Semenjak dua menjak tiga menjak lepas raya ni rasa macam sibuk plak hidup aku nih. Keje hakiki kat office takdela sibuk sangat, tapi keje2 sampingan yang jadikan aku sedikit sibuk daripada biasa.
Disebabkan letih waktu di office yang adakalanya balik lambat, malah ada 2 - 3 hari aku balik malam, terus aku jadi malas nak ke mana2 di hari cuti. Rasa macam nak tido je takmo bangun2 selama 2 hari. Minggu ni dengan minggu depan bos aku takde, so merasalah diri umpama tikus yang dapat berjoget riang tatkala kucing tiada kan. Dah le sebelum ni dok kelam kabut dan kalut buat persediaan untuk sesi audit 5S, tup2 esoknya nak berlangsung audit, hari ni dapat emel mengatakan audit tu ditangguhkan. Fuhhh memang stress makkk. Kalau tak, minggu ni dah boleh horei2 melompat2 bahkan kalo nak sepahkan balik office pon dah boleh dah. Apakan daya, semuanya belum berakhir. Tapi mood nak kemas dan buat 5S tu dah takde langsung dah.
Kemalasan/kepenatan ni ketara sampaikan aku langsung tak pergi mana2 open house jemputan kawan2 pun pada tahun ni. Sampai kena maki le huhauahauauau. Bukan takat open house kawan2 rapat dan kawan2 yang tiap2 tahun tak penah ketinggalan aku pegi open house je, malah jemputan open house daripada 2 orang selebriti tv tanah air pon aku tak pegi. Yang sorang tu selebriti tv tersohor dalam bidang sukan berpangkat datuk lagi. Kalau aku pegi konpem kawan aku tu nanges sebab sah2 aku akan bergambar dengan idola beliau huahauauua.
Cumanya yang aku sempat pergi pon satu je open house iaitu rumah wartawan New Straits Times je. Tu pon tanpa dirancang sebab kebetulan aku pergi merayap di KL dan terus singgah makan di rumah beliau. Itu pun sebab takda pilihan kan, aku ikot je kawan aku yang drive ke sana. Oleh itu, kawan2 yang jemput aku gi open house tahun ni sila jangan kecik hati ye sebab memang semua rumah aku tak pegi. Tahun depan jangan serik jemput lagi ok.
Dalam tempoh sebulan ni aku dapat jugakla curi2 masa pergi sesi perjumpaan dengan kawan2 yang pernah kerja satu bahagian dan satu office dengan aku suatu ketika dulu. Yang pertama kat Taman Warisan Pertanian dengan kawan2 yang dah bertukar dari office aku. Walaupun tak dapat jumpa sebahagian besar daripadanya akibat daripada short notice, namun puas la jugak jumpa dengan yang mana ada dalam bulan Syawal ni.
Semalam pulak jumpa dengan kawan2 yang pernah bertugas di salah sebuah bahagian kat office aku dulu. Hampir kesemuanya dah tak bertugas di situ kecuali sorang kawan aku je yang telah kembali ke bahagian tu sebab sebelum ni beliau dipinjamkan ke bahagian lain. Seronokla sempat gosip2 mengumpat2 waktu menikmati hidangan tengah hari sambil mengadap pasangan badminton beregu wanita yang akhirnya berjaya menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Indonesia tu.
Eh tapi dalam kesibukan tu sempat jugakla aku melayan wayang cite Bini-biniku Gangster. Tu pun berkejar2 ke Alamanda sebab aku balik lambat. Pecut punye pecut, sempatla masuk dalam panggung sebelum tayangan bermula. Tu pun kena dok seat yang depan. Terpaksala mendongak sikit. Apa nak buat, I kan busy mengalahkan Perdana Menteri.
Nak lagi best, bila aku balik dari tengok wayang tu, baru sedar aku parking kete tapi cermin tingkap bahagian driver aku tak tutup. Bukan buka sikit tau, aku buka habis sampai ke bawah. Berderau la jugak darah bila tengok. Nasib baik takde pencopet. Fuhhh...
Hari Sabtu aku turun ke Shah Alam. Sebabnya nak mencari jodoh. Eh salahhh... nak menonton Piala Sultan Selangor antara Selangor menentang Singapura. Tiket masuk dapat dari Kelab Selangor yang bagi kad jemputan dan complimentary tiket kat bos aku. Sempatla aku rembat 6 keping dan angkut geng ke sana. Bos aku pulak dah jadi serupa ulat tiket hari tu. Ramai benor yang mintak tiket dengan beliau. 50 keping yang diambil tu habis dalam masa tak sampai 5 minit.
Hari tu rasa lebih terhibur menonton perlawanan antara Veteren Selangor vs Veteren Singapura. Walaupun diorang dah tua2, badan masing2 dah lari tune dan stamina yang sangat terhad, tapi individual skill diorang masih tajam. Amy Search menjadi penghibur waktu rehat dengan mendendangkan lagu2 seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu dan Kerja Gila.