Wednesday, September 7, 2011

Makan Bola, Tido Bola, Minum Je Bukan Coca Cola

Semalam saingan Piala Malaysia dengan rasminya telah pun bermula. Piala yang menjadi rebutan dalam pertandingan bola sepak di Malaysia. Kiranya piala yang paling tinggi nilainya berbanding piala2 lain seperti Piala FA, Piala Liga Super, Piala Sumbangsih bla bla bla. Yelah, dah nama pun pertandingan yang paling tua di Malaysia, harusla feeling tu lain sikit kalo dapat menang piala ni.

So, dengan bermulanya Piala Malaysia ni, aku pun nak mewar-warkan pasukan yang aku sokong untuk tahun ni. Tak pedulilah kalau korang taknak tau pun, aku nak bagitau jugak. Pilihan pasukan untuk saya sokong tahun ni ada 2. Kenapa dua? Suka hati aku lah heheheeh.

Satu tu sokong sebab semangat kenegerian yang tinggi dalam diri. Walaupun pasukan negeri aku kurang hebat akhir2 ni berbanding dulu yang dua tahun berturut2 dapat tapau bersih ketiga2 Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Liga Super, tetap juga aku menyokong tanpa berbelah bagi. Takkan lah korang tak tau negeri mana yang dapat trebel dua tahun berturut2 kan? Haruslah negeri Kedah Jelapang Padi. Negeri kau adeee??? Harap2 kenari mampu terbang tinggi lah tahun ni, bak lirik lagu tema bola sepak negeri Kedah, Biar Jasa Jadi Kenangan "Kedah, Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah. Bangun lantas semula gagah bujur lalu melintang patah."

Pemain pilihan aku dalam pasukan Kedah, tak lain tak bukan mestilah orang Sungai Petani, kampung sendiri kan. Beliau ialah Baddrol Bakhtiar.


Pasukan kedua yang aku sokong ialah Terengganu. Kenapa Terengganu? Oh bukan sebab negeri mertua aku. Tak... salah tu. Kalau itu sebabnya mestilah aku sokong pasukan Kenyalang kan, bukannya Penyu yang menangis tak sudah2 tu heheheh. Errr by the way, ngape penyu menangis ha? Adakah sebab telurnya diambil orang ataupun sebab beliau malu kerana sering diskodeng sewaktu bertelur?


Haa kenapa aku sokong Terengganu? Entah, aku sendiri pon tak ada jawapan yang pasti. Nak kata ramai pemain Terengganu yang hensem tak jugak, takde pun. Mungkin sebab Terenganu memberi persaingan yang agak hebat jugakla kot dalam setahun dua ni.

Pemain pilihan pasukan ni, mestilah pemain kebangsaan yang agak pemalu ni. Tapi dalam padang tidakla beliau malu2 nak sepak dan rampas bola. Tidak lain tidak bukan, Ashaari Samsudin



Waktu cuti raya hari tu puas jugakla tengok bola. Sebabnya dapat menonton dua pasukan antarabangsa yang aku minat. Dan yang bestnya, kedua2nya menang dengan jaringan yang besar. Puas hati la kan dapat tengok bola masuk banyak kali dan berjaga sampai ke pagi pun tak terasa rugi.

Pertama dapat tengok pasukan kegemaran, Setan Merah lawan geng Meriam. Best gila sebab meriam tak mampu menembak hari tu. Mungkin meriam takde mood sebab sana sini dok pong pang pong pang bunyi mercun nak raya kan. Cemanalah setan2 tu bleh terlepas dan mengamuk sakan, padahal puasa tak habis lagi time tu heheheheh. Makanya hari tu mak, bapak dan adik aku yang ketiga2nya penyokong pasukan Merah tak dapatla nak mengutuk aku kan.

Tapi yang paling best dan paling aku nanti2kan dah tentulah bila perlawanan Kelayakan Euro 2012 yang melibatkan pasukan anak ikan, adik dan abang angkat saya, Germany menentang Austria. Kebetulan awal malam tu aku pi lepak2 kat Big Apple minum kopi, memang semangatlah tak tido malam.

Dan sekali lagi penantian malam ni tak sia2 sebab anak ikan dan abang angkat saya menjaringkan gol. Tak lupa juga kepada adik angkat saya yang banyak assist goal. Memang gandingan yang mantap dan dah lama saya rindui untuk menontonnya. Lambatnya nak tunggu tahun depan, nak tengok diorang lagi di Poland dan Ukraine huhuuuu.


Anak ikan saya dan ibu beliau. Kalau tengok muka makcik ni, takde gaya pun seorang mak mentua yang cerewet kan? Dan lagi beliau tak kisah pun dapat menantu yang lebih tua dari anaknya heeheheh... ***cari borang nak hantar pencalonan***

p/s: orang raya sibuk makan ketupat dan lemang, kau sibuk makan bola tido bola.