"Haaa den dah koba". Itulah antara ayat pertama yang aku terima bila sampai office tadi. Gembira sungguh rakan2 dari Nogori kerana memenangi Piala Malaysia 2011. Tahniah kepada para pemain dan juga seluruh rakyat Negeri Sembilan.
Mak aku SMS tanya pasukan mana yang aku sokong. Bila dah tau aku sokong geng Penyu, mak aku pun terus slow je, sebab aku, abah dan adik ketiga2 sokong Terengganu, kecuali beliau yang sokong Negeri Sembilan. Sebab ada kembar katanya. Hoiiii.. mak aku ni sokong bola ke sokong pemain hensem?
Bila wisel ditiupkan, seperti dijangka, dapatlah SMS kena gelak dengan mak aku huhuhuuu. Kawan2 dari Terengganu yang pergi ke stadium pon hantar SMS kecewa kerana tewas. Takpelah, kalah menang tu adat pertandingan lah kan. Tahun depan cuba lagi.
Hajat Manaf Mamat nak hadiahkan Piala Malaysia untuk arwah ayah beliau tak kesampaian. Hajat Ashaari Samsuddin nak hadiahkan kemenangan sempena hari jadi isteri beliau pun musnah. Tapi tahniahla juga kepada pemain kegemaran aku ni, sebab berjaya menjaringkan gol.
Perasan tak ketiga2 gol malam tu kesemuanya dijaringkan oleh pemain Terengganu? Ashaari, Hai-O dan juga Sharbinee... opppsss. Semoga kesemua rakyat Terengganu dan juga penyokong Terengganu dapat memaafkan Sharbinee sempena Aidiladha yang akan muncul minggu depan. Kesian beliau.
Seterusnya, hero saya berjaya bangkit dari 2 kekalahan berturut2 di final sebelum ni. Hajat Chen Long nak buat hatrik tidak kesampaian. Akhirnya kejuaraan French Open jadi milik Dato' setelah mengalahkan Ultraman Tago. Tahniah Dato'. (aku tak hantar mesej kat beliau, terus menang. errrr adakah aku bersalah sebelum ni?) heheeheh
Semalam aku turun ke Stadium Shah Alam, sehari selepas berakhirnya Piala Malaysia untuk menonton perlawanan adik2 saya Malaysia B23 menentang Laos B23 sempena persediaan untuk menghadapi Sukan Sea minggu depan. Tak plan pun nak pergi, last minute je kawan aku ajak pergi sana.
Memandangkan semalam adalah hari Ahad iaitu hari cuti, kawasan stadium sangatlah menyedihkan. Sampah sarap yang dibuang oleh penonton pada perlawanan akhir bersepah sana sini. Menambahkan buruk lagi pandangan adalah kerana hari hujan. Lagilah menyakitkan mata. Konpem malu kalau pelancong tengok. Tapi apa nak buat, orang Malaysia ni kebanyakannya masih lagi tiada kesedaran sivik dan juga tiada otak.
Penonton ramai yang datang, hampir penuh separuh stadium. Mungkin sebab masuk adalah percuma kot, tu yang ramai tu. Elok duduk je kat kerusi, tup2 kat depan kitorang ternampak satu wajah yang agak dikenali. Bila direnung betul2, memang tidak salah lagi. Wajah itu ialah...
Kenal tak siapa yang berbaju pink itu? Kalau nak amik gambar depan2 kang kantoi pulak, so terpaksalah tunggu beliau pusing ke kiri/kanan untuk curi2 amik gambar heehhe.
Ni pulak gambar beliau sedang berdiri untuk melambai kepada sang jejaka kekasih hati beliau yang berbaju hijau tu. Waktu ni player baru habis warm up. Sorry tak nampak pulak muka jejaka berbaju hijau tu. Tapi kalau dalam pasukan, sah2 beliau sorang je berbaju lain dari pemain yang lain. Agak2 siapa yang bajunya warna lain dari orang lain?
Siapa lagi, mestilah goalkeeper kan. Dan siapa lagi goalkeeper yang popular di Malaysia sekarang ni? Dah tentu lah bukan Sharbinee Allawee, beliau dah terlebih umur untuk main dengan pasukan Sukan Sea. Kalau sebut Izham Tarmizi ataupun Zamir Selamat, sah2la aku pun tak kenal siapa awek diorang.
So, yang di depan aku semalam tak lain dan tak bukan si Dahlia Teck, awek kepada Apex yang menjadi kontroversi panas beberapa bulan lepas. Kecik je orangnya, tinggi sikit dalam seinci atau dua daripada aku. Sempat lagi aku ukur ketinggian waktu beliau berdiri sebelah aku ketika kitorang semua naik ke atas waktu hujan lebat tu.
Separuh masa pertama. Baddrol Bakhtiar, Muslim, Syahrul Azwari, Gurusamy, Fakri, Irfan Fazail
Ultras Malaya
Separuh masa pertama tu Laos score dulu walaupun Malaysia lebih banyak shot on target. Semua orang tension je. Yelah, bayangkan kalau kalah dengan Laos, tak ke malu besor? Dah le pemain2 Laos semua ala2 macam budak sekolah menengah je muka dan saiz diorang. Masuk separuh masa kedua barulah 4 biji gol dari Malaysia yang dijaringkan oleh Fandi Othman, adik saya Syahrul Azwari 2 biji dan juga Thamil Arasu. Time ni cuaca dah gelap dan diikuti oleh hujan lebat. So kitorang kat stadium tu semua tak nampak siapa yang jaringkan gol.
Minit ke 87 permainan dihentikan akibat hujan lebat. Lawak gile tengok diorang main dalam hujan sebab bola jatuh gedebuk terus tak gerak. Banyak la jugak pemain yang slide atas padang yang licin tu. Lagi lawak bila pakat sepak bola tak kena, sepak air je lebih. Game dah jadi pertunjukan komedi plak kat padang yang airnya telah bertakung macam sawah padi tu.
Para pemain mengucapkan terima kasih kepada geng Ultras yang tak henti2 menyokong dan langsung tidak berganjak walaupun dalam hujan lebat.
Geng Ultras menari2 dan menyanyikan lagu2 yang menyuarakan kemarahan dan ketidakpuasan hati mereka kepada FAM setelah tamat perlawanan. Sekali tengok dah macam Tarian Kecak di Bali plak aksi diorang ni, sampai bergegar2 lantai stadium.
Moral of the story daripada ketiga2 pertandingan di atas ialah kita tidak boleh berputus asa dalam apa jua situasi. Mental kena kuat walaupun nampak macam tak ada harapan dan hampir tewas. Dengan semangat jitu, membara dan tidak mudah mengalah, Insyaallah kejayaan pasti mengiringi. Pahit Akan Manis Akhirnya bak lagu kumpulan Ukays.