Monday, February 28, 2011

Ucapan Untukmu

Saya ingin menyampaikan ucapan kepada mereka yang terlibat seperti berikut:

1. Puan S - Tahniah kerana telah melangsungkan majlis perkahwinan anda dengan pasangan hidup anda di Klang semalam. Semoga ikatan antara korang berdua berkekalan hingga ke akhir hayat.

p/s: siapakah gerangannya brader yang berambut panjang seiras2 Gambit versi putih di majlis semalam? Tatkala beliau melintas di depan kipas angin, rambut beliau yang ditiup angin dari kipas itu persis Faizal Tahir ketika membuat persembahan untuk lagu Sampai Syurga dalam Anugerah Juara Lagu la. Kirim salam kat beliau ok theehehehe.

2. Acik S - Tahniah kerana mendapat menantu sulung semalam. Semoga Acik S tidak garang terhadap menantu seperti watak Mak Dara dalam Ibu Mertuaku. Best gak rupanya pegi kenduri kawin di saat2 akhir majlis. Bleh makan lauk pengantin yang disediakan oleh Nenek CT Katering theeheheh. Meletop abis nenek tu, siap spiking London.

3. Kak S - Happy Birthday baby Q. Minta ampun dan minta maaf banyak2 le kerana saya tidak dapat menghadiri majlis hari jadi baby Q di Cyberview Lodge semalam sebab keadaan tidak mengizinkan. Saya balik lewat dari dua buah majlis kahwin semalam. Sila jangan amuk dan luku kepala saya bila kita berjumpa kelak ye. :)

Wednesday, February 23, 2011

Batuk

Masuk hari ni dah 6 hari aku menderita dihinggapi sakit tekak + batuk. Memang sekarang ni musim orang demam dan tak sihat pun kan. Aku start kena ni hari Jumaat lepas. Rasa tekak lain macam je. Seperti biasa, sediakan botol air dan telan air serta ulang alik ke toilet ye. Memandangkan kat rumah di hujung minggu tinggal aku sorang je, maka duduk di rumah pakai t-shirt dan spender je, senang sikit nak ulang alik ke toilet huahauauauaua. Please don't try this at home, except you're living alone.

Malam tu time nak tido memang sangat2 seksa. Sebabnya telan air liur pon sakit. Tengah2 malam mula melarat sakit ke telinga dan gigi. Cek kat dahi dan leher takdela panas sangat pun. Mulalah aku risau, sebabnya petang Sabtu tu aku ada janji dengan kawan2 aku. Risau takut demam pulak.

Petang Sabtu tu ok la, tekak aku tak sakit, siap boleh berkaraoke lagi. Membuktikan memang tak ada masalah la kan. Malamnya bila aku tido, sakit yang sama muncul lagi. Tak boleh telan air liur + sakit telinga + sakit gigi di bahagian kiri. Tempat yang sama macam sebelum ni. Tido memang tak tentu arah le aku. Kejap mengiring, kejap meniarap sebab aku tak boleh tido terlentang. Kalo tido terlentang kira macam kerap kena telan air liur kan, tu pasal aku mengiring dan meniarap.

Hari Ahad memang aku tak buat apa2 satu hari. Lepas makan aku tido, bangun tengok tv setengah jam, tido lagi sampailah ke petang. Kiranya aku paksa diri untuk tido sepanjang hari untuk mengurangkan rasa sakit. Yelah, kalo tido kan kita tak rasa apa2, tu pasal aku tido satu hari suntuk sampai muka aku sembab habis. Rumah pun jadi tongkang pecah. Bangun malam tu pun sebab nak tengok separuh akhir badminton kat Terengganu dan nak iron baju. Kalau tak mesti pagi Isnin baru aku bangun.

Malamnya pun aku berperang lagi dengan sakit tekak. Isnin pergi keja ok la, dah boleh telan air liur macam biasa, cuma batuk sikit2 je. Bila balik kerja, kat rumah dah start sakit balik. Batuk + sakit tekak + sakit gigi + sakit telinga + tak boleh telan air liur. Perkara yang sama berulang lagi hingga Selasa. Kiranya time siang aku pergi office/keluar dari rumah aku tak sakit, bila balik rumah dan baring aku akan start sakit berangkai tu. Pelikkk.

Semalam disebabkan aku tak tahan batuk sampai terkuar air mata, aku makan strepsils pun tak jalan, aku belasah je makan ubat apa ntah, yang aku dapat dari Klinik Putrajaya waktu aku sakit kaki bengkak tahun lepas tu. Kat situ tulis ubat demam/tahan sakit, so aku belasah je. Hehehe... dah setahun punye ubat, nasib baik aku tak buang lagi. Tapi bila tengok expiry date dia tahun 2012, kira boleh la lagi telan.

Lepas telan 2 biji, terus hilang sakit telinga/gigi/tekak aku. Sekelip mata okeh. Lega rasanya, takdela lagi aku struggle nak tido dan telan air liur. Tapinyaaa... tengah malam aku berjaga, terus berkokok hingga ke pagi. Batuk aku tak hilang2 jugak, cuma tak sakit je.

Hari ni pi office ok, tak sakit dan tak berapa batuk. Kiranya sakit aku kali ni aku tak boleh berada kat rumah kot? Aku kena dok luar dari rumah, barulah sakit aku ok. Err.. takkan nak tido kat office plak? Huhuuu...

Dulu2 kalo aku sakit/demam macam ni, aku tak boleh pergi office. Bila berehat atau cuti kat rumah badan aku akan jadi sihat dan segar bugar. Tapi bila pergi office, automatik demam aku akan muncul semula. Tu aku boleh relatekan dengan aircond la kan. Kat office aircond 24 jam, mana tak demamnya. Tapi kali ni kat rumah aku takde aircond, cemana plak aku boleh sakit di rumah dan sihat di office? Tak paham aku. Cer cite... cer citeee.


Malam ni kalau sakit juga terpaksalah aku tahan dulu dan makan ubat setelah selesainya menonton perlawanan bola sepak kelayakan olimpik antara Malaysia dan Pakistan (takut tertido lepas makan ubat). Diharap semoga anak2 harimau Ong Kim Swee akan berjaya malam ni. Buat adik Muslim, sila jaga benteng pertahanan malam ni dengan kental sekali yer bersama kawan2 yang lain. Jangan lupa, muka mesti bengis seperti biasa ok. Barulah aaaauuuuuummmm gitu.

Monday, February 21, 2011

Aktiviti Bersosial

Setelah gagal dengan 2 rancangan terdahulu, hari Sabtu lepas barulah rancangan menjadi kenyataan. Rancangan yang dirancang (yelah dah nama pun rancangan, mestilah dirancang kan? Kalau tak bukan rancangan namanya) ialah untuk sesi berkaraoke dan menonton wayang secara back to back.

Aku ni seperti yang diketahui ramai, bukanlah kaki karaoke. Bukan sebab aku tak reti lagu, Insyaallah, banyak lagu yang aku reti nyanyi. Tapi sebab aku sedar diri yang suara aku memang tak sedap langsung kalo nyanyi. Walaupun hampir kesemua orang yang rajin pegi karaoke tu memang nyanyi tak sedap, tapi aku rasa aku nyanyi lagi tak sedap. Takat nyanyi kat dapur atau nyanyi dalam kereta boleh la. Kalau nyanyi koir tu lain kira, aku just miming je huahuauaua. So, pemergian aku ni bukanlah sebab nak melalak sangat, tapi saja nak menghabiskan masa dengan kengkawan yang dah lama tak jumpa.

Kitorang berempat termasuk seorang anak kawan aku menghabiskan masa selama 2 jam di pusat karaoke Alamanda tu. Apakejadah nama dia pon aku tak tau. Kawan aku yang dua orang tu je kaki nyanyi. Lepas dia, dia ni, pastu pusing dia tu, pastu dia ni balik. Tak kisahla, aku bukan nak nyanyi pon, setakat 2 lagu je aku nyanyi. Aku dengan sorang lagi kawan banyak habiskan masa dengan melantak makanan je kat dalam tu.

Selesai melalak sampai rabak tekak masing2, kitorang teruskan dengan menonton wayang plak. Filem pilihan haruslah filem Melayu kan. Habis kalau aku yang pilih, tak mungkin aku pilih filem Green Hornet, mesti pilih filem Melayu. Kitorang menonton filem hantu yang bertajuk Sini Ada Hantu.

Walaupun aku tak sedar sangat kewujudan filem ni, tapi banyak review yang aku baca kata filem ni best. Termasuklah review daripada kawan2 yang berbangsa Cina. Tu pasal aku nak pi tengok betul ke best.



Dalam cerita ni ada 3 kisah hantu iaitu hantu pokok pisang, hantu kubur dan hantu asrama. Mula2 agak sedikit laid back la, tapi lama2 syok jugak tengok. Bolehla layan. Paling aku suka lakonan Baki Zainal yang sangat2 spontan dan bersahaja. Nak2 pula dipasangkan dengan Alvin Wong. Best gak la. Seterusnya, korang tengok le sendiri.

Hari ni ada lagi aktiviti sosial. Tadi kawan aku ajak pegi jadi pom pom girl untuk pertandingan bola sepak persahabatan office aku dengan office mana ntah. Tapi takpelah, aku nak jadi pom pom girl untuk Mohd. Arif Latif malam ni dalam pertandingan akhir Kejohanan Badminton Sirkit Akhir Grand Prix Kebangsaan yang akan menentang Dato' Lee Chong Wei. Hoh??? Terkejut kenapa aku tak sokong Dato'? Harap maklum, sokongan aku pada Dato' tak pernah pudar.
Hari ni memang aku sengaja pilih untuk sokong Arif sebab dah memang tau dah Dato' yang akan menang. Sokongan ni diberi untuk menambahkan semangat Arif memberikan tentangan yang hebat kepada Dato'. Nak2 pulak semalam beliau telah berjaya mengalahkan Tan Chun Seang, pemain dari skuad elit. Kira satu perkembangan yang bagus la bagi kerjaya Arif. Mana la tau lepas ni kot2 beliau akan berpindah daripada skuad pelapis kepada skuad elit memandangkan skuad elit telah kekurangan seorang pemain sejak Hafiz Hashim meninggalkan BAM. Lagipun pemain seangkatan beliau iaitu Chen Long dari China dah pun menempatkan diri dalam skuad utama negara tersebut, seharusnya Arif pun seiringan lah kan.

Selamat berjaya Arif. Tahniah Dato'. (Tahniah siap2, sebab confirm dia menang) heheeheh.

Thursday, February 17, 2011

Suaramu Gemersiknya Bak Buluh Perindu

Hari ni aku kehilangan suara. Semalam aku hampir demam sejak lepas Maghrib hinggalah awal pagi. Pukul 8 aku dah siap berselimut sampai kepala sebab kesejukan. Entah kenapa takde angin takde ribut, tup2 aku jadi seram sejuk.

Pukul 10 malam aku terjaga memang tekak aku dah lain macam. Terasa perit bila telan air liur. Huwaaa... tidakkk!!! Aku taknak demam. Sebabnya aku dah janji dengan kawan aku nak pegi tengok fiesta belon udara panas hari ni. Kang rugi plak tak dapat memeriahkan suasana. Nak tak nak dalam pening2 lalat tu aku terpaksala bangun telan air banyak2.

Pagi ni waktu dalam kereta baru perasan yang suara aku agak ketat dan susah nak keluar. Yela, pagi2 tak bercakap dengan orang, mana nak perasan ada suara ke takde. Waktu aku melalak dalam kereta mengikut irama dari radio barulah perasan yang suara aku tak berapa keluar huhuhuu. Tapi nasib baik la aku tak demam. Hureeiii!!! Boleh tengok belon panas dengan jayanya.

Sekali... bila aku buka je internet, barulah bijik mata aku terjojol dan tepuk kepala sendiri. Sebenarnya belon udara panas tu adalah 17 - 20 Mac, bukannya Februari hauhauauua. To my friend, sorry yer... salah info. Sila jangan luku kepala aku kih kih kih.

Bercakap mengenai suara ni, teringat topik Hot FM pagi semalam iaitu Suara Yang Anda Rindui. Perkghh... kalau tanya aku harusla suara bang Pezal. Wakgakahha... tipu je. Actually I do have one. My friend's voice who always sing songs to me while playing guitar via phone. Walaupun suara beliau tidaklah sesedap suara artis top tanah air, bahkan tak mampu pun mengalahkan juara S** Idol untuk 2 tahun berturut2, tapi aku masih merindui (geli plak sebut ayat ni) nyanyian beliau yang sering menemani malam aku tu. Konon2 macam lirik lagu Aizat la "ku petik gitar akustik ini dengan harapan ia mendengar, melodi indah yang ku cipta hanya untuk luahkan rinduku padanya".


Disebabkan semalam aku lupa nak off "bluetooth" agaknya, tup2 tengah hari semalam beliau call aku setelah genap 2 bulan aku tak mendengar suara itu kerana keadaan kini yang tidak mengizinkan di mana pada masa sekarang hanya berhubung secara non-verbal (FB dan YM) sahaja. Tu pasal aku terkejut besar. Ishhh... memang betulla aku ni ada 6ixth Sense kot.

Petangnya lepas aku balik dari Alamanda, sekali lagi beliau call aku sembang pok pek pok pek macam dulu2. Aku rasa lepas tu lah terus aku demam. Demam terkejut gamaknya huhuhhuuu.

Wednesday, February 16, 2011

Menumpang Kejayaan

Salam Maulidur Rasul 1432H untuk semua. Semalam Malaysia cuti umum sempena sambutan perayaan ini di seluruh negara. Seperti biasa, pagi2 aku mesti mengadap tv punye kalau ada apa2 acara sambutan peringkat kebangsaan. Tak kiralah Hari Merdeka ke, Maal Hijrah ke, Maulidurrasul ke, Hari Belia ke, Hari Pekerja ke semua aku wajib tengok. Aku memang suka benda2 macam ni.

Housemate aku pukul 6.15 dah keluar rumah untuk menyertai perayaan ini di Masjid Besi. Aku kat rumah dok skodeng2 la macam biasa nak tengok housemate aku mahupun officemate tapi haram tak nampak pon.

Sambil mengadap tv, sambil jugak mengadap internet. Selalunya kalau sambutan2 begini aku akan tunggu acara penganugerahan, nak tengok sapa yang dapat anugerah. Tup2 dengan tak disangka2 nama seseorang yang dikenali pun turut tersenarai dalam penerima anugerah semalam. Beliau tak lain tak bukan ialah bos aku. Phewww... tak sangka plak bos aku dapat anugerah. Cayalah bos.

Serentak dengan itu, mulala aku dapat sms/call yang mengucapkan tahniah kat aku. Hahaahh... lawak pun ada. Bos aku yang dapat anugerah, aku plak yang terima ucapan tahniah tu. Inilah dinamakan lembu punye susu, sapi pon tumpang semangkuk dapat nama heheheeh.

Ucapan untuk bos: Apa2 pun saya bangga dengan pengiktirafan yang bos dapat itu. Bos adalah antara bos yang paling baik yang pernah saya bekerja (walaupun baru tiga bulan). Pssttt... kalau bos nak kongsi hadiah wang tunai RM20k dengan saya pun takpe, saya tak kisah. Saya sayangkan bos saya kerana beliau hensem dan baik. Bos setuju tak dengan statement saya yang ikhlas ni? Heheeheh...

Friday, February 11, 2011

SSSSS

Dua hari ni aku berkelana pergi menuntut ilmu (walaupun tak sampai ke negara China) atau dalam erti kata lain menghadiri kursus mengenai 5S. Aku tau dah banyak sangat pejabat2 lain yang dah lama mendapat sijil malah dah beberapa kali pun membaharui sijil 5S tu. Pejabat aku baru nak mendapatkannya dalam tahun ni dan targetnya dalam bulan Mei atau Jun.

Sebagai seorang yang telah diarahkan untuk menghadiri kursus dan seterusnya menjadi orang yang bertanggungjawab menjaga kawasan sekitar ni, terpaksalah aku pergi ke Langkawi (Langkawi lah sangat) untuk kursus ni.

Mula2 dengar pasal pejabat aku nak buat program 5S ni pada penghujung tahun lepas aku dah jadi macam risau dan tertekan. Yelah, mana tak risaunya sebab nanti aku yang nak kena uruskan kawasan aku ni. Kalau takat jadi orang awam yang buatkan semua ni je aku tak kisah, ni nak kena pikir, pantau, urus dan buat apa2 yang patut kat kawasan aku ni. Ni yang aku tak gemar ni. Aku bukan suka sangat bab2 gini. Tapi apokan daya, hadap sajalah kan. Saya yang menurut perintah.

Lagi satu benda yang buatkan aku seram dan risau ialah bila sering mendengar/membaca/melihat ketensionan kawan2 yang dah lama buat program ni. Kesemuanya merungut, takde sorang pun yang gumbira melompat2 dapat buat 5S ni. Malah ada yang sampai berkampung di pejabat hingga ke dinihari bersengkang mata untuk menjayakan menda alah ni. Kiranya gambaran2 yang sering aku terima tu takde satu pun yang menggembirakan la. Macam pertambahan kerja lagi lah gitu. Aaaa... ni yang aku tak suka ni huhuhuuu.


Tapi... bila aku mengikuti kursus secara intensif selama 2 hari yang dianjurkan oleh pihak MPC, aku rasa aku bolehla menarik nafas lega. Kiranya tidaklah seteruk yang aku bayangkan selama ni. Yelah, dok bayangkan kena buat label semua benda, kena parking semua barang/peralatan dan lagi teruk konsep2 5S yang sering aku tengok membuatkan ruang pejabat bertukar seolah2 menjadi tadika. Menurut penceramah tu, itu semua adalah sekadar additional method saja. Apa yang paling penting ialah kebersihan, kekemasan dan kemudahcapaian. Beliau pun tak berkenan sangat dengan setengah-setengah pejabat yang telah merubah konsep pejabat yang sepatutnya berimej korporat dan eksklusif menjadi seolah2 sebuah tadika tu. Agak lega di situ. Sebabnya aku jenis orang yang tak suka benda2 yang fancy2 mahupun serabut nih. Aku sukakan suasana yang minimalis dan eksklusif. Less is more kata orang. Kalau boleh pokok2 pon aku taknak ada dalam pejabat. Serabut mata memandang. Tapi tu lah, bak kata penceramah tu, orang kita ni memang suka sangat dengan hiasan2 macam tu.

Sekarang mata aku dah terbuka dan aku rasa aku boleh terima konsep 5S ni berbanding dari dulu yang mana aku rasa macam menyusahkan saja. Tu lah orang kata, kalau tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal pon tak semestinya bercinta kan? Kan? Kan?

So semua, doakan aku berjaya dalam misi menjayakan menda alah 5S nih yer. Jangan sampai aku jadi Serabut, Serabai, Songeh, Semak dan Selerak sampai nak Senyum pon tak boleh pasni dah le.

p/s: yihaaa... ada berita gumbira yang dah lama aku tunggu2. Akhirnya kini menjadi kenyataan. Rasa macam nak buat kenduri plak thehehee

Monday, February 7, 2011

Tragedi Malam Raya

Dalam kesibukan membuat persediaan menyambut hari raya (raya lah sangat) ada beberapa peristiwa yang terjadi di petang hari raya.

1. Waktu aku dan mak tengah ralit tengok tv, tup2 dengar bapak aku dok panggil dari bilik tokwan aku. Tokwan aku jatuh dalam bilik air, tak boleh bangun. Takdela jatuh kedebukkk gitu, tapi kalau dia terduduk kat atas lantai memang tak boleh bangun dah le, terpaksa la angkat. Tapi lega, beliau takde apa2.

2. Petangnya, bapak aku tengah adjust siling kat dapur. Aku dan mak pun tolongla beliau pegangkan papan siling tu. Mak aku panjat tangga, aku panjat kerusi plastik. Siap bapak aku pesan lagi supaya aku berhati2 sebab kerusi tu kan licin. Dia pi amik kerusi meja makan, nak panjat jugak. Tup2 gedebukkk bapak aku jatuh terlentang kat lantai. Time ni aku dengan mak aku antara terkejut dan nak tergelak pun ada. Tapi tahannn je lah, kang tak pasal2 bapak aku hempuk kerusi atas pala aku. Tapi risau la jugak, sebab kebetulan jiran aku pun jatuh daripada tangga waktu betulkan lampu di rumah beliau 2 hari sebelumnya, terus retak kaki. Nasib baik juga takde apa2 yang jadi kat bapak aku.

3. Memandangkan adik aku baru balik outstation di Kelantan dan Terengganu, maka sudah pastila banyak keropok lekor yang beliau angkut. So, sebagai seorang wanita Melayu yang rajin, aku pon sibukla potong dan goreng keropok tersebut. Sedang asyik mengacau2 kuali sambil ditemani 2 ekor kucing aku di dapur, tiba2 kebabommmm!!! Kuali mak meletop uols. Bukan main terkejut mak waktu tu. 3 kali plak tu letupan berlaku. Huwaaa... brengsek punye keropok lekor. Bukan takat terkejut je, tapi letupan tu telah membuatkan dapur kat rumah aku disirami oleh minyak panas dari lantai sampai lah ke bumbung. Bertempiaran kucing aku lari akibat letupan tu. Aku suspek selain terkejut dengan letupan yang kuat, badan mereka juga terkena minyak panas.

Tuan punye body (aku) pulak, habis baju aku dilimpahi minyak panas termasuklah muka dan tangan. Apa lagi, meraung la aku kuat2 tatkala letupan berlaku. Mana tak meraung, panas siot kat muka dan tangan aku. Yang buatkan aku jerit kuat tu selain daripada panas, aku takut muka aku cacat. Sebelah muka aku kena minyak. Hape lagi... terus aku jerit "maakkkkk!!!! cacat la mukaaaa nii". Mak aku yang tengah amik air semayang kat bilik air terus melompat keluar bila dengar letupan dan jeritan aku yang kuat gila tu. Orang2 kat surau pun terkejut. Diorang ingatkan kitorang main mercun huahuahuaua.

Terkejut tengok muka aku yang sudah merah, sepantas Gaban menukar bajunya dalam masa 0.02 saat, terus mak aku amik tepung gandum dan tempek kat muka dan tangan aku cepat2. Plinggg!!! Aku bertukar macam pisang yang nak kena goreng. Sempat la suluh muka kat cermin, memang merah besar la pipi aku sebelah. Terus aku risau nanti balik KL macam mana aku nak lindungkan muka aku yang cacat tu. Terbayang yang aku nak amik cuti seminggu atau pakai purdah pegi office. Siap plan nak contact skandal lama aku kat JKM, mintak borang OKU lagik. Pastu nak pegi buat pembedahan plastik la pulak. Pehh... macam2 yang aku pikir.

Serius aku terkejut. Sepanjang aku berkecimpung dalam bidang makan dan goreng keropok lekor ni, tak pernah la lagi keropok lekor yang aku goreng meletup. Terus aku trauma. So pasni, boleh la bagi alasan trauma kat mak mentua kalau dia suruh aku masak heheehehe.

Dulu masa sekolah menengah, ada le kawan aku ni balik ke asrama dengan muka yang compang camping. Kitorang semua terkejut tengok muka beliau. Bila ditanya, katanya terkena minyak panas waktu goreng keropok lekor. Tapi kitorang suspek beliau menipu je. Yelah, teruk siut muka dia time tu. Mana la kitorang nak percaya terkena minyak panas sebab keropok lekor meletup. Kira macam tak lojik akal la kan. Memandangkan beliau ada mak tiri, kitorang syak beliau telah didera oleh mak tiri sampai muka jadi macam tu. Now, bila aku dah kena letupan keropok lekor, automatik aku teringatkan kes kawan aku ni. Nampaknya betullah keropok lekor boleh meletup hehehehe.

4. Malam yang sama juga, waktu aku dengan mak enak dibuai mimpi di depan tv dalam pukul 4 lebih, tup2 aku terjaga sebab terdengar tapak kaki adik aku yang berjalan di hujung kepala nak pegi buka tv untuk mengadap bola. Time dia berjalan ke arah tv, tup2 praappp!!! bunyi kaki dia memijak sesuatu. Mata aku yang tadinya redup2 dan sayup antara buka dan tutup terus terjojol dan menjerit. Huwaaaa... spek mata akuuu!!!

Adik aku telah menamatkan riwayat spek mata aku di pagi hari raya huhuhu. Maka dengan rasminya aku telah menjadi buta sepanjang raya tu. Nak pi buat spek baru sah2 la kedai semua tutup sebab hari raya pertama kan. Nangesss!!! Mujurlah spek mata mak aku ada, bolehla aku rembat pakai walaupun power aku lagi banyak. Nampak la juga sikit2 daripada tak nampak langsung. Sudahnya aku tengok tv dari jarak 2 kaki jer huhuhu.

Walaupun macam2 peristiwa yang jadi sehari sebelum hari raya, tapi hari raya tahun ni tetap disambut dengan sederhana tetapi merah (ayat suratkhabar) heheheh.

p/s: perlukah aku ban keropok lekor dan mak mentua Terenganu? Opss... terlebih sudah