Thursday, April 28, 2011

Suspens

Hari ni terima panggilan telefon dari seseorang. Membawa khabar yang bercampur baur antara gembira, terkejut, sedih, tak suka dan lain2 lagi. Tapi keputusan kepada perkhabaran itu masih tergantung lagi setakat ni. Katanya nak bagitau keputusan hari ni, tapi sampai ke petang keputusan belum keluar lagi secara hitam putih. So, jawabnya aku kena tunggu esok.

Sementara nak tunggu esok tu rasa stress pulak. Harap2 bila esok tiba keputusan tu akan berubah seperti sediakala. Sempat lagi kot aku nak balik sembahyang hajat malam ni. Nak doa2 supaya khabar yang dibawakan itu tak jadi.

Hanya satu pintaku di siang dan malam... baik-baik sayanggg...

Wednesday, April 27, 2011

Gatal Tangan

Ni bukan gatal tangan sebab nak dapat duit atau nak keluar duit. Tapi gatal tangan nak lempang orang. Serius, rasa nak lempang2 je orang (walaupun sebenornye aku tak berani. Hatta nak marah orang2 tu pun aku tak berani).


Semalam aku sampai kat rumah dalam jam 6.30 petang. Pukul 7 petang housemate aku pulak balik. Dia tanya aku sama ada waktu aku balik rumah ada apa2 benda pelik kat depan lif level kitorang tu. Memang takde la, keadaan macam biasa je. Katanya bila dia keluar dari lif je ternampak fire extinguisher betul2 kat depan pintu, tengah2 antara 2 buah lif tu. Pastu pulak debu2 karbon dioksida dari fire extinguisher tu penuh kat atas lantai.

Tak dapat membayangkan apa yang dicakapkannya, kitorang pun keluarla pi tengok. Giler, lantai kat depan lif hingga ke lorong rumah aku tu dah umpama Gurun Sahara ok. Langsung tak nampak lantai, penuh serbuk memutih di segenap ruang. Kebetulan waktu kitorang keluar tu plak angin bertiup. Sebijik macam kat gurun. Memang celakalah tangan siapa yang gatal dok pi main menda tu. Padahal benda tu dok elok2 senyap kat tempat yang sepatutnya tak kacau orang pon.





Kitorang yakin dan pasti ni takde keje orang lain lagi dah. Ni semua keje 3-4 orang budak2 remaja kat blok aku lah tu yang suka menjadikan level kitorang sebagai port aktiviti terkutuk diorang. Kalau kau nak lepak2 nak nyanyi2 nak buat apa2 pun buatlah, kitorang takde pernah nak halang pun. Tapi masalahnya kau suka buat kotor dan buat sampah kat level tu. Dan masalah lagi, kitorang dan budak2 kat level tu tak berani nak tegur.


Minggu lepas balik2 rumah tengok dinding kat situ habis penuh cat. Cat yang sembur tu. Tapi nak kata apa, setakat boleh tengok je lah kerosakan yang dilakukan. Waktu bila diorang beroperasi pun tak tau. Mujurlah kebetulan waktu diorang tengah buat aktiviti cat tu di malam berikutnya adik kepada jiran depan rumah aku datang. Sempat la dia sound bebudak tu. Siap panggil ketua blok lagi. Tu pun tak serik2 jugak. Ishhh anak sapalah ni. Kalau ikut rasa hati, nak je aku humban diorang jatuh dari tingkat 13 tu. Biar mati dalam keadaan hina. Dah le hidup pun menyusahkan orang, memang layak je mati gitu.










Tuesday, April 26, 2011

Mimpi Yang Tak Sudah

Di dalam jaga ku tercari2

Di dalam tidur termimpi2


Mimpikan menatang ni. Huhuhuuu...

Monday, April 25, 2011

Kenapa???

Kenapa dalam dunia ni ada orang jahat?

Kenapa dalam dunia ni ada orang tak bertamadun?

Kenapa dalam dunia ni ada orang yang suka mengambil kesempatan?

Kenapa dalam dunia ni ada orang yang suka menyusahkan orang lain?

Kenapa dalam dunia ni ada orang yang tak reti guna otak?

Kenapa dalam dunia ni ada orang yang pemalas? Tapi menyusahkan orang lain dia tak malas pulak?

Dan last sekali...

Kenapa dalam dunia ni ada orang yang berperangai macam syaitan?

Kenapa? Kenapa? Kenapa???

p/s: kenapa tetiba aku rasa macam nak bunuh orang? adakah aku jugak tak bertamadun?

Friday, April 22, 2011

Minggu Bersama Setiausaha

Minggu pertama bulan April adalah Minggu Setiausaha. Tapi biasanya tiap2 tahun kalau ada show2 Minggu Setiausaha oleh mana2 artis, tak semestinya setiausaha/bos je yang pegi, yang bukan setiausaha/bos pon pegi gak meraikannya. Atau dalam erti kata lain, gi mengadap artis yang sebenornye.



Tahun ni aku tak pegi mengadap mana2 artis yang buat show sempena Minggu Setiausaha pon. Takde penaja huhuhuu. So, sebagai ganti kepada mengadap artis, aku sekadar mengadap para setiausaha merangkap kawan2 baik aku je lah.

Hari Jumaat aku mengadap 6 orang kawan2 setiausaha di Johnny's Alamanda. Dua jam kat situ rasa tak puas plak nak bersembang. Banyak sangat cerita, tapi masa sangat sikit. Dah le nak jumpa diorang ni kena buat appointment 3 bulan awal. Mengalahkan nak jumpa Ketua Setiausaha Negara. Tapi takpelah, walaupun sekejap pun jadilah. Daripada takde langsung kan. Terima kasih kepada Kak S kerana sudi menaja steamboat untuk sesi hari berkenaan.

Hari Selasa pun aku jumpa 6 orang lagi setiausaha jugak. Kali ni para setiausaha kat office aku. Memandangkan masing2 takde bos pada hari berkenaan, tu pasal langkah panjang sikit hari tu. Tapi panjang pun takdelah jauh sangat, sekadar ke Presint Diplomatik je, makan kat Mr. Kabab. Makan kali ni takde penaja, sendiri taja diri sendiri.

Dua hari berikutnya aku jumpa lagi 2 orang setiausaha. Sepatutnya 3 orang, tapi yang lagi sorang terpaksa menarik diri kerana perlu menghadiri kelas di UiTM. Kali ni beza sikit perjumpaan ni. Bukan pergi makan2, tapi pergi berenang. Kelllasss tak uols? Kelas lah sangat, kau bukan reti berenang pun, takat berendam saja. Cehh!! Kitorang gi terjun tiruk di kolam Presint 5 tu. Best gak lepak kat sini, pasni sapa2 nak berenang moh le kita gi lepak sini.

So kesimpulannya, dalam seminggu aku menghadiri 3 perjumpaan dengan kawan2 setiausaha. Jadi kira kena la dengan tajuk sambutannya kan, Minggu Setiausaha dan bukannya Hari Setiausaha.

p/s: terima kasih kepada seseorang yang menghadiahkan t'shirt Hard Rock Cafe Rome kepada saya. Kira macam hadiah sempena Minggu Setiausaha gak le

Sunday, April 17, 2011

Sha Na Na... Hari Minggu Hari Bergembira


Hari Sabtu malam aku pegi shooting drama + clubbing kat Orange Dragonfly Club, Jalan Kia Peng. Sila jangan terkejut dan sila jangan pengsan. Ini bukan cooobaaan, ini betul2. So, esok pukul 6 petang di TV3, sila saksikan kemunculan aku dalam drama realiti Gadis Semasa Sunsilk. Jangan lupa tauuu. (tu pun kalau nampak muka aku ler, tapi aku rasa hujung tudung aku je masuk). Kalau tak nampak juga, sila jangan kecewa ataupun bakar tv. Aku dah cuba sehabis baik. Hahahaah... macam siut tak statement tu?




Sebenarnya aku pegi ke Konsert Gadis Semasa Sunsilk untuk drama realiti tersebut la. Kira kitorang ni jadi pelakon tambahan ler untuk scene pelakon utamanya Melda Ahmad buat konsert. Kalau muka tak dapat masuk tv pun tak kesah, janji dapat gi menghiburkan diri menonton konsert tersebut yang turut dijayakan oleh One Nation Emcee, Yuna, Ella dan Rain. Err.. I mean Hujan. (Tak dapat tengok Rain kat Sepang lastweek, aku tengok Hujan je la hhuuuhuuu).


Kitorang diberikan syampu dan conditioner Sunsilk sebagai doorgift dan juga clapper untuk ketuk2. Tapi tak ketuk pun sebab kang tak cukup tangan aku nak pegang kamera nak amik gambo lak. Bila camera fokus jer, masing2 pun buat muka teruja tergedik2, jerit2 konon happy gila la kan. Harusla, nak masuk tv kekdahnya.


Nyanyian semua artis memang happening dan menghiburkan. Best gilak. One Nation Emcee memang dah terkenal dengan fast song diorang dan juga kelincahan Mimi menari. Kiranya artis perempuan kat Malaysia ni yang dapat menyanyi dan menari dengan lincah ialah Mimi dan Stacy je kot yang aku nampak.


Kemudian diikuti oleh Yuna dengan fashion tudung wanita Afrika. Pun best jugak. Beliau diiringi oleh band beliau seperti biasalah kan. Seterusnya suasana jadi gamat bila Ella muncul. Ramai betul peminat Ella. Aura beliau sungguh terserlah sejak awal hingga akhir.


Seterusnyaaa yang aku tunggu2. Yea yeahhhh... HUJANNNNN. Music best. Gile tak best kalau dah si AG dok menggoreng bagai nak rak kat pentas tu. Nak2 plak aku masih dalam kategori tempat yang agak hampir dengan pentas kan. So, memang puas le menyanyi dengan abang Noh. Abang Noh??? Sekumpulan RAINGERS kat belakang kitorang pon dok tergedik2 menari hingga lupa diri. Siap langgar2 orang lagi. Rasa nak pangg je sekor2 budak2 baru habis sekolah tu. Kalau nak menari pon janganla sampai langgar2 orang. Huh. Potong stim jer. Dalam twitter, Noh kata malam tersebutlah antara crowd paling happening yang beliau pernah jumpa. Wooowwwweeee...


Sekarang mari kita layan gambar2 dalam konsert tersebut. Nak tengok banyak lagi gambar, tunggu la aku update fotopages nanti.


Konsert ini diacarakan oleh Ally Iskandar


Inilah Melda Ahmad yang muncul melalui youtube. Popular dengan lagu Putus. Kalau rajin silalah cari kat youtube lagu tu.


Barisan artis yang membuat persembahan. Ella, Yuna, Hujan dan One Nation Emcee



Yang ni plak gambor special. Noh senyum kat aku ler. Kau aderrr???


Nama je night club, tapi dalam konsert pada malam tu orang yang pakai tudung lagi ramai dari yang tak pakai tudung. Penyanyinya pun bertudung jugak (Yuna). So, jangan risau dan jangan pandang serong plak ingat aku pegi clubbing. Aku pun rasa ala2 gadis remaja je bila ramai benor remaja kat dalam tu. Tetiba rasa muda u ols. Eh I memang muda hape. :D


Hari Ahad turun KL lagi. Kali ni dengan nawaitu untuk shopping baju raya. Yelah, awal bulan 5 ni kan aku nak balik kampung, haruslah cari baju raya siap2. Kang kalau dah tailor taknak amik, mau menggelupur plak aku nak cari Hatta Dolmat nak buat baju raya aku karang.





Masa kat Tasik Selatan aku nyaris2 masuk tv sekali lagi. Tapi aku tak tau pulak untuk rancangan apa. Waktu tengah jalan tetiba nampak kelibat Douglas Lim . Terus aku terpandang ke arah kanan dan ternampak kamera betul2 menghala ke arah laluan aku tu. Dengan senyuman paling memikat aku pun senyum ke arah kamera. Malangnya, kamera tu belum on dan belum standby lagi pon. So, tak dapatla aku masuk tv lagi huhuuhuu.


Friday, April 15, 2011

Apa Ituuu... Cooobaaaa Tekaaa

Semalam housemate aku cerita. Waktu dia naik lif dengan sorang abang kat blok aku ni, abang ni tanya kat dia.


Abang: sekarang dok berapa orang kat atas tu?

Housemate: dua orang

Abang: ooo.. ok la, takle sunyi. Ada dengar apa2 tak kat atas tu?

Housemate: dengar apa? ada selalu dengar pun yang bunyi kelentung kelentang paip kat atas tu je la.


Abang: bunyi paip tu memang kuat, sampai bawah pun dengar. Selain dari bunyi tu ada tak yang lain?


Housemate: bunyi lain? Bunyi apa? Takde kot?

Abang: takde eh bunyi2 lain? Err... takpela.

Tinggg... lif pun berbunyi dan beliau pun keluar dari lif meninggalkan housemate aku terpinga2 memikirkan bunyi apa lagi yang dimaksudkan oleh abang tu. Balik rumah kitorang pun pening2 memikirkannya. Harap2 bukan bunyi2an yang pelik2 dan menyeramkan. Tak nak lagi hidup diselubungi misteriii...

Monday, April 11, 2011

Vroommm...

Vrooommm vrooommm... Alhamdulillahhh. Pendengaran masih ok dan belum pekak walaupun dihidangkan dengan deruan bunyi yang kuat dari kereta2 yang sedang meluncur di Sepang International Circuit.

Hari Sabtu lepas aku menjejakkan kaki untuk kali pertama di SIC. Housemate aku berjaya mendapatkan 4 keping tiket untuk F1 kali ni. Dua pada pusingan kelayakan (Sabtu) dan dua keping lagi untuk hari perlumbaan (Ahad). Sebelum pulang ke kampung beliau meninggalkan dua keping tiket untuk aku. Wehoooo...

So di petang Sabtu tu aku dengan kawan aku pun gerak gi ke sana. Ikut jadual sesi kelayakan tu jam 4 petang. Kitorang sampai kat sana pun dah pukul 4 lebih. Memang acara dah bermula pun. Luckily cuaca sangat baik pada petang tu. Tak panas dan tak hujan, tapi redup je. So, tak berbelang2 le muka macam udang kena bakar.

Selain daripada melihat kereta2 yang menguji litar dan cuba mencatatkan masa terbaik bagi mendapatkan petak yang lebih depan untuk perlumbaan hari Ahad, mata kitorang pun melilau sama laju dengan kereta. Mana tak melilau, ramai gilak Mat Salleh yang tak berbaju di sekitar kitorang. Perkghhh... cerah biji mata aku. Nak2 plak kalau yang muka hensem dan bersix packs bagai. Sume kulit jadi warna pink lagi. Sluuurrrppp theheheeh.


Habis acara kitorang melilau sekitar booth2 yang disediakan. Tapi tak banyak dan tak meriah pulak booth2 yang disediakan kali ni. Menurut kawan aku, sepanjang beberapa tahun beliau terlibat dengan event di Sepang ni, tahun ni yang paling tak berapa meriah sangat acara di luar litar. Ye lah kot, aku mana tau meriah ke tak. Tapi aku rasa betul la kot. Booth pun yang biasa2 je. Selalu tengok kat tv ada macam2.

Aku ni nak kata peminat F1 tu tidakla sangat. Tapi kadang2 ada le jugak aku layan kalau ada perlumbaan yang ditayangkan secara live kat tv dan kenal la jugak beberapa pelumba tu. Walaupun team2 seperti McLaren, Ferrari, Redbull sangat hebat, tapi selalunya aku tetap sokong team2 yang berkaitan dengan Malaysia. Kalau dulu sokong BMW Sauber lah, sebab ditaja oleh Petronas. Mulai tahun lepas mestilah sokong Mercedes GP kan. Nak2 pulak Micheal Schumacher kembali ke litar setelah bersara.

Namun malangnya Robert Kubica dari satu lagi pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia iaitu Lotus-Renault mengalami kemalangan teruk yang membuatkan beliau tidak dapat menyertai perlumbaan pada tahun ni. Tak taulah bila beliau akan sembuh. Nasib baik ada Nick Heidfeld yang tolong cover line dan berjaya pulak tu menaiki podium di tempat ketiga di laman sendiri.

Tak seperti tahun2 lepas, tahun ni tak ada pulak mana2 tv awam yang menayangkan perlumbaan F1 ni secara langsung walaupun kita menjadi tuan rumah. Hairan betul. Apasal ha? Kenapa??? Cer cite... cer cite.. Dah aku berkobar2 nak tengok, takde pulak. Nasib baik ada ditayangkan siaran langsung perlawanan badminton Terbuka Kuala Lumpur. Kalau tak, aku panggil Usop bakorrr je tv tu. Tahniahla pada Arif yang menunjukkan permainan yang memberangsangkan dan makin meningkat dari semasa ke semasa walaupun akhirnya tewas di tangan orang kampung aku, Chong Wei Feng. Harap2 pasni boleh la bertukar dari skuad pelapis ke skuad elit pula yer.

Wednesday, April 6, 2011

Ada Apa di Dalam...

Akhirnyaaa kini pastiii... Akhirnya dapat juga aku tengok filem ... Dalam Botol setelah harapan tinggal bersisa sebelum ni. Hari Sabtu kawan aku SMS bagitau ada je kat Alamanda filem ni ditayangkan. Aikkk... cemana bleh ada plak? Tak tau le baru ada ke memang dah lama ada. Tapi hari tu memang aku tengok 3 - 4 kali dalam website GSC, memang takde. Ke aku salah tengok haaa? Ahh lantaklaaa... janji hati aku berbunga2 bila dapat tau kat Alamanda ada filem ni. Nak jugak tengok menda yang disimpan dalam botol tu kan. Maklomler, aku kan tak penah tengok theheehe. Dan nak jugak la tengok scene Arja Lee tanpa seurat benang tu kann ahakssss.


Plan asal nak tengok hari Isnin, tapi tak jadi. So hari Selasa le aku pegi dengan kawan aku. Yang lagi sorang tu last minute plak cancel atas urusan keluarga. Mulanya kawan aku ajak tengok hari ni, sebab murah sikit kan. Tapi memandangkan hari ni adalah last day ditayangkan, aku takut kang tak sempat ke, ada hal ke, tiba2 filem tu tak jadi tayang sebab takde penonton ke, tak ke melepas kan. Jadi janganlah amik risiko.

Yang menonton semalam ada le dalam belas2 orang saja. Sunyi je dalam tu. Nak cakap dan nak gelak pun rasa segan, sebab kang memang ketara dengar suara sendiri. Tapi kadang2 tu mulut aku terlepas jugak la kan.

Filem ni bukan kategori filem yang ramai orang nak tengok. Dari segi seni pun tak berapa seni sangat. Apatah lagi dari segi komersil kan. Filem ni jugak bukan filem komedi walaupun dalam filem tu banyak je scene2 yang mengundang bahan ketawa. Aku pun heran, cemana orang dan aku sendiri boleh tergelak tengok filem yang bukan filem komedi dan takde langsung pon dialog ataupun aksi2 lucu. Oh ya, bagi aku Arja Lee tak perlu pon berbogel dalam filem tu. Sebabnya aku tak nampak apa2 pon... huhuhuuu.

Jalan cerita agak slow. Mula2 takut jugak, kang kecewa macam menonton filem 2 Alam lak kan. Tapi walaupun slow aku tak sempat boring la. Kawan aku pun tak tido, maknanya ok la tu. Yang pasti, menonton filem ni agak membuai emosi terutama bagi watak2 ibu (Normah Damanhuri dan Ogy Ahmad Daud). Nak kata sedih tu tidakla, tapi sangat menyentuh hati dengan penyudahan filem yang diambil dari kisah benar itu. Bagi aku, ia agak berjaya walaupun ramai yang tak suka. Apa ada hal, taste kita kan berbeza.

Moral of the story, buat sesuatu jangan mengikut hati dan nafsu, tapi ikutlah akal yang waras. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian jangan lupa bayar cukai pendapatan. Bulan April nak abis dah ni woiiiii...




Monday, April 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Memang sejarah betul kali ni. Harap2 bukan buang tebiat nak mati la. Hari Sabtu pagi2 buta dalam pukul 7.15 pagi aku keluar pergi joging. Yeahh... jogging. Aku pon tak percaya serta kagum dengan diri sendiri heheeh. Ini semua gara2 kes hips don't lie la ni.


Runsing memikirkan strategi nak kurangkan buncit dan kecikkan peha (dan pipi semestinya), malam tu terus aku dapat idea. Aku ajak housemate aku pergi joging pagi Sabtu. Mula2 cakap dia pun terkejut tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut aku. Maklumlah dah hampir sembilan tahun hidup bersama, ni kira first time jugak la dia dengar aku nak pegi joging.

Esok dengan semangatnya kitorang keluar waktu cuaca masih tak berapa cerah lagi. Macam budak2 nak pegi sekolah plak rasanya. Dari rumah berjalan kaki hingga ke Presint 10. Dari belakang Puspanitapuri tu kitorang start berlari hingga ke Presint 8 melalui bawah jambatan. Nampak juga sekumpulan pakcik dan makcik yang sedang bertaichi kat situ. Kalau tak disebabkan diorang pakai uniform khas, kitorang pun nak gak le selit2 kat belakang ikut bertaichi. Hari ni takde pulak orang buat senam robik kat depan tasik tu, tak dapat le nak join sekali.

Sampai kat Presint 8, kitorang exercise menggunakan alat2 senaman outdoor yang ada kat area tu. Kiranya sempatla aku amik peluang nak kempiskan perut. Dah puas lari dan bersenam, terus menuju ke Medan Selera Presint 8 membeli nasi lemak. Memang hampeh kan? Pastu terus jalan kaki balik ke rumah.

Sampai kat rumah terus terasa macam kurus. Amazingly perut aku memang leper 100% pagi tu. Pergkhhhh kagum gila babi. (errr ke sebab aku tak makan lagi kot? tu pasal leper). Sampai ke rumah tak terus makan nasi lemak, tapi teru ke office sebab aku tertinggal purse kat dalam bilik. Ikut hati nak biar je purse tu, malas nak amik. Tapi memandangkan petangnya aku nak ke Shah Alam, terpaksalah pergi juga walaupun baju basah lencun dengan peluh.

Balik dari office mengadap tv sambil menikmati nasi lemak hingga licin. Setengah jam lepas makan, tetiba mata pun jadi layu. Hambik kau, tido sampai pukul 3. Sia2 je joging bagai nak rak kan?

Pasni tak tau ler bila lagi nak joging pulak walaupun rasa macam nak jadikan joging tu acara mingguan setiap Sabtu. Tapi biasalah kan, aku ni spesis hangat2 taik ayam. Hari tu konon beria2 hari2 balik rumah naik tangga hingga ke tingkat 13. Tapi takat bertahan seminggu lebih je. Sekali aku tertinggal, terus dah malas nak buat.

Kemudian, disebabkan perut makin naik, aku pun gigihla buat sit up setiap hari. Seperti yang dijangka jugak, hanya bertahan seminggu je. Adoiiii... camne nak kurus dan fit nih kalo gini gayanya.

p/s to my friend: weiii... aku dah joging, dah sit up, dah naik tangga. Kau bila lagi? Kata nak cantekk kannn...

Friday, April 1, 2011

Dia Datang Dengan Lenggang Lenggoknya

Hari ni dapat big boss baru setelah sebulan satu office berhip hip horrey tanpa big boss. So, petang semalam ada ler taklimat dari boss bahagian aku. Pagi2 buta ni kitorang kena la get ready comel2 untuk menyambut ketibaan big boss ke office aku untuk kali pertama. Seperti biasa dan seperti yang dijangka, muka aku ni tak lain tak bukan kena la jadi penyambut tetamu kat depan2 pintu. Berdiri sengih2 senyum simpul sambut big bos katakan huahauauauau. Entah bila aku nak pencen jadi penyambut tetamu atau gadis dulang ntah. Mungkin bila muka aku dah sebesar dulang, perut buncit macam orang mengandung 6 bulan barulah aku pencen heheeh.

Big boss ni adalah big boss lelaki yang pertama aku dapat sejak 11 tahun keje kat sini. Tak tau la macam mana cara dia. Rasa2nya ok kot, sebab biasanya lelaki tak lah secerewet perempuan atau pun lelaki yang separuh perempuan. Harap2 beliau spesis yang cool dan relax. Barulah semua pekerja pon happy dan dapat senyum bila pergi ke office.

Tapi beliau akan berada di office ni 2 hari je iaitu hari ni dan Isnin. Pasni beliau balik ke office lama seminggu dan terus berkursus selama sebulan lebih. So, kira masih lagi lah kitorang dapat berhip hip horrey sepanjang ketiadaan boss no. 1 dan boss no. 2 nanti. Yahooo...
Ok, itu je nak cerita.