Sunday, September 18, 2011

Paris - Day 1

Selepas minum di Starbucks berhampiran St. Micheal metro station, kawan aku hantar kitorang ke Musee du Lourve, muzium terpopular di dunia yang menempatkan karya agung Mona Lisa. Beliau seterusnya pergi ke office. Beg baju kitorang tinggal dalam kereta sebab waktu sembahyang Jumaat nanti husband kawan aku akan hantar beg kitorang ke rumah kawan lagi sorang yang aku tumpang rumah tu.

Muzium tu kat bawah tanah tu. Yang berbentuk 3 segi tu adalah tangga menuju ke muzium di bawah. Kalau masuk menikmati semua bahan yang dipamerkan, mungkin ambik masa satu hari kot baru habis jelajah.


Berpandukan peta, kitorang jalan kaki untuk menuju ke salah satu bangunan popular di Paris ni iaitu Notre Dame. Sempat lagi on the way tengah berjalan tu berhenti makan kebab kat kedai di tepi jalan.



Manusia boleh tahan ramai ya amat pagi2 nih. Ramai pelancongle tu. Feeling2 dalam filem The Hunchback of Notre Dame la konon. Gereja ni memang besar. Dalam dia gelap dan suram. Kira macam suasana biasalah dalam mana2 gereja pon, dipenuhi oleh cahaya lilin jer. Amik gambar pon tak berapa nampak. Kiranya kalau sorang2 kat dalam ni konpem terbayangkan drakula datang buat lovebite kat leher huhuuuu. Ada sekumpulan koir gereja tengah buat latihan waktu kitorang masuk tu.

Puas melawat Notre Dame, kitorang jalan kaki patah balik ke area de Louvre untuk ke tempat2 lain yang berada di sekitarnya. Sepanjang jalan ni, ramai betul kanak2 dan remaja yang mintak autograph. Pergkhhh terus feeling2 artis Hollywood yang dikejar peminat. Tapi kitorang tak layan uols. Yelah, nama pon superstar, apa kelas layan peminat di tepi jalan huhauauua. Eh... tak. Cite sebenornye, diorang tu bawak macam borang la, untuk kita sign. Tapi bukan sign je okeh, kena bagi duit (derma) sekali. Diorang tu konon2nya kanak2 dari UNICEF. Mostly nampak macam dari India/Pakistan/Bangladesh/Sri Lanka je muka diorang ni.

Sempat juga kitorang lepak kat taman, sambil tengok acara marathon mengelilingi taman yang luas tu. Peserta dari yang muda hingga ke yang tua, laki pompuan semua ada. Rajin diorang ni lari dalam panas terik. Panas terik tu suasana/cahaya matahari je, tapi suhu sejuk + berangin.

Kat satu jambatan berhadapan dengan sebuah bangunan (tak tau nama bangunan tu) nampak ada banyak mangga yang dikunci di sepanjang jambatan tu. Ni mesi dari pasangan2 kekasih la ni. Kata kota romantis kan. Sama macam yang terdapat di N Seoul Tower Korea. Tapi masih baru lagi la. Takde la sebanyak kat Seoul tu.

Jalan2 menikmati pemandangan di sekitar Paris sehinggalah sampai di kawasan terkenal untuk para pembeli belah iaitu Champs Elysees. Oh ye, kitorang lalu je, takdela masuk pon ke pasaraya mahupun butik2 yang ada kat situ. Ada le satu pasaraya high class tu, konon2 masuk nak cari toilet. Nampak je papan tanda EUR2 untuk sekali masuk toilet, terus rasa nak terkencing hilang serta merta huahuauau.

Tengok dan amik gambar sajalah yang aku mampu.

Seterusnya berjumpa dengan salah satu monumen popular di Paris. Arc de Triumphe. Gigih ok, berdiri kat tengah2 jalan semata2 nak dapatkan pose yang terbaik sebab monumen ni terletak di sebuah bulatan yang besar. So, kena tunggu traffic light merah la, baru lah takde kereta yang melindungi pemandangan.


Dari Arc de Triomphe ni keterujaan makin bertambah. Sebabnya nak menuju ke destinasi kemuncak iaitu besi karat yang popular di dunia iaitu Eiffel Tower. Kaki yang dah lenguh + sakit di tumit akibat banyak berjalan mengelilingi Paris dari pagi hari ni tetap diheret semata2 nak sampai ke sana. Motivasi untuk sampai makin bertambah bila ternampak sayup2 je menara ni dari kejauhan. Perjalanan diiringi dengan hujan renyai.

Kitorang tempah tiket untuk naik ke puncak pada jam 5.30 petang. Memandangkan hari masih awal, kitorang berlegar2 mengambil gambar di kawasan sekitar yang dikerumuni pengunjung. Nak gambar guling2 kat taman berlatarbelakangkan Eiffel Tower adalah gagal kerana rumput basah. Sambil berehat dapatla melegakan lenguh2 di kaki.

Tiba jam 5.30, impian untuk menaiki Eiffel Tower menjelma diiringi 2 orang brader hensem. Ehhh... Brader ke? Rasanya anak ikan je kot. Hujan dah berhenti, maka dapatlah menikmati pemandangan seluruh bumi Paris ni dari ketinggian 896 kaki (top floor). Turun ke 2nd floor, adalah pemandangan secara open air bebanding dari top floor. Namun angin yang begitu kuat membawa kesejukan terlampau menyebabkan kitorang tak bersiar lama2 kat 2nd floor nih. Tak tahannn...

Puas bergambar dan menikmati keindahan Eiffel Tower dan ditambah pula dengan kepenatan, kitorang berjalan kaki untuk ke rumah kawan aku yang terletak berhampiran Victor Hugo metro station.

Jalan punye jalan, tibalah tempat yang dituju. Namun cari punya cari lorong + bangunan kediaman kawan aku tu tak dapat dikesan. Dah macam2 orang tanya, tapi tak jumpa jugak. Nak tanya orang pun bukan boleh main serbu je, sebab sebahagian besarnya pon pelancong jugak. So, kena tengok orang yang pakai baju kerja yang sedang pulang dari tempat kerja. Tu pun ada jugak yang tak tau. Tapi ada jugak yang tak boleh berbahasa Inggeris, menerangkan dalam bahasa Perancis. Kiranya main ikut arah tangan dia jugakla. Rumours mengatakan orang2 di Perancis ni tak layan kalau kita cakap Inggeris dengan diorang takde pulak terjadi dengan kitorang. Alhamdulillah, semuanya layan elok je.

Cari punye cari haram tak jumpa jugak walaupun kawan aku dah siap bagitau beberapa petunjuk untuk ke rumah beliau. Bangunan kat situ ala2 terletak mengikut lorong yang macam bulatan besar la jugak. Dah berapa kali kitorang tawaf area bulatan tu pun tak tau lah, tapi tak berjaya. Last2 cari public phone lah, nak call kawan aku. Tup2 public phone kat situ pakai kad, memang tak boleh call lah. Then aku sms kawan aku, tapi haram tak berbalas. Lama2 kitorang duduk je lah kat kerusi tepi kedai. Dah letih nak jalan pusing2.

Sms kat kawan lagi sorang, minta dia bagitau kawan aku tempat kitorang tunggu. So, duduk lepak kat kerusi di situ sambil mata meliar je memandang kelibat lelaki2 yang berjalan secara solo di kawasan sekitar itu dengan harapan salah seorang daripada lelaki2 itu adalah kawan aku. Lama jugakla lepak, barulah akhirnya hero Malaya yang ditunggu2 tiba. Fuh legaaa.

Rupa2nya SMS yang aku hantar sebelum ni tak dapat sebab aku tak letak tanda "+". Beliau datang ke area situ pun ikut gerak hati je sebab macam pelik kenapa aku tak sampai2 lagi sedangkan jam dah pukul 8 lebih. Tapi kali ni kerisauan beliau tidaklah setinggi kerisauan waktu aku ke Phnom Penh dulu. Masih tergambar lagi bagaimana pucatnya muka beliau menunggu aku di hotel tak sampai2 lagi sebab aku pegi merayap sampai ke malam. Sebabnya dulu aku melancong ke sana dan berjalan2 secara solo berbanding kali ni secara berduet.

Sampai kat rumah masing2 memang melepek habis la. Lepas mandi, dapat jumpa nasi terus segar. Cumanya kaki rasa masih penatla. Kawan aku yang lagi sorang sms tanya sama ada kitorang nak keluar merayap malam ni. Beliau bercadang nak datang ambil kitorang dan bawa pusing2 menikmati Paris di waktu malam. Tapi aku dah surrender dah. Terpaksa minta beliau datang ambil malam esok je sebab dah tak terdaya kaki nak melangkah.