Vrooommm vrooommm... Alhamdulillahhh. Pendengaran masih ok dan belum pekak walaupun dihidangkan dengan deruan bunyi yang kuat dari kereta2 yang sedang meluncur di Sepang International Circuit.
Hari Sabtu lepas aku menjejakkan kaki untuk kali pertama di SIC. Housemate aku berjaya mendapatkan 4 keping tiket untuk F1 kali ni. Dua pada pusingan kelayakan (Sabtu) dan dua keping lagi untuk hari perlumbaan (Ahad). Sebelum pulang ke kampung beliau meninggalkan dua keping tiket untuk aku. Wehoooo...
So di petang Sabtu tu aku dengan kawan aku pun gerak gi ke sana. Ikut jadual sesi kelayakan tu jam 4 petang. Kitorang sampai kat sana pun dah pukul 4 lebih. Memang acara dah bermula pun. Luckily cuaca sangat baik pada petang tu. Tak panas dan tak hujan, tapi redup je. So, tak berbelang2 le muka macam udang kena bakar.
Selain daripada melihat kereta2 yang menguji litar dan cuba mencatatkan masa terbaik bagi mendapatkan petak yang lebih depan untuk perlumbaan hari Ahad, mata kitorang pun melilau sama laju dengan kereta. Mana tak melilau, ramai gilak Mat Salleh yang tak berbaju di sekitar kitorang. Perkghhh... cerah biji mata aku. Nak2 plak kalau yang muka hensem dan bersix packs bagai. Sume kulit jadi warna pink lagi. Sluuurrrppp theheheeh.
Habis acara kitorang melilau sekitar booth2 yang disediakan. Tapi tak banyak dan tak meriah pulak booth2 yang disediakan kali ni. Menurut kawan aku, sepanjang beberapa tahun beliau terlibat dengan event di Sepang ni, tahun ni yang paling tak berapa meriah sangat acara di luar litar. Ye lah kot, aku mana tau meriah ke tak. Tapi aku rasa betul la kot. Booth pun yang biasa2 je. Selalu tengok kat tv ada macam2.
Aku ni nak kata peminat F1 tu tidakla sangat. Tapi kadang2 ada le jugak aku layan kalau ada perlumbaan yang ditayangkan secara live kat tv dan kenal la jugak beberapa pelumba tu. Walaupun team2 seperti McLaren, Ferrari, Redbull sangat hebat, tapi selalunya aku tetap sokong team2 yang berkaitan dengan Malaysia. Kalau dulu sokong BMW Sauber lah, sebab ditaja oleh Petronas. Mulai tahun lepas mestilah sokong Mercedes GP kan. Nak2 pulak Micheal Schumacher kembali ke litar setelah bersara.
Namun malangnya Robert Kubica dari satu lagi pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia iaitu Lotus-Renault mengalami kemalangan teruk yang membuatkan beliau tidak dapat menyertai perlumbaan pada tahun ni. Tak taulah bila beliau akan sembuh. Nasib baik ada Nick Heidfeld yang tolong cover line dan berjaya pulak tu menaiki podium di tempat ketiga di laman sendiri.
Tak seperti tahun2 lepas, tahun ni tak ada pulak mana2 tv awam yang menayangkan perlumbaan F1 ni secara langsung walaupun kita menjadi tuan rumah. Hairan betul. Apasal ha? Kenapa??? Cer cite... cer cite.. Dah aku berkobar2 nak tengok, takde pulak. Nasib baik ada ditayangkan siaran langsung perlawanan badminton Terbuka Kuala Lumpur. Kalau tak, aku panggil Usop bakorrr je tv tu. Tahniahla pada Arif yang menunjukkan permainan yang memberangsangkan dan makin meningkat dari semasa ke semasa walaupun akhirnya tewas di tangan orang kampung aku, Chong Wei Feng. Harap2 pasni boleh la bertukar dari skuad pelapis ke skuad elit pula yer.