Ni bukan gatal tangan sebab nak dapat duit atau nak keluar duit. Tapi gatal tangan nak lempang orang. Serius, rasa nak lempang2 je orang (walaupun sebenornye aku tak berani. Hatta nak marah orang2 tu pun aku tak berani).
Semalam aku sampai kat rumah dalam jam 6.30 petang. Pukul 7 petang housemate aku pulak balik. Dia tanya aku sama ada waktu aku balik rumah ada apa2 benda pelik kat depan lif level kitorang tu. Memang takde la, keadaan macam biasa je. Katanya bila dia keluar dari lif je ternampak fire extinguisher betul2 kat depan pintu, tengah2 antara 2 buah lif tu. Pastu pulak debu2 karbon dioksida dari fire extinguisher tu penuh kat atas lantai.
Tak dapat membayangkan apa yang dicakapkannya, kitorang pun keluarla pi tengok. Giler, lantai kat depan lif hingga ke lorong rumah aku tu dah umpama Gurun Sahara ok. Langsung tak nampak lantai, penuh serbuk memutih di segenap ruang. Kebetulan waktu kitorang keluar tu plak angin bertiup. Sebijik macam kat gurun. Memang celakalah tangan siapa yang gatal dok pi main menda tu. Padahal benda tu dok elok2 senyap kat tempat yang sepatutnya tak kacau orang pon.
Kitorang yakin dan pasti ni takde keje orang lain lagi dah. Ni semua keje 3-4 orang budak2 remaja kat blok aku lah tu yang suka menjadikan level kitorang sebagai port aktiviti terkutuk diorang. Kalau kau nak lepak2 nak nyanyi2 nak buat apa2 pun buatlah, kitorang takde pernah nak halang pun. Tapi masalahnya kau suka buat kotor dan buat sampah kat level tu. Dan masalah lagi, kitorang dan budak2 kat level tu tak berani nak tegur.
Minggu lepas balik2 rumah tengok dinding kat situ habis penuh cat. Cat yang sembur tu. Tapi nak kata apa, setakat boleh tengok je lah kerosakan yang dilakukan. Waktu bila diorang beroperasi pun tak tau. Mujurlah kebetulan waktu diorang tengah buat aktiviti cat tu di malam berikutnya adik kepada jiran depan rumah aku datang. Sempat la dia sound bebudak tu. Siap panggil ketua blok lagi. Tu pun tak serik2 jugak. Ishhh anak sapalah ni. Kalau ikut rasa hati, nak je aku humban diorang jatuh dari tingkat 13 tu. Biar mati dalam keadaan hina. Dah le hidup pun menyusahkan orang, memang layak je mati gitu.