala pelumba F1 Ayrton Senna menemui ajalnya ketika berlumba di San Marino Grand Prix.
Aku tau berita ni pun waktu melayari internet dalam pukul 4 lebih. Seminggu sebelum perlumbaan housemate aku ada bagitau beliau dapat tiket untuk menyaksikan MotoGP ni. Tapi memandangkan aku tak le berapa minat sangat sukan2 perlumbaan dan aku dah pernah merasai menonton F1 sebelum ni, jadi aku cakap aku taknak pegi. Maka tiket grandstand tu pun diberikan kepada orang lain.
Hari Jumaat malam pulak kawan aku yang lain call bagitau beliau dapat tiket juga untuk ke MotoGP ni dan ajak aku pegi jugak. Mungkin disebabkan takde benda nak buat di siang hari Ahad tu, tetiba aku terbersetuju pulak nak pegi. Tapi dah warning siap2 la aku kena balik awal sebab ada agenda lain petangnya. Hari Sabtu malam, beliau call bagitau tak dapat pergi kerana demam. Fuh lega di situ, tak payah pegi.
Takziah untuk keluarga Simoncelli.
Berita sedih yang kedua ialah dengan tertewasnya hero saya buat kali kedua berturut2 di tangan Chen Long. Semua orang mengharapkan beliau dapat membalas dendam terhadap kekalahan di terbuka Jepun yang lalu, namun malangnya beliau tumpas lagi. Saya doakan beliau dapat bangkit dalam France Open minggu ini dan melupakan apa yang telah berlaku. Saya juga berharap kekalahan beliau ini bukanlah disebabkan saya. Saya yakin dengan membalas mesej kepada saya di FB sewaktu di Denmark bukanlah punca kepada penurunan prestasi beliau.
Aku tak tengok pon perlawanan diorang ni. Dapat tau Dato' kalah pun menerusi SMS daripada mak aku jer. Huhuhuuu...
Musuh baru Dato' Lee Chong Wei. Cheng Long of China
Seterusnya kita masuk kepada berita kecewa pulak. Hari Khamis lepas YAB Perdana Menteri ada jemput rakan2 di FB dan Twitter beliau untuk menonton perlawanan antara Manchester United dan Manchester City bersama2 beliau di Seri Perdana. Aku ni takde keje, so saja le gatal2 tangan nak jugak daftar nama. Saja nak tengok ada luck ke takde. Dah la sebelum ni luck aku takde sebab nombor aku tak tersenarai dalam cabutan rumah PR1MA tu. Tahniah la kepada kawan aku yang tersenarai nombornya tu. Nanti boleh la aku gi lepak rumah ko yek.
Hari Jumaat petang aku dapat jawapan bahawa aku tak berjaya untuk menonton bersama2 dengan PM. So okla, tak dapat. Maka tak dapatlah aku nak menonton di Seri Perdana. Cehh nak jugak tu, padahal sah2 la malam tu aku dah ada plan yang lain. Nasib baik jugakla tak dapat. Kalau dapat, dah jenuh aku nak pikir mana satu nak pegi kan.
Tatkala terima SMS bagitau Manchester United tewas 6 - 1 daripada mak aku, maka aku bersyukur lah aku tak dapat menonton bersama2 PM. Kalau tak mesti frust sebab tengok Manchester United kalah depan mata. Walaupun aku bukanlah penyokong tegar dan fanatik, tapi kalau kalah mestila kecewa kan. Seronok betul mak aku dapat gelakkan aku huh.
Harap2 PM tak seriklah ajak orang ramai menonton bola bersama2 beliau lagi lepas ni. Maklumlah dah 2 kali beliau menonton beramai2 dan kedua2nya pasukan favourite beliau tewas.
Pesanan untuk Ramli yang sedang bermain di Manchester United, sila jangan makan Mr. Potato banyak2, kang kalah lagi. Jangan hampakan ayah ko yer Ramli, ko kan nak buat ayah ko bangga. Pasni, jangan biarkan jiran sebelah score 6 gol lagi ok.
Sekarang kita masuk cerita gembira pulak. Dimulakan dengan kegembiraan pasukan Terengganu berjaya melangkah ke pertandingan akhir Piala Malaysia mengalahkan Selangor. Malam tu menonton kat rumah kitorang tak tukar2 siaran pun, memang dari mula sampai habis mengadap Ninja Turtles vs Red Giants je. Cuma sempat tengok Negeri Sembilan vs T-Team 10 minit sahaja iaitu 5 minit terakhir bagi kedua2 separuh masa. Sebabnya game di Kuala Terengganu tamat lebih awal, so sempatla tengok game di Paroi.
Kali ni blok rumah aku takde bergegar plak macam separuh akhir pertama hari Selasa lepas. Setiap kali gol je memang bergegar dengan hentakan dan teriakan daripada jiran2 di bawah. Sampaikan kitorang pon jadi kelam kabut menukar channel tv tiap kali dengar diorang jerit.
Final hari Sabtu ni di Stadium Shah Alam, kawan aku ada jugak tanya sama ada nak pergi ke tidak. Ikut hati memang aku malas nak pergi sebab ni game melibatkan pasukan negeri. Lagipun kat Shah Alam plak tu. Kalau kat Bukit Jalil dekat la sikit, boleh naik LRT je. Tapi bila kawan aku bagi cadangan supaya kitorang pergi pakai jersi warna yang berbeza iaitu aku jersi Terengganu dan beliau jersi Negeri Sembilan, rasa macam menarik plak idea tu.
Dua2 pakai jersi berlainan tapi tengok bola duduk sebelah2. Time Terengganu score aku lompat2 sorak2, manakala time Negeri Sembilan bagi beliau plak sorak2. Tapiiii... masalahnya kitorang nak dok kat area penyokong mana? Kalo dok area penyokong Terengganu, kang kawan aku pulak sesat sorang pakai baju kuning. Kalau dok area Negeri Sembilan sah2 aku sorang je pakai baju putih. Haaa tak ke naya tu?
Berita gembira seterusnya ialah dalam arena hoki kebangsaan. Hasrat yang terpendam sejak bulan Mac lalu akhirnya menjadi kenyataan iaitu menonton perlawanan akhir Piala TNB. Lepas je Maghrib terus pecut ke Bukit Jalil sebab acara akan bermula jam 8.00 malam. Sampai2 je kat sana ngam2 acara baru nak bermula. Nampak je lampu stadium dah start berdebar hahaahahah. Badi debaran minggu lepas tak hilang lagi.
Masuk dalam stadium terus duduk kat area penyokong KLHC. Sebelum tu siap tengok dulu belah mana yang ada kamera tv, supaya senang muka nak masuk dalam siaran langsung yang ditayangkan di Astro Arena tu hehehehe... keji.
Penyokong KLHC mostly budak2 sekolah yang siap berclapper, berkompang dan juga hon yang membingitkan telinga. Penyokong TNB berbaju merah di sebelah kitorang rasanya mesti pekerja2 TNB kot sebab ramai orang dewasa kat situ. Geng KLHC berkompang dengan rentak Melayu manakala geng TNB bergendang rentak irama Banghra. Meriah.
Barisan kesebelasan utama KLHC
Separuh masa pertama TNB mendahului dengan 2 - 0, memang aku dah stress dah bila masuk separuh masa kedua. Mana taknya, sepanjang aku dok layan Liga TNB dan Piala TNB sejak musim lalu, memang jauh beza corak yang dimainkan oleh para pemain KLHC malam ni. Nampak kelam kelibut dan kucar kacir je. Time ni kitorang terpaksalah dok senyap je bagi chance geng2 TNB dok berjoget riang. Sentap mak tengok nyahhh!!!
Minit ke 59 berjaya masuk sebijik, terus rasa kurang debar. Masuk gol kedua dah rasa lega terus sebab peluang dah jadi 50 - 50. Tatkala Razie Rahim menyumbat gol ketiga di minit terakhir, geng TNB dah senyap sunyi dan terus balik. Heheheeh...nasib baik menang, kalau kalah konpem aku tido tak lena malam ni.
Habis je game kitorang pun masuk le ke padang nak merasa karpet padang hoki. Pastu hape lagik, terus sesi fotografi la dengan player. Akhirnya dapat jugak aku bergambar dengan pemain favourite aku sejak Sukan Asia tahun lepas iaitu Tengku Ahmad Tajuddin. Nak lagi best waktu nak bergambar tu dia boleh cakap kat aku, "sorry ye adik, baju basah sikit". Terus lidah mak kelu membisu seribu bahasa. Mau tak kelu, beliau yang 7 tahun lebih muda dari aku panggil aku adik. Huahauaauauau rasa nak lompat jer. Bukan takat player je, dengan mock cheque dan piala pun sempat aku bergambar heheeheh.
Para pemain TNB yang kecewa sedang menunggu acara penyampaian hadiah
Sambil2 bergambar dan merewang kat tengah2 padang menunggu upacara penyampaian hadiah, mata tetap meliar tengok kamera okeh. Bazly Azmi pun berkeliaran je keliling kitorang sambil mewawancara para pemain. Malam ni nak kena balik tengok siaran ulangan. Mana tau kot2 hujung kasut aku masuk tv lagi macam minggu lepas waktu tengok badminton di Bukit Kiara.
Saya Bazly Azmi melaporkan untuk Nadi Arena
Padang hoki memang disirami dengan air untuk membasahkan karpet sebelum acara bermula. Tapi lepas game tamat pun budak2 kecik ahli keluarga player dok main curah2 air dalam botol. Sempat jugakla membasahkan seluar kitorang. Dah macam pesta Songkhran la pulok. Meriah...
Hadiah yang diminangi oleh pemain KLHC. Hadiah Man of the Match kat tengah tu milik pengantin baru, Azlan Misron