Monday, September 5, 2011

Ramadhan 1432H

Tahun ni Ramadhan disambut seperti biasa je. Takde yang luar biasa pun. Cumanya hari keempat orang berpuasa barulah aku nak start puasa. So, feeling2 semangat berpuasa tu tak terasa la sebab hari pertama puasa berlalu begitu saja.

Walau bagaimanapun buka puasa tahun ni meriah kerana ramai yang menaja aku berbuka puasa. Wahaahah feeling2 artis plak taja-taja nih. Nak jugekkk katanya. Peduliklah. So, di kesempatan ini saya ucapkan ribuan terima kasih la kepada mereka yang berkenaan yang sudi menaja saya berbuka puasa. Tak kiralah western food ke, Chinese food ke, Thai food mahupun makanan tradisi Melayu. Semoga anda semua dimurahkan rezeki.

Tempat tumpuan untuk aku mencari juadah berbuka puasa tahun ni macam biasalah. Sekitar Putrajaya ni je lah. Tak rajin aku nak pi cari makanan sampai ke Serdang mahupun Bangi nun walaupun kat sana pasar Ramadhannya besar. Pasar Ramadhan Putrajaya pun aku hanya pegi pada hari terakhir sebelum balik ke kampung. Tu pun pasal aku pegi pasar malam cari barang. Kalau tak memang tak jejak kaki le ke sana.

Minggu pertama hari2 aku gi terjah ke foodcourt Presint 8. Minggu kedua tukar tempat pulak. Aku gi cari makanan kat area depan Flat Hijau tu diikuti dengan minggu ketiga di Seri Teja. Minggu keempat kira caca merba lah. Aku tukar2 tempat. Berbuka kat luar 9 kali je tahun ni. Selebihnya di rumah sambil mengadap tv.

Tahun ni pun aku rajin bangun dan bersahur berbanding tahun2 lepas. Tapi aku sahur pukul 1 atau 2 pagi lah. Kemudian aku sambung tido balik dan bangun semula jam 4.30 atau 5 pagi untuk minum air. Ikut la. Kadang2 air kosong, kadang2 dengan kurma je. Kadang2 minum kat dapur, kadang2 kat ruang tamu dan selebihnya minum sambil tutup mata di katil.

Penutup puasa pun takde feeling sebab aku dah berhari raya awal 3 hari dari orang lain. So, nak sambut raya pun tak rasa excited sebab dah awal2 lagi anak bulan aku dah muncul huhuuuu. Kesimpulannya awal dan penutup puasa tahun ni tak best. Tengah2 je best.